Duit baki biasiswa dlm bank tinggal skit,smlm akak call nk pnjm,tp hari ni dia call nak pinjm lagi

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum Aku nak ceritakan kisah kawan baik aku tengah hari ni..Panas nya kt shah alam ni,bulan puasa cmni..slurppp arhhhhh…

Ok sambung..Ini Bukan kisah aku,tapi boleh dijadikan pedoman dan tauladan buat kita semua.Aku namakan dia Taugeh sbb dia suka makan Taugeh banyak2,kalau nampak taugeh tu mmg satu mulut dia sumbat..kruk2 kruk2..bunyi taugeh dalam mulut dia.

Taugeh ni umur dia 26tahun, anak no 4. Dia jarang kongsi cerita dekat aku/kawan yg lain. Dia suka pendam sendiri tapi haritu dia cerita sebab dia tak tahan sangat aku rasa. Aku yang dengar pun rasa nak nangis sampai dah balik rumah pun aku terngiang² lagi apa yg dia cerita.Siap masuk dalam mimpi aku lg.

Taugeh ni aku tak tahu nak kata dia ni baik sangat ke lurus ke sebab Duit biasiswa dia byk habis untuk orang lain. Sem2 lepas aku taktahulah berapa tapi sem ni dalam rm1000 – 1150 lah duit dia habis. Habis bukan joli utk diri sndiri. Tapi mak ayah, adik beradik dia pinjam.

Dari dia sem 1, dia cuba jimat cermat guna duit biasiswa dia tu. Dia cuba tak mintak kat mak ayah dia duit belanja dan rely kat duit biasiswa yg dia ada tu jela. Makan, minum, yuran, sewa rumah.

Sekarang ni kami tahun akhir, dia bwk kereta sbb takde transport nak g kelas. Tu pun duit minyak kete, maintenance kereta, kalo kereta ada yg rosak nk kena repair pun, duit biasiswa lah dia guna.Takde sumber lain lagi sbb kalau buat part time,thesis dia akan terganggu.

Tapi dalam nak kena bayar tu ini tu terselit2 setiap bulan, adik beradik dia pinjam. Kadang setiap minggu dia masukkan 100 kat adik bongsu dia yg belajar jgk. Tak pun abang kkak dia yg pinjam.

Masalahnya dia ni anak no 4, abg kkak atas dia ni dah kerja dah kawin blake dh. Tapi aku tak faham boleh minta pinjam duit kat adik yg masih belajar. Aku faham kalau kakak abang dia susah, sara hidup tinggi semua tapi takkanlah setiap bulan nak pinjam?? Tu aku tak faham.

Baru-baru ni, dia cerita dia rasa bersalah dengan diri sendiri, dengan mak ayah dia, dengan adik beradik dia. Sebab haritu, duit dia tinggal 500 untuk dia survive sampai habis sem. Nak habis sem lagi sebulan lebih.

Kkak dia nak pinjam 150. Dia baru masukkan 50 semalam, esoknya kkak dia nak pinjam lagi. Dia marah. Haritu dia hilang kawalan diri, dia tak dapat pujuk diri dia, dia jerit sorang2 dalam bilik rumah sewa dia, “Semua pinjam duit aku, habis tu aku ni nak pakai duit apa.”

Nasib baik masa tu memang dia tahu housemates dia takda kat rumah. Jadi tak payah risau org dengar.Da boleh jerit mcm tarzan..”ohwowoooooo owohooohooo hooooooooo” Lepas dia jerit, dia nangis, amik kunci kereta g atm, g transfer kat kkak dia.

Masa tu dia tak boleh stop nangis. Sebab dia rasa penat dah. Dia kate dia hilang kawalan emosi tu time drive sikit lagi nak accdent tapi ALLAH jaga dia, dia sempat elak walaupun berjurai-jurai air mata.

Lepas dia dah transfer duit tu, dia masuk kereta, dia pergi tenangkan diri dekat tepi pantai. Muhasabah diri balik sekejap. Stop nangis. Balik rumah sewa dah maghrib, dia solat tu dia nangis lagi.

Lepas tu dia minta ampun dekat ALLAH sebab hilang kawalan diri, sebab dia pertikaikan takdir ALLAH, sebab rasa marah dekat semua orang. Dekat adik beradik dia. Dekat abang sulung dia yg tak pernah ambil tahu keadaan adik2 dia, adik dia susah, tak cukup duit, tak kisahlah adik yg dah kawin ke yg belajar lagi ke. Dia rasa dia yang macam dia anak sulung. Dia marah dekat abang kakak dia yg lain sebab pinjam dekat dia.

Lagi satu, punca dia rasa serba salah dengan diri sendiri bila dia hilang kawalan sebab mak dia tanya balik kenduri tak. Dia cakap tak tahu lagi sebab duit takde. Tiket bas mahal. Kalau balik, habis rm100 untuk tiket pergi balik je.

Mak dia marah, Mak dia kata kalau duit takde bagitahu la Mak ni. Mak ni hidup lagi. Mak boleh cari duit. Masa tu dia dah start memberontak dalam hati. Tahulah Mak hidup lagi tapi dia kalau boleh, seboleh-bolehnya tak nak mintak langsung kat mak ayah sebab mak aayah dia ada duit pencen je setiap bulan, nak kena bayar itu ini lagi.

Bagi kat adik dia tu. Bagi kat abang kkak dia tu jugak kadang2. Jadi ayat Mak dia tu buat dia stress, yelah bila Mak kau dah cakap pasal hidup mati, memang kau sedihlah.

Lepas tu, dia serba salah sebab dia macam question hidup dia baru-baru ni. Dia anak no 4, tapi macam anak sulung. Dia tak pernah dapat rasa bermanja dari segi material dekat kkak abang dia. Sebab adik beradik dia yg selalu ngecek dia. Jadi dia tak tahu, macam mana nak bermanja nak minta tu ini.

Yang aku herannya, lepas dia nangis kat pantai tu sampai bengkak mata migrain segala esok lusa dia ok. Dia boleh wat lek luuuu happy balik macam takde masalah. Masa dia cerita dekat aku tu, dia dah ok, dah tenang balik tapi air mata dia still jatuh menitik, cuma tak nangis memberontak macam haritulah.

Kan kenduri arwh atok dia kan hari ni, hari Ahad. Isnin sebelum tu, aku offer dia pinjam duit aku, suruh dia balik kampung. Dia kate takpe, kalau dia nak balik pandai-pandailah dia cari duit.

Tup-tup hari kenduri ni 9 hb aku nampak dia update status dia kat kampung. Manalah dia dapat duit tu kan. Ada je cara dia. Bagi aku, orang mcm dia ni ALLAH bagi rezeki dalam bentuk yg dia tak sedar. Dia tahu duit dia makin kering tapi dia tak kedekut bg kat adik beradik dia.

Dia ni bukan selalu sedekah pun, tapi aku perasan kalau dia pergi masjid universiti, dia mesti masukkn duit kt tabung masjid. ALLAH tolong dia, dia rasa duit dia takda tapi duit dia cukup ada untuk apa yg dia perlukan.

Jadi aku mintak, pembaca semua tolong doakan untuk Taugeh, kawan aku tu. Aku risau dia dah habis belajar ni mcm mana. Tolong doakan dia dapat kerja ada rezeki untuk dia. Dapat berbakti untuk mak ayah dia.

Dia bagitahu aku, dia tak pernah dapat bg mak ayah dia rasa duit hasil titik peluh dia sendiri. Dia tak pernah kerja seumur hidup dia 26tahun ni. Duit yg dia belanja kat mak ayah atau adik beradik tu duit biasiswa.

Jadi bukan hasil titik peluh dia sendiri. Tu duit orang bagi. Tolong jugak doakan dia dapat jodoh yang baik, yang boleh memanjakan diri dia. Hehe. Bukanlah dari segi material tu yg penting tapi bermanja seadanya lah.

Bagi aku, dia perempuan yg baik, jadi In Shaa Allah ada lelaki yg baik untuk dia. Kan?Ok tu jelah. Sorry kalau cerita aku berterabur, aku tak pandai karang cerita berjela mcm ni.

Kredit : Dunia Kini