Rahsia ayah terbongkar masa di airport sblum pergi umrah , ibu trnmpak cop imigresen Thailand dlm passport.

Foto sekadar hiasan (carian google).

Setelah ibu aku, insan yang paling aku sayangi, hormati dan yang paling aku banggakan telah menjadi seorang yang sebaliknya kepada aku. Dia telah bertukar menjadi manusia yang paling aku benci, hina dan yang paling aku nak rahsiakan kewujudan dia. Sampai satu tahap tu bila orang tanya aku, “Ayah kerja mana? Sihat ke? Ada lagi ke?” Aku nak jawab aku dah tak ada ayah. Dah mati. Tapi aku tak boleh cakap macam tu. Belum mampu.

Ayah aku ada. Dia tak mennggal tapi dia tak ada dalam hidup aku. Disebabkan jawatan dia, kebanyakan orang kat bandar ni tahu dia. Kenal dia. Bila orang baca ‘binti’ yang ada pada nama aku, orang tahu dialah orangnya.

Sebab ini jugak menjadikan aku berazam nak keluar dari badar ni. Bawak ibu dan adik-adik aku pindah ke tempat lain. Tempat yang tak ada sesiapa mengenali kami. Mulakan hidup baru. Tapi aku belum bekerja lagi. Masih dalam pengajian tahun terakhir aku. Aku dah letih untuk ada perasaan ‘macam mana kalau terserempak bila kat luar?’ Aku dah letih untuk tengok kewujudan ayah aku. Aku dah letih.

Buat masa ni aku, ibu dan adik-adik jalani hidup macam biasa walau kasih sayang dah dibahagikan. Bila dia balik rumah mak aku, kami layan macam biasa. Layan bagai raja. Sama macam dulu-dulu. Segala keperitan dalam hati kami simpan. Tak luahkan. Tak tunjukkan diwajah. Kami maniskan muka. Melayani dia kerana hormatkan kedudukan dia sebagai ketua keluarga. Setiap satunya disediakan.

Bila terbaca luahan isteri ‘ustaz selebriti’ tu. Dia sama macam ibu aku. Layan suami dari dia mula melangkah masuk dalam rumah bila balik kerja sampai tibanya waktu tidur. Makan, minum, pakaian, tempat rehat, urut badan bila nak tidur.

Ayat yang sama keluar dari mulut ibu ‘Ibu buat semua tu sebab tu tanggungjawab ibu. Ibu tak tau bila ibu nak mti. Sekurang-kurangnya bila Allah panggil ada jugak perbuatan ibu yang akan jadi saksi depan Allah nanti.’ Ya. Ibu aku baik. Sangat baik. Sangat-sangat baik. Kalau aku ditempat ibu, memang dah lama ayah masuk kubur dulu.

Aku bersyukur aku belajar dalam bidang agama jadi aku dikelilingi insan-insan yang banyak memberikan nasihat dan amalan untuk dilakukan bagi mengubat hati. Aku berkongi dengan ibu. Ibu amalkan. Mujur la kolej aku dekat je dengan rumah. Jadi aku duduk dengan ibu. Teman dia. Kalau bukan aku siapa lagi? Adik-adik? Dorang masih kecil lagi. Darah tengah panas. Aku sebagai yang tua ni la yang kena control. Kena pastikan keadaan tenang sentiasa. Home is not home for her anymore.

Ibu memang rapat dengan aku. Segala cerita dikongsi, segala aktiviti dilakukan bersama. Buat masa ni aku memainkan peranan sebagai penasihat dia. Dikala datangnya ketidak stabilan emosi ibu, aku ajak ibu buat aktiviti yang tak pernah dia buat. Macam orang bujang. Main roller coaster, tengok wayang, pergi berjalan ke tempat-tempat yang dia nak. Akulah pemandu, akulah tukang masak, akulah segala-galanya. Aku buat semua tu sebab nak buat ibu lupakan kesedihan dan kepedihan hati yang dia alami. Penat memang penat tapi demi ibu aku paksa jugak badan aku ni.

Setiap hari aku berdoa supaya Allah berikan aku pekerjaan yang bagus dan jauh dari bandar ni supaya aku dapat merealisasikan niat untuk mulakan hidup baru dengan ibu. Semoga aku diberikan jodoh dengan lelaki yang baik. Yang mampu menerima ibu aku dalam hidup dia. Jodoh yang boleh menerima ibu aku sentiasa ada bersama kami dan menghargai kehadiran seorang ibu dan memenuhi segala keingin ibu aku.

Cukup ibu aku dah bersusah payah dahulu jaga kami. Kini biar kami yang jaga ibu. Kepada mana -mana majikan yang perlukan pekerja yang cepat belajar, cekap buat kerja dan kelakar boleh la reply. Kalau boleh nak area Johor, Penang, Perlis ehh promote diri pulak.

Buat anak-anak yang mengalami perkara yang sama macam aku, tak kira la mak/bapak korang yang buat perangai. Tolong jaga perasaan insan yang disakiti. Hormat walaupun benci sebab nanti dorang akan malu alah sendiri. Orang yang suka menyakiti hati manusia ni hidup dia takkan tenang. Balasan Allah tu ada cuma cepat atau lambat je.

Part 2: Aku Letih

Kisah aku ni bermula dengan ayah aku kahwin lagi satu. Senyap2 dekat Siam tanpa pengetahuan sesiapa. mengikut cop di passport ayah aku tu tarikhnya bulan 10. Macam mana boleh kantoi? Bulan 12 tu ibu dengan ayah aku pergi umrah.

Masa kat airport ibu aku perasan dalam passport ayah aku ada cop imigresen. Ibu aku tengok cop tu ada tulis (Thailand). Bila dah jadi macam tu ayah aku pon mengaku yang dia dah kawin senyap2 dekat sana beserta sebab.

Sebabnya kalau tunggu balik Mekah nanti takut doa ibu aku makbul untuk hubungan dorang diputuskan. LOL. Ayat macam budak tak matang kan? Tapi tu lah hakikat yang terkeluar daripada mulut orang tua berumur 50 tahun.

Kenapa dia kawin lain?

1) GATAL.

2) MIANG.

3) LUPA DIRI.

– Senang sikit dah mula bongkak. Pikir diri tu mampu sangat. Padahal yang banyaknya hauk je. Kalau dah kerja kerajaan tu, gaji biasa2 je. ngam2 je buat belanja bulan2. tak payah nak bongkak dengan harta hasil usaha dan peluh orang lain. Duit yang kau dapat tu tak berkat!

4) EGO.

– Ni masalah utama. orang nasihat taknak dengar. Kata orang dengki dengan dia. Oh please. Ape je yang nak di dengki? kalau segak macam Fattah Amin tu boleh diterima lagi.

5) TAKDIR (bvllsh1t).

– Takdir? Takdir hidup kita boleh pilih. Allah bagi macam2 jalan depan kita. Yang kita pilih itu akan jadi takdir hidup kita. Jadi jangan sesekali salahkan takdir. Sebab takdir tu kita yang pilih.

6) NIAT MELINDUNG PEREMPUAN TU.

– Kononnya perempuan tu diganggu ramai lelaki yang sukakan dia. Sampai datang ke rumah cari dia lol! Hey perempuan! kalau kau reti jaga batas pergaulan dn tak mudah untuk menggedik dengan mana2 jantan, takdenya orang nak datang cari kau!

Siapa perempuan tu?

Janda anak 2. Anak2 dia semua ex husband yang jaga. Kenapa dia tak jaga? Katanya sebab ex husband yang tak bagi anak tu dekat dia. Aku call ex dia tanya apa punca dorang cerai. Ex dia bagi tau yang dia ni memang bermasalah. Skandal sana sini.

Oh ya! Dia ni kerja jual insurans bank. So sambil jual sambil goda. Aku tanya ex dia, dia tak fight ke hak penjagaan anak2 dia? Ex dia kata masa kat mahkamah dia dah tanya, macam mana nak bahagi masa dengan anak2. Dia kata dia taknak jaga.

Perempuan jenis apa ni? Mak jenis apa dia ni? Aku belum pernah jumpa mak yang taknak fight hak penjagaan anak walaupun dia susah. Lepas tu ayah aku dengan bodohnya menerima dia dengan niat nak membimbing di. Dia hidup dalam ke’lagha’an. Dah lama tinggal solat. Dah jadi buluh weh! payah dah nak lentur!

Cukup takat tu.

Fast forward ke masa sekarang ni. Ayah aku awal2 lagi dah cakap tak nak raya dengan kitorang walaupun mengikut turn hari memang ayah aku dengan kitorang masa tu. Tahun ni pulak memang raya kat kampung ayah tapi tanpa ayah. Takpe. Aku boleh je drive balik kampung. Adik beradik ayah semua sokong kitorang. Semua tak suka ayah aku dengan perempuan tu. Gila katanya.

Kau bayangkan eh, masa waktu kebumi arwah kakak ayah aku. Si perempuan tu boleh datang tanah perkuburan pakai mekap bagai lengkap dengan lipstik merah! Hah! Kau rasa dia tu jenis manusia yang macam mana? Adab semudah itu pon tak tau nak jaga. Tak. Aku adik-adik dengan ibu aku tak pergi majlis pengebumian tu sebab ayah aku bawak perempuan tu. Kang kalau pergi ada yang kena tanam kat kubur sebelah pulak. Haha

Whats make it worse, ayah aku bawak perempuan tu pindah dekat dengan kawasan rumah kitorang. Selang 3 baris je dari rumah aku. Aiyoooo… pening kepala. Ibu aku dah suruh pindah ke tempat lain. Payah la duduk dekat2 ni. Kang macam2 boleh berlaku. Ayah aku degil! Taknak pindah dengan alasan bodoh iaitu ‘senang nak tegok anak2’ HAHAHAHAHA!

Lelaki tua miang dengan alasan bodoh tak boleh diterima akal memang tak boleh dipisahkan. Alasan yang sebenar ialah senang untuk dia curi2 balik tengok perempuan tu. Janji untuk berlaku adil? Tinggal janji. Janji takkan abaikan anak2? Ape tu? Tak pernah janji pon! Jadi hiduplah kami berjirankan perempuan sampah tu.

Conquer tak? Ehh.. haruslah! Balik sini mengadap fon tak habis2. Melayan perempuan tu lah! Ape lagi. Kalau keluar jalan2 dengan kitorang adik beradik ayah tak keluar duit pon. Duit tak ada katanya. Aku balas setepek je. Tu lah. Takde penyakit pegi cari. Dia diam je. Sebab ayah aku ni dia lemah dengan anak2. Tapi masih melampau.

Kata-kata yang keluar dari mulut dia tu suka menyakitkan hati. Dulu aku bukan jenis anak yang suka menjawab. Paling kasar aku pernah kata pon ‘Sabarlah!’ dalam nada keras sikit ye, bukan membentak.

Kali ni memang aku dah hilang sabar. Hilang sabar beserta hilang hormat. Hilang sayang secebis yang tinggal berbaki untuk dia. Jumaat haritu giliran dia kat rumah sana. Pagi Sabtu tu ayah aku post Whatsapp dalam group famili aku tuduh adik lelaki aku calarkan kereta perempuan tu masa kat parking masjid waktu solat terawikh.

Padahal adik aku lepas solat isyak je terus blah balik rumah sebab adanya kehadiran perempuan tu kat masjid. HAHAHAHA Ko nampak tak permainan tu? Ibu aku pm tepi ayah aku. Tak berbalas. Ibu aku bagi ayat yang paling best!

‘Ini nama dia takdir. Dah takdir kereta tu bercalar. nak buat macam mana. Kalau dia marah lagi awak cari je la bini no 3. Saya izinkan. Cari la anak dara pulak. Mesti dapat punya. Awakkan pandai mengorat. Hehe’ Yass! Call banyak kali tak berangkat. Hahahaha takut bini letteww. Itulah.. Orang suruh pindah gi kawasan lain taknak.

Esoknya Ahad turn balik rumah sini. Ayah aku tak bising pon. Dia diam je. Aku dengan adik2? Dingin dengan dia. Mampus la situ. Aku malas nak buat baik dengan dia. Malas nak bercakap. Kang aku menjawab dengan dia kang kurus pulak pahala puasa aku. Lepas terawikh terus masuk bilik. Tidur. Malas nak bertembung dengan dia. Kang lagi banyak cekadak dia.

Isnin, pagi2 sebelum pegi kerja. Dia bawak keluar surat mintak pengesahan isteri pertama sebab nak gi daftar secara sah dekat Malaysia. Ibu aku kata. Dia akan sign dengan syarat dia pindah dari sini. Ayah aku jawab ‘Ahh.. Takda syarat2nya. Aku suruh sign tu sign je la.’ AKU. Perkataan aku tu keluar.

Ibu aku silap tak panggil aku waktu tu. kalau aku tau lah. memang aku dah bakar surat tu. Kalau bapak aku halang aku. Aku nak bakar tangan dia sekali. Sebelum dapat api neraka, aku bagi dulu api dunia.
AKU FED UP! AKU MENYAMPAH! AKU BENCI DIA! Aku lebih rela dia tak balik rumah daripada dia balik dan tambah lagi kesakitan hati kami.

Luaran kami memang kami buat macam tak ada apa yang berlaku. Tapi dalam hati ni. Calar dia dah sampai tahap dah tak ada ruang untuk ditoreh. Kalau ditakdirkan Allah ayah aku kembali, aku tak rasa aku mampu terima dia semula. Kesakitan yang dia bagi ni buat aku jadi kejam. Aku bukan manusia macam ni. Aku rindu diri aku yang dahulu.

Tapi aku bersyukur sebab dilanda ujian ni. Sebab apa? Aku dengan adik2 makin rapat. Masing2 dalam posisi masing2 untuk jaga ibu aku. Ibu aku terlalu fragile. Aku ibarat batu yang terbakar. Keras dan panas. Tempat untuk ibu aku bersandar kesejukan mencari haba.

Aku nak minta jasa baik pembaca2 semua untuk doakan aku dapat kerja tetap dan diluaskan rezeki kami sekeluarga dan diberikan kesihatan yang baik.

Aku tengah praktikal sekarang. Hujung bulan ni habis. Aku nak lindung keluarga aku. Bawa dorang jauh dari tempat asal aku. Ayah aku taknak berganjak takpe. Biar kami yang pergi. Aku taknak disakiti lagi. Hati ibu aku yang paling utamanya.

Makin hari makin kurus. Dari berat 80kg sekarang tinggal 52kg je. Tak lalu makan. Stress degan ayah aku. Kalau jadi apa2 dekat ibu aku, semuanya salah ayah aku. Kerana takdir yang dia pilih ni lah punca semua ni terjadi.

See you in my next entry 🙂 Thank you for reading.

– Si Gebu (Bukan nama sebenar) via iiumc