Jatuh talak 2… PU Abu dan isteri sah cerai selepas mereka patah balik ke mahkamah kemukakan bukti

KONFLIK perceraian Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dengan isterinya Ain ‘Afini Latif berkesudahan dengan jatuhnya talak dua walaupun pada mulanya mahkamah memutuskan penceraian mereka tidak sah.

Ia berikutan apabila PU Abu, 23, dan isterinya berpatah balik ke mahkamah semula ketika dalam perjalanan pulang selepas prosiding pada pagi Rabu bertujuan mengemukakan fakta tambahan bagi menyokong perceraian mereka.

“Ketika hakim buat keputusan (penceraian tidak sah) itu, sebenarnya ada kenyataan yang tidak penuh daripada pihak saya.

“Ada maklumat yang tidak cukup membuatkan penceraian itu tidak sah dan saya terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan,” katanya ketika dihubungi mStar.

PU Abu bagaimanapun enggan berkongsi kenyataan tambahan itu yang dikemukakan kepada mahkamah.

PU Abu enggan berkongsi fakta tambahan berhubung penceraianya dan Ain ‘Afini.

“Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prosiding pagi tadi (Rabu), saya baru teringat ada kenyataan yang saya tidak jelaskan kepada mahkamah.

“Saya dan Ain terpaksa berpatah semula ke sana dan mahkamah akhirnya memutuskan kami sah bercerai,” katanya.

Tambah PU Abu, bukti perceraian dia dan Ain ‘Afini hanya dapat dikongsi selepas memperoleh dokumen sah dalam tempoh sebulan daripada tarikh perceraian mereka didaftarkan pada Rabu.

Tapi maaf saya tak dapat kongsikan (fakta tambahan yang dikemukakan kepada mahkamah) kerana ia melibatkan aib di pihak sana.
AIN ‘AFNI – BEKAS ISTERI ABU SUFYAN.

Sementara itu Ain ‘Afini ketika dihubungi mStar bagi menjelaskan kekeliruan itu mengesahkan mengenai maklumat yang disampaikan bekas suaminya itu.

“Kami sambung bicara kes waktu petang. Ada maklumat pihak lelaki yang tak lengkap sewaktu perbicaraan pagi.

“Itu yang menjadi punca talak tak sah. Jadi kalau ikutkan mahkamah (keputusan) macam tu la… jatuh talak dua.

“Tapi maaf saya tak dapat kongsikan (fakta tambahan yang dikemukakan kepada mahkamah) kerana ia melibatkan aib di pihak sana,” katanya.

Ain ‘Afini kini sedang hamil tujuh bulan.

Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Rabu memutuskan penceraian PU Abu dan Ain ‘Afini tidak sah selepas mendapati lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dilakukan personaliti itu tidak sah.

Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar dalam penghakiman memutuskan lafaz cerai dilakukan itu adalah secara bertulis dan merupakan kinayah dan perlu bersumpah.

Pada 28 Januari lalu, pasangan ini telah bercerai talak satu dan rujuk semula kira-kira sebulan kemudian.

Bagaimanapun, PU Abu didapati menghantar lafaz cerai menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 11.44 pagi pada 13 Mac lalu selepas seminggu meninggalkan Ain ‘Afini.

Ain yang kini hamil tujuh bulan dijangka bersalin pada 10 Julai depan.

Semalam : PU Abu masih suami Ain Afini, mesej cerai melalui Whatsapp tak sah

Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar memutuskan selepas mendapati lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dilakukan PU Abu atau nama sebenarnya, Mohammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi, 25, adalah tidak sah.

Mohd. Nurulazhar dalam penghakiman memberitahu, lafaz cerai itu adalah secara bertulis dan merupakan kinayah serta perlu bersumpah.

“Abu Sufyan, sebagai suami perlu jaga isteri dan jaga anak dalam kandungan. Orang mengandung ini lain perasaan mereka dan jangan lepas tangan,” jelas Mohd. Nurulazhar.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan tersebut mendaftar lafaz rujuk cerai mereka pada 23 Februari lalu selepas mendapati lafaz rujuk itu sah.

PU Abu dan Hana Azraa.

Pada prosiding tersebut, Ain ‘Afini, 23, sebagai plaintif dan tidak diwakili peguam memberitahu, mereka telah bercerai pada 28 Januari tahun ini dengan kebenaran mahkamah dengan talak 1 selepas mendirikan rumahtangga pada 31 Ogos tahun lalu.

Mereka kemudiannya telah melafaz rujuk dengan niat dan melafazkan berbaik semula pada pukul 11 pagi di rumah PU Abu di Selayang Baru pada 23 Februari lalu.

Bagaimanapun, PU Abu didapati menghantar lafaz cerai menerusi aplikasi WhatsApp pukul 11.44 pagi pada 13 Mac lalu selepas seminggu meninggalkan Ain ‘Afini.

PU Abu sebagai defendan mengesahkan kiriman pesanan itu namun menjelaskan tidak berniat untuk menceraikan Ain ‘Afini selain tidak melafazkan cerai secara lisan.

“Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikandung. Saya mengaku kesilapan meninggalkan isteri atas sebab tertentu yang tidak boleh dihuraikan. Saya juga memohon maaf kepada ibu bapa mertua,” katanya.

PU Abu mengaku kesilapan atas diri sendiri dan bukan sebab ibu bapa.

PU Abu yang memakai baju kemeja berjalur lengan pendek, berseluar hitam dan berkopiah tanpa diwakili peguam itu melafazkan sumpah tersebut sambil didengari Ain ‘Afini yang berada di sebelahnya.

Kontroversi rumah tangga PU Abu mula menjadi perbualan hangat pada April lalu apabila bekas isterinya Ain Afini mendedahkan telah diceraikan ketika sarat mengandung tujuh bulan.

Ain turut memberitahu punca perceraian itu disebabkan orang ketiga iaitu seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Ain juga mendedahkan pendakwah itu meminta keizinan untuk berpoligami ketika dua bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Sumber : mStar