Kami satu family hidup susah. Ibu pula busy jaga nenek uzur. Tp lepas nenek dah tiada, kehidupan kami berubah.

Foto sekadar hiasan.

Macam ni aku cerita sikit kisah aku. Ibu ada 10 orang adik beradik. Anak ke 5. Ibu aku memang dh biasa susah. Ibu aku ni boleh tahan gak dia skor masa spm. Tapi di sebabkan kesusahan hidup, habis belajar ibu terus kerja sebagai kerani.

Memang kerja kerajaan tapi bawah ibu aku ramai lagi adik2 tengah belajar. Start dari hari pertama ibu aku kerja,memang setiap bulan ibu tak pernah miss bagi nenek dan atuk aku duit belanja. Aku tak lahir lagi time ni. Tapi nenek yang cerita balik kat aku. Lepas beberapa thun kerja, ibu aku pun kahwin dgn ayah aku dan kemudian atok aku tiada dunia pada usia 50+.

Kehidupan ibu ayah dulu tak senang. Ayah aku askar kerja luar negeri (ayah aku askar pangkat paling rendah).Lepas aku lahir baru kami tinggal bersama. Ibu aku lah sorang2 jaga adik beradik lain kt rumah. Aku salah seorang saksi kejadian.

Memang selalunya setiap bulan tak cukup duit. Mesti korek duit simpanan yg ibu simpan sikit. Tapi ibu tetap bagi wang belanja kat nenek. Tak pernah kurang dari rm100. Kalau ada lebih bg lebih tp kalau tak cukup, rm100 tetap ada untuk nenek di kampung.

Bila dah kahwin ayah aku pun macam ibu aku. Memang tak pernah lupa pada ibu kat kampung walaupun ayah hidup susah(atok sebelah ayah aku pn dah tiada. Memang dalam tempoh 7-8 tahun rezeki tak nampak. Tapi sepanjang hidup kami cukup maakan pakai.

Selepas bertahun-tahun rutin ni jadi amalan ibu dan ayah pada ibu mereka memang nampak rezeki ibu ayah aku murah sangat. Ayah dan ibu dapat tunaikan haji, beli rumah, beli kereta. Walhal dulu ibu ayah nak buat simpanan dari duit gaji pun belum tentu ada.

Konsep ibu ayah aku senang. Dapat gaji je pertama sekali cukup ke tak cukup nenek mesti no 1. Lepastu selebihnya baru lah fikir hutang2 yg hendak dilangsaikan. Aku dengan nenek memang rapat. Kalau kami tidur sekatil jwapnya pkul 12 pn belum tentu tidur sebab kami akan menyembang sampai aku sendiri tertidur. Haha.

Bila nenek sebelah ibu aku dah uzur, nenek nak tinggal dengan kami. Adik beradik ibu aku pun ada membantu kalau ibu ada kursus nenek tinggal sementara dengan mereka. Waktu tu aku spm. Aku tak duduk asrama,aku sek biasa. Kali ini wang ringgit bukan pertaruhan tapi tenaga dan kesabaran dalam menjaga nenek.

Ibu aku adalah orang yang tak pernah mengeluh penat jaga nenek. Nenek pernah marah2 taknak pakai lampin. Jadinya nenek aku berak merata dalam rumah. Kencing pun sama. Kat ruang tamu pun pernah. Ibarat kalau masuk je pintu rumah memang ada bau. Setiap kali nenek ke tandas lantai mesti kena mop.

Sebab kencing tak lawas. (tandas kt dapur tak ada dalam bilik). Nasib ayah faham dan tak pernah marah. Kami gilir2 mop lantai. Bayangkan sehari berapa kali kena mop gilir2. Wang perbelnjaan nenek tetap ada walaupun nenek tinggal dengan kami.

Saja ibu aku buat begitu sekurang2nya bila ibu aku tak ada duit boleh pakai untuk rawatan nenek. Sepanjang menjaga nenek, kami dimurahkan rezeki lagi. Ibu ayah dapat naik pangkat. Daripada rumah kecil kami dapat pindah ke rumah banglo yang selesa.

Tapi nenek tak sempat merasa semua tu. Nenek tiada dunia sebelum rumah baru kami siap. Lepas nenek tiada, rezeki memang datang mencurah curah. Rezeki datang tanpa di duga. Alhamdullilah. Dari kereta kecil dah boleh beli mpv.

Adik beradik kami pun dimudahkan jalan untuk belajar dan mencari rezeki. Dan sekarang semua dah bekerjaya. Bila difikirkan semula aku yakin inilah berkat menjaga orang tua. Kami dah terikut apa yang ibu ayah buat pada nenek.

Setiap kali gaji tak pernah kami terlupa bagi wang belanja pada ibu ayah. Segala keinginan mereka kami turuti mengikut kemampuan. Kami adik beradik saksi kejadian betapa setia kasih sayang ibu ayah pada ibu mereka. Kami sendiri berjanji pada diri kami yang kami akan layan ibu macam ibu dan ayah layan nenek. First class punya.! Insyaallah. Pesan ibu pada aku sewaktu nenek masih ada.

“ibu taknak cakap pada nenek yg ibu susah dan ibu yakin ibu tak akan jatuh susah kalau balas jasa nenek dengan duit bulanan tiap2 bulan tu. Ibu juga mampu jaga nenek macam mana nenek dulu susah2 pun mampu juga jaga ibu”.

Apa kata anda semua. Adakah cerita ini ada pengajaran. Bagi la kata sepatah dua dekat komen. Lepastu klu bermanfaaf share la. Terima kasih semua sudi membaca.

Sumber : Himpunan Media Kini