Masa Maria tarik tangan aku, mcm nk ckp something tp nurse suruh bayar dulu akhirnya aku sgt terkilan sampai sekarang

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum, aku Airil umur 27 pernah berkahwin sebelum ni, tapi tak ada anak. Aku nak ceritakan sikit, pasal Bidadari aku. Bidadari yang paling aku sayang dunia akhirat. Yang aku sangat sayang. Aku cintakan dia sepenuh jiwa raga aku.

First perkenalan aku adalah di kedai photostat. Aku kenal Maria start umur 17, Maria ada skit dari kecil, dan perlu transfuse drah setiap bulan. Dia dah buang Limpa, sebab terlampau besar. So, memang dia lah cinta pertama aku, aku pulun cari kerja dan duit untuk jadikan dia bidadari aku selamanya.

Alhamdullilah doa dan harapan aku diperkenanNya. So, dalam umur 24 macam tu, dengan sekali lafaz aku dengan dia diijab kabul kan, aku happy sangat-sangat. Aku bawah dia pindah ke rumah kecil kami. Rumah syurga kami, rumah pertama aku dan dia.

Aku suruh dia berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa dan dapat melayan aku spenuhnya ketika aku pulang dari kerja. Atas faktor kesihatan Maria perlu rehat yang secukupnya. Rumah itu dihiasi bunga dan lampu yang indah supaya Maria dapat berehat dgn selesa.

Perkahwinan kami sangat bahagia, dia pun tak pernah minta aku belikan itu ini, dia sentiasa faham aku. Tapi dah setahun usia perkahwinan, kami masih belum dikurniakam zuriat. Tak apa, aku okey je. Family aku pun tak mendesak, tapi tu laa. Sedara aku je kadang-kadang melebih pula.

Sedara ni la kadang kadang punca kami bergduh kecil kecilan disebab kan status anak yg belum ada sebrang petanda. Tp sebenarnya kami pun belum cuba segala jenis ubatan luar untuk Maria, sbb aku paham keadaan Maria jika ambil ubat lain mungkin akan menjejaskan tahap kesihatan dia. Bidadari mana boleh skit2 kan.

So, tak nak pikir sangat masalah, kitorang spend time together, tengok movie sweet, do all the sweet things, kadang- kadang kalau free malam- malam. Dia ajak tengok langit kat luar. Yes, ni bukan buat-buat tapi Maria memang dari kecil suka tengok langit malam dengan arwh nenek dia.

Maria pernah cakap kalau kita selalu tengok langit pada waktu malam, terasa dunia ini hanya sementara. Keindahan langit menenangkan jiwa buat kita jauh dari masalah seharian. Yup sampai sekarang aku akan duduk di tempat yang sama dan tengok langit juga pada waktu malam. Aku rindu kan kau MARIA!!

Maria boleh dikatakan cantik dari antara peskit lain. Kalau orang tengok Maria, mesti orang taktau dia skit. Sebab badan dia Normal, berbanding peskit lain. Setiap kali tranfuse, aku akan ambil cuti. Temankan dia, belum pernah lagi aku biarkan dia pergi sorang.

Aku takkan tinggalkan Maria seorang2 dalam bilik hospital. Aku akan genggam tangan dia bagi semangat agar dia terus tabah dan kuat setiap kali datang ke hspital. Dia akan lena di sisi bahu kalau terlampau lama sgt.

1 hari tu, Maria demam cirit-birit muntah dan skit perut. Hari ketiga dia demam, dia cakap nak pergi hospital sebab tak tahan skit, keadaan dia lemah. Aku call ambulans, and terus ke hospital area PJ.

Time ni agak kelam kabut, Maria seakan akan tak nak lepaskan tangan aku bila sampai di hspital sebab nurse suruh bayar kemasukan wad kalau tak silap. Masa tu Maria tarik tangan aku, macam nak cakap something tapi nurse suruh bayar dulu.

Apa lgi, kelama kabut aku terus bayar, tapi bila balik aku tengok Maria dah intubate. Dah tak sedar. Masa ni aku betul-betul rasa terkilan. Apa yang dia nak cakap tadi ?

Doc cakap, kemungkinan ada nanah dalam limpa and untuk pastikan betul ke ada nanah, perlu buat ct scan and so on. And dah buat scan, betul ada nanah. So malam jumaat nak buat op, tapi ditangguhkan ke pagi jumaat. Malam tu doc cakap aku boleh balik dulu, sementara nak sediakan form untuk disign sebelum operate.

Aku pun balik ke rumah mandi dan rest sekejap, aku masak masakan kegemaran Maria malam tu. Sambal Udang petai. Maria suka sgt makan ni. Tapi tak sempat aku nk pergi balik ke hospital aku dapat call dari doc, doc cakap “Maaf Encik Airil, nanah tu dah pecah. Dan dah merebak ke organ lain, isteri En.Airil tak ada harapan untuk kami selamatkan. Esok kami akan buka bantuan pernafasan isteri En. Airil”

Esoknya, pukul 8.20 pagi hari jumaat Maria pergi dalam dakapan aku dan familynya. Ya, tak sempat Maria sentuh msakan aku buat kali terakhir. Maria disembahyangkan selepas sembahyang jumaat. Betapa mulianya awak sayang, hampir 2 ribu orang sembahyangkan awak.

Dan semalam genaplah 2 tahun awak pergi Maria. Saya still tak boleh lupa awak, masih belum ada yang layak menggantikan awak.

Saya masih teringat semua yang kita buat, apa yang awal selalu cakap sebelum saya pergi kerja. Dan saya akan rindukan semua tu, saya rindu nak dengar awak punya bebelan. Gambar2 awak semua saya simpan rapi. Saya simpan dalam album kesayangan awak tu tao.

Aku masih teringat, filem terakhir yang aku tengok, seminggu sebelum dia pergi. Habibie & Mariaun, filem indonesia. Dalam cerita tu perempuan tu skit dan akhirnya meningal, tak sangka jadi dekat aku. Allahu, tak sanggup aku hadapi benda ni sorang2. Bidadariku….

Tiap2 malam ku, aku hantar bekalan doa yasin buat mu bidadari. Tiap malam aku juga mohon agar kau tenang di sana. Tiap malam juga aku berdoa agar cepat aku bersama kau di syurga kelak. Maafkan aku bidadari.. aku masih belum dapat lupakan kau..

Aku tak ada harta yang banyak, tak punya rupa yang kacak, begitu juga Maria. Bagi orang dia Biasa-biasa, tak boleh bagi zuriat. Tapi aku tengok dia cantik, dia ada 1 side yang aku tak nampak kat perempuan yang aku kenal sebelum ni.

Cinta sejati bukan datang dari mata, rupa atau harta, tapi datang dari hati yang sentiasa ikhlas dalam hubungan. Keikhlasan dalam hubungan mengatasi segalanya. Kau sanggup lakukan apa saja dengan kerelaan hati di sertai keredhaan dari Nya.

Pada lelaki, hargai lah isteri. Kau tak tau bila dah kehilangan, baru tau rasa dia macam mana. Aku malam-malam baca yassin masih menangis tau. Aku janji dengan dia banyak benda tapi tak sempat nak tunaikan. Aku tulis ni pun sambil tahan airmata.

Engkau telah pergi tinggalkan memori, tinggalkan diri ini termangu dalam sepi

Engkau telah pergi, pergi tak kembali untuk bertemu Ilahi hanya doaku yang mengiringi

Ya Allah Ampuni dosanya dan kasihani dirinya berikanlah dia tempat yang mulia di syurga-Mu kekal selamanya.

Al-fatihah untuk awak Nur Maria.

Sumber : Dunia Kini