Mak macam terkena kejutan budaya. Gambar bukan2 dibagi kpd knlan lelaki di fb. Bukan setakat gambar selfie aje.

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Tak tahu sebenarnya nak cerita macam mana. Nak start dari mana. Untuk mengelakkan orang tahu siapa mak saya. Saya sendiri malu nak cerita benda ni. Sangat mengaibkan. Tapi saya tak tahu nak selesaikan macam mana.

Sebelum mak saya kahwin dengan ayah saya, mak saya dah pernah kahwin dan berpisah dengan orang lain sebelum ayah saya. Mak saya dari segi agama dia sangat baik. Pandai mengaji. Solat tahajjud selalu. Tapi ada satu kejadian yang sangat terkejut berlaku baru-baru ini.

Sejak setahun ni mak saya dah pandai guna facebook. Umur mak saya 50-an. Tapi dia macam dah terkena kejutan budaya. Kenalan kat facebook kebanyakan lelaki. Bermesej macam-macam dengan lelaki. Sayang cinta rindu dengan lelaki lain. Sampaikan ajak kakak saya serta ayah saya pergi jumpa lelaki tu tanpa ayah tahu yang lelaki tu kawan facebook. Sekarang dengan lelaki lain pula.

Hari ni saya dapat tahu yang ayah saya cerita dan luah kat kakak saya beritahu mak saya ada bagi gambar bukan-bukan kat lelaki. Bukan gambar selfie je. Hmm sedih sangat. Bukan lelaki hari tu. Lelaki lain pulak. Ayah saya buntu.

Untuk pengetahuan semua, dalam keluarga saya, mak lah orang yang banyak buat keputusan. Apa-apa hal, ayah pun akan kalah. Kalau siapa-siapa tegur mak ke apa ke, mesti akan berakhir kepada pergaduhan. Sampaikan ayah tak boleh cakap apa-apa dan tegur apa-apa.

Banyak lagi kelemahan dalam keluarga kitaorang. Seolah-olah mak yang menguasai semuanya. Saya sendiri pun banyak tak sependapat dengan mak. Bila saya tegur mak, mak kata saya melawan. Bila saya tegur silap mak, pasti ada je yang mak akan cakap yang dia buat semua boleh dan betul. Bila ayah tegur mak, mak kata ayah berkasar dengan mak.

Pendek kata, apa mak buat semua betul. Orang lain buat semua salah. Lelaki first yang mak pergi jumpa dengan akak dan ayah saya, mak dah pesan siap-siap jangan beritahu saya pasal tu, sebab mak tahu saya je anak yang berani melawan. Mungkin mak takut saya nampak silap dia. Tapi kakak bagitahu saya senyap-senyap. Sampai sekarang saya pendam.

Orang luar semua nampak family kami okay, anak2 berjaya. Tapi serius, family kami banyak masalah. Saya sendiri dengan ayah saya pun kurang berkomunikasi. Saya tahu ayah pun jadi macam tu sebab mak. Lagipun ayah dah tua. Mak muda 20 tahun daripada ayah. Self-confidence kami rendah disebabkan mak juga.

Mak banyak bandingkan kami adik beradik dengan anak orang kampung yang lain walaupun anak sendiri dah berjaya. Mak juga suka bandingkan ayah dengan lelaki lain. Buruk-burukkan ayah depan anak-anak. Walhal bagi kami ayah tetap terbaik. Kalau nak cerita bab family, banyak. Tapi kami se-family hanya pendam je. Bantu saya. Macam mana nak handle masalah ni.

Kakak saya dah block nom fon lelaki yang mesej dengan mak saya. Tapi ayah saya bagitahu diorang dapat mesej balik. Mak saya banyak sembunyikan fon daripada ayah. Tapi kadang ayah dapat juga cari. Please. Bantu saya.

Lupa bagitahu. Mak saya isteri kedua ayah saya. Isteri pertama ayah ada lagi. Yang sulong adik beradik kitaorang 30-an. Paling bongsu belasan tahun. Adik bongsu ada juga mengadu pada saya mak saya bermesej dengan orang lain. Adik saya ada cek fon. Tapi saya tak tahu macam mana nak beritahu mak saya saya sendiri tak berani nak tegur mak saya sebenarnya.

Kadang saya rasa macam mak saya kena buat rawatan psy tapi dia okay je solat semua. Entahlah. Saya cuma berharap mak saya ampunkan dosa saya. Maafkan saya buat confession macam ni.

– Insan Lemah (Bukan nama sebenar) via iiumc