“Bagilah saya p0ligami sbb dah 15 tahun awak tak mampu bagi saya anak” – Hncur luluh hati isteri mndengar permintaan suami

Penulisan dibwah dipetik dari FB Wan Nurul Hani yang ternyata telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Baca kisahnya di bawah.

“Bagilah saya poligami sbb dah 15 tahun awak tak mampu bagi saya anak”. Itulah yang diluahkan si suami.Si suami datang ke mahkamah untuk memohon kebenaran poligami. Reason? Isteri xmampu bagi zuriat selepas 15 tahun perkahwinan.

Hancur luluh hati isteri apabila suaminya tergamak mohon utk poligami krna masih blum mmpu berikan zuriat stelah 15 tahun berkahwin.

Mana la tidak hancur hati si isteri bila si suami beralasan sedemikian. Sedangkan selama ni doktor dah sahkan 2 2 tiada masalah kesihatan. Si isteri pernah memberi cadangan kepada si suami untuk mengambil anak angkat. Namun ditolak mentah2 oleh si suami. Siap berjanji bulan bintang bagai cukuplah si isteri ada dengannya dan dia tidak kisah soal anak dan tidak akan berpaling lain.

Itulah orang cakap. Jangan di sangka panas sampai ke petang. Atas permohonan suami nak berpoligami itu, maka redha lah si isteri. Si suami siap berjanji akan adil dengan kedua-dua isteri. Siap berjanji kasih sayang kepada isteri pertama tidak akan pernah berkurangan.

Si suami pun berkahwin dengan isteri baru. Yang lagi muda dari isteri pertama. Dan yakin isteri muda mampu berikan zuriat kepada dia. Ditatang isteri muda bagai minyak yang penuh. Isteri pertama sudah mula diabaikan. Banyak lebihkan isteri kedua.

Takdir dan kuasa allah tiada siapa pun mampu menolak. Baru beberapa bulan perkahwinan baru si suami dengan isteri kedua, isteri pertama disahkan mengandung terlebih dahulu sebelum isteri kedua. Tapi aneh. Si suami langsung tidak amik endah isteri pertama yang tengah mengandungkan zuriat dia.

Sedangkan itulah zuriat yang ditunggu selama 15 tahun berkahwin. Sedangkan itu la alasan terbesar si suami buat untuk berpoligami dahulu. Diabaikan isteri pertama yang tengah alahan teruk. Janji hanya tinggal janji.

Kesudahannya, si suami ceraikan isteri pertama yang sarat mengandung itu tanpa ada lagi rasa kasih sayang dan belas ehsan. Tegarnya kau wahai lelaki.

Allah anugerahkan kepada si isteri seorang anak lelaki sebagai ganti si suami. Semoga anak ini akan menjadikan ibunya sebaik-baik wanita yang perlu dihargai. Tuan hakim selalu berpesan kepada lelaki2 yang datang untuk memohon kebenaran berpoligami:

“Walaupun poligami itu suatu sunnah, tetapi tanggungjawabnya sangat besar dan berat. Jadikan poligami itu makin dekatkan diri kita kepada allah. Bukan makin menjauhkan diri kita dan buat kita lalai.

Di padang masyar nanti, akan ada satu golongan yang berjalan dengan tempang. Senget sebelah. Siapakah golongan itu? Itulah lelaki yang berpoligami tetapi tidak adil dan tidak bertangunggjawab. Menganiaya isteri2 dan anak2”.

Maaf.. aku kaget post aku yang lepas tarik perhatian orang

1. cerita tu memang cerita benar.. bukan rekaan.. itu la kes yang pernah terjadi di mahkamah rendah syariah kuala terengganu.. kes ni penyelia aku yang handle.. yang mana penyelia aku lawyer kepada isteri pertama.. kes ni dah selesai dah.. setaon atau 2 taon lepas camtu.. dan diceritakan balik oleh penyelia aku kat aku.. aku terkesan sebab tu aku share..

ohh ya.. sebenarnya kan.. selepas si suami nikah baru tu.. si suami izinkan isteri pertama ambil anak angkat untuk teman si isteri.. jadi isteri pertama ni ambil anak angkat.. beberapa bulan lepas tu dia mengandung..

dan penyelia aku ada share.. orang tua2 ada cakap, kalau pasangan yang berkahwin susah nak dapat anak, cuba ambil anak angkat dan berbuat baik kepada anak yatim.. inshaAllah murah rezeki untuk dapat anak.. aku share je ni.. terpulang kepada kalian nak percaya tak..

2. aku tak kecam mana2 lelaki yang nak poligami tau.. kalau rasa mampu, boleh adil, boleh bertanggungjawab kepada semua hati dan perasaan isteri, dipersilakan.. sebab kebanyakan yang aku tengok.. bila poligami ni.. kesudahannya salah seorang isteri akan mitak cerai atau diceraikan.. jadi pikir2 kan lah..

3. aku bukan lawyer syarie yang ada tauliah.. doakan aku jadi lawyer syarie yang boleh membela orang2 yang dianiaya dalam perkahwinan.. sekarang aku student praktikal sahaja.. 4 ari seminggu aku akan pegi ke mahkamah tengok kes dan perbicaraan.. kat situ banyak aku belajar.. itu la realiti kehidupan rumah tangga sekarang.. tengok orang rebut harta.. tengok orang bercerai.. semua di depan mata.. bukan lakonan..

4. sebenarnya banyak lagi kes yang menyedihkan kat depan mata aku terjadi kat mahkamah tu.. cuma nanti lah.. kalau aku rajin.. aku share lagi

Thanks baca.Sumber : FB Wan Nurul Hani

Artikel berkaitan : Suami dan isteri datang ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz cerai..

hakim bertanya kepada si suami.. betol ke kamu ada lafaz cerai talak 3 kepada isteri kamu dengan mengatakan “aku cerai mung talak 3”?

jawab si suami.. ya betol tuan hakim..

ada orang paksa tak masa tu kamu untuk lafazkan cerai?

takde tuan hakim..

kamu sedar atau tidak masa lafaz tu?

saya masa tu baru bangun tido.. sedar tak sedar gitu la keadaan saya..

hakim bertanya lagi.. kamu waras ke tidak masa lafazkan tu?

saya waras tidak waras gitu la tuan hakim.. 50-50 pasal saya baru bangun tido..

saya nak kamu jawab ya atau tidak je.. kamu sedar atau tidak.. dan kamu waras atau tidak masa kamu lafaz tu..

terdiam si suami.. mungkin keliru barangkali dengan keadaan dia masa itu..

akhirnya si suami iyekan.. betol saya sedar dan waras masa itu..

tiga kali persoalan itu ditanya oleh tuan hakim kepada si suami.. dan jawapan daripada si suami masih tetap sama..

“ya saya ada lafaz begitu”.

“ya saya sedar pada masa tu”.

“ya saya waras pada masa tu”.

tiba2 si isteri mencelah “tapi tuan hakim.. hari tu suami saya kabo/ bagitahu kat saya dia dalam keadaan tidak sedar masa tu sebab dia baru bangun tido” sambil menangis teresak2.. nampak dia pertahankan dan berharap talak itu tidak jatuh..

tuan hakim pahamkan si isteri “macam ni puan, segala keterangan hanya akan di dengar dalam mahkamah sahaja.. apa2 keterangan atau pengakuan yang dibuat oleh suami puan di luar mahkamah tidak akan diambil kira.. saya dah bertanya 3 kali kepada suami puan.. dan dia akui benda tu”

isteri masih lagi nampak sedang mengelap air mata.. suami dihujung sana diam membisu..

tanya tuan hakim lagi.. sudah berapa lama puan kawen?

11 tahun..

ada berapa orang anak?

4 orang..

tanya tuan hakim pada si suami ” dah bakpe yang sapa gi lafaz cerai masa tu?

jawab si suami” masa tu kami bergaduh sikit.. lepastu saya terlafaz cerai”

atas pengakuan si suami yang dia ada lafazkan cerai isterinya dengan talak 3 dengan lafaz yang sorih dalam keadaan sedar dan waras.. maka tuan hakim sabitkan jatuhlah talak 3 tersebut..

makin menangis la si isteri dengar keputusan tuan hakim.. si suami masih berkedaan tenang di sana..

tuan hakim ingatkan si suami.. lepasni kamu jangan pulak gila talak.. kamu upah kawan kamu untuk berkahwin dengan bekas isteri kamu.. kemudian kamu suruh dia ceraikan bekas isteri kamu.. kemudian kamu kahwin balik dengan bekas isteri kamu.. tolong jangan buat begitu.. dan puan saya harap puan boleh terima keputusan ini dengan hati yang redha..

pesan tuan hakim “kita ni sama ada lelaki atau perempuan.. mulut jangan lembik/laju/ringan sebut perkataan cerai.. yang perempuan suka mitak cerai.. yang lelaki mudah nak lafaz cerai.. jangan diamalkan buat benda tu.. cuba bertolak ansur.. perkahwinan itu satu tanggungjawab antara satu sama lain”