Tawar hati dgn suami sejak mlm pertama ,baru sekarang perasan suami rupanya anak emak sgt

Foto sekadar hiasan.

Sahur..sahur..bangun..bangun…hehe..Assalamualaikum semua da sahur belum?. aku da taip luahan ni dari pagi td lagi.Andai luahan ini menambat hati korang alhamdulillah kerana aku sangat perlukan nasihat-nasihat orang yang berpengalaman.

Sebelum itu,aku minta maaf andai luahan ini akan ‘ bias’ kepada diri aku kerana ini apa yang aku rasa. Dan cerita ini adalah kisah benar aku dan suami.Mungkin ada part yg aku hide kan tapi point nya masih sama.

Bermula dari malam pertama perkahwinan,hidup aku dan suami berubah selepas aku dinikahkan dan usia perkahwinan kami belum pun cukup setahun. Aku berusia pertengahan 30an dan suami lebih muda dari aku beberapa tahun. Itulah manusia, bila belum dapat ( berkahwin) kita asyik meminta,tapi bila Allah dah bagi macam-macam pulak dicomplain.

Aku sebelum ni lepasan master univesiti tanah air.Time belajar dulu aku tak pernah bercinta dgn sesiapa.Cuma bermodalkan rupa paras yg manis ni,aku senang bercampur gaul dengan rakan2 kelas aku.Suami aku sekarang time tu baru nak masuk belajar..Kira mcm junior aku la.

Awalnya suami memang pilihan aku atas perkenalan melalui orang tengah juga tetapi akhirnya ia menjadi pilihan ibu aku pulak. Panjang cerita kalau nak diceritakan disini tapi cukuplah untuk semua faham bahawa pilihanku bukan lagi pilihanku kerana hati aku sudah tawar dalam waktu tempoh pertunangan dan aku cuba untuk putuskannya.

Penyebab tawarnya hati aku adalah disebabkan banyak campur tangan orang luar berbanding perbincangan dari kami berdua. sampaikan nak memilih baju kahwin pun aku terpaksa makan hati belum lagi perkara-perkara yang lain seperti mas kahwin dan hantaran.

Korang boleh bayangkan tak warna aku minat untuk baju pengantin ditolak mentah mak mertua aku.Kalau bab adik beradik masuk campur jangan cerita lah.Aku dilabel kononnya tak up to date dari segi design baju.Arghh..suka hati aku la majlis aku,seumur sekali je kan..Korang setuju tak apa yang aku cakap ni?

Tetapi disebabkan suami pandai ambik hati ibu aku, aku pun tawakal ambil risiko untuk teruskan tambahan pula persiapan perkahwinan sedang dijalankan. Jujur aku akui, persiapan perkahwinan memang aku tak ambik ‘port’ langsung,semuanya ibu dan keluarga yang banyak uruskan memandangkan aku jauh diperantauan (sarawak).

Apa yg mereka hantar gambar dalam wasap aku iyakan saja.Tak bantah sikit pon walaupu aku ada keinginan lain.Sampai sekarang aku masih ingat blaus aku da macam budak2 tiktok.Aku ni da 30 kot,da matang.Dipendekkan cerita,kami selamat diijabkabulkan. Tapi hati aku masih tawar sampai sekarang.

Lepas kahwin, memang kami berjauhan. Aku di sarawak, dia di semenanjung. Berjumpa hanya bila aku balik bercuti. Masalah yang aku hadapi sekarang ialah kami tidak macam orang yang sudah berkahwin pun dan aku tidak pernah rasa bagaimana bahagianya selepas berkahwin.

Sebelum berkahwin, aku memang seorang yang berdikari dan berharap lepas kahwin bolehlah harapkan suami. Tetapi itu hanyalah angan-angan perempuan naif seperti aku kerana aku lagi perlu lebih berdikari selepas kahwin. Pada pandangan aku, suami masih belum pandai hidup berdikari walaupun sebelum kahwin dia akui sudah bersedia untuk berkahwin dimana pada pandangan aku sudah bersedialah untuk memikul tanggunjawab.

Contoh yang aku boleh bagi disini yang aku nampak, dia masih harapkan ibu bapanya walaupun selepas kahwin. Nak kemana-mana pun ibu bapanya yang menghantar kerana dia belum mempunyai lesen. Nak ambik isteri sendiri pun, harapkan ibu bapa.

Bayangkan untuk perjalanan yang jauh pun, aku yang kena memandu 8-9 jam dan dia hanya tidur di sebelah.Korang rasa?Eh aku bini dia kot,sepatutnya dia yg drive lebih safety..tapi ini tidak, da terbalik.Dia mmg macam anak mak duduk bawah ketiak lagi.Aku mmg tak boleh move on kalau lelaki jenis mcm ni.

Jika aku pulang bercuti, tidak pernah sekali dia menjemput aku di ‘airport’. Aku tidak pernah rasa seperti kawan-kawan aku yang suami masing-masing akan tunggu di ‘airport’ menjemput isteri kesayangan.

Aku teringin dilayan seperti puteri kalau sampai di ‘airport’,tak pernah sekali dalam masa setahun pun dia pernah jemput.Semua hanya harapkan abg grab paling tidak pon mak atau pun ayah nya akan jemput aku.Laki jenis apa kau ni.Lesen ada,tapi tak berani nk drive.

Aku di sarawak, dia tidak pernah telefon aku untuk bertanyakan khabar. Menurutnya, dia lebih selesa berhubung melalui what’sapp iaitu ‘line’ yang susah mau tembus sebab aku di pedalaman.Dia tak pernah paham perasaan rindu aku dekat dia. Aku akui, ego aku memang tinggi.

Selagi dia tak berhubung dengan aku,memang aku takkan berhubung dengan dia sebab hati aku sudah tawar. Sebelum berkahwin,macam-macam yang dijanjikan terutamanya dengan ibu aku, tapi lepas kahwin habuk pun tak ada.haprak lagi ada..korang tahu haprak tu apa? Kami memang ada masalah komunikasi.

Aku dulu seorang yang ceria dan banyak cakap, tapi bila dengan dia aku tidak berminat langsung untuk bercakap. Dia pun, hanya jaguh di whatsapp.Sembang kalau dalam whtsapp dia mcm king,semua boleh,semua on.Tp bila kami berdua dia hanya diam seribu bahasa. Aku lebih ‘prefer’ untuk bercakap ‘ face to face ‘ dan kami buat sesi itu sekali.

Di situ aku luahkan segala yang terbuku dihati dan aku juga minta dia luahkan apa yang terbuku dihatinya. Tetapi ia umpama pasir yang dimakan ombak sebab tiada juga penyelesaian ditemui.Dia lebih suka menundukkan kepala dia.Seperti budak darjah 1 kena mrah dgn cikgu yg tgh pegang rotan.

Sampai sekarang, dalam seminggu dalam dua tiga kali sahaja kami berhubung,itupun hanya dua tiga patah perkataan sahaja. Sebagai isteri, aku hanya mau tengok apa yang boleh dia lakukan sebagai seorang suami sebab aku tidak nampak dia sebagai ‘protector’ aku.

Semuanya orang nampak aku yang salah, jika aku balik bercuti, jika aku tidak ke tempatnya aku yang salah padahal aku sebagai seorang isteri aku mau suami aku yang ambik aku ke tempatnya. Ini tidak aku yang kena memandu seorang berjam2 beranikan diri untuk bertemu dengannya.

Bila dah bertemu, tidak ada juga komunikasi yang berlaku antara kami.Krik2 krik2 24 jam. Belum lagi campur tangan keluarga terutamanya ibunya dan adik beradik yang sangat sayangkan anaknya dan abg dia itu yang selalu membuat aku terbeban dengan tanggungjawab untuk menjaga anaknya itu.

Sampai satu tahap aku terfikir,aku ke yg suami ke dia yg suami?Itu da satu hal..bila aku buat kerja rumah,langsung dia tak pernah nak tolong sikit pon tak,mak dia cakap itu tanggung jawab aku.Anak dia dok terlentang depan tv layan cite drama tv3 dok berulang ulang kali.

Sampaikan aku keliru, siapa yang perlu menjaga siapa sebenarnya ni. Orang cakap, orang perempuan ni untung,sebelum kahwin bapa yang menjaga,selepas kahwin suami pula yang akan menjaga. Tetapi tidak bagi aku. Semuanya aku yang kena buat sendiri.

Sampaikan sekarang aku hanya fikir untuk tamatkan semuanya. Aku takut dengan perkahwinan ini akan menambahkan dosa aku. Ialah kan, lepas berkahwin, isteri tak buat itu berdosa,isteri tak buat ini kena laknat. Semuanya salah isteri.

Ni belum lagi aku mengandung,memang aku boleh stress la kalau macam ni 24 jam.Aku lebih rela membujang kalau dapat suami macam ni.Serius aku da tak tahan dengan kehidupan rumah tangga mcm ni lagi.

Di bulan yang mulia ini, aku berdoa semoga Allah lembutkan hati aku dan terima ketentuanNya. kadang kala aku rasa aku perlu tamatkan perkahwinan ini kerana hati dan perasaan ini tidak tertanggung sudah tetapi kadang kala aku juga rasa aku hanya perlu bertahan kerana hidup ini bukannya lama,hanya sementara.

Jadi disini, aku mohon nasihat-nasihat dari orang2 yang berpengalaman. Tolong nasihati aku. Jangan kecam kerana hati aku dah cukup berat untuk menanggung semua ini. Mungkin atas nasihat korang aku boleh menerima perubahan dalam keluarga kecil ni.Terima Kasih.

Kredit : Dunia Kini