“Long, bulan posa ni ada hantu tak” -Loncatan aku terhenti saat lihat dua susuk tubuh berkelubung kain putih, berdiri memandang kami

Foto sekadar hiasan.

“Long….bulan posa ni ada hantu tak?”

“Maaaana ada hantu. Setan kan kena lokap?! “ Jawab Kak Ti yang sedang membonceng basikal abang Ngah di belakang. Aku pula membonceng RXS abang Long.

“Sapa kata tadaaakk?? Yang kena gari tu setan. Jin ada jugak.” Jawab abang Long sambil menekan pedal basikal membelah lorong kampung yang gelap.

Hari itu, dalam minggu terakhir umat Islam meraikan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Lagi 3 hari ja nak raya. Kami 4 beradik sedang dalam perjalanan untuk menunaikan sunat tarawih di masjid kampung kami. Misi malam tu ialah, bertarawih sehingga selesai witir. Kalau tidak, ayah kunci kami kat luar rumah.

Ayah tak kisah kami nak solat berapa rakaat pun sebelum ni. Tetapi bila kantoi yang kami tak pi masjid pun, dok pi main mercun katak kat rumah geng kampung…ayah kuatkuasakan peraturan baru. Tarawih kena lengkap 20 rakaat dan sambung witir 3 rakaat. Macam mana ayah pantau? Tak susah pun…tali barut ayah lagi ramai berbanding geng kami dalam kampung ni.

“Tapi jin dengan hantu tu sama ka?”

“Sama laa…! Langsiaq, hantu galah, pontianak, toyol….tu semua jin.”

“Abih tu….setan tu apa pulak?”

“Setan pun dia jugak. Tapi setan ni keja dia lagi spesel. Dia main bisik kat telinga ja bagi kita buat benda jahat. Yang kita dok nampak tu kebanyakannya jin.”

“Ohh…kira bulan posa pun kita boleh nampak hantu la sebab ada jin…?” Soal aku lagi yang inginkan kepastian.

Skreeeetttttttttttttttttt……bang Long tekan emergency break. Abang Ngah kat belakang pun sama tekan brek….skreeeettttt…. gedegaaannggg.. Langgar basikal bang Long.
“Dia ni kan, benak tu benak jugak….tapi mulut jangan capoi (celupar)!!”

“Aloohhh…tanya ja pun. Toksah la maraaaahh…!!”

“Bukan marah….orang kata mulut kita ni macam doa tau tak? Hang dok sebut-sebut satgi dia mmmaai kot tepi parit ni hang mau?”

Aku diam….taktau nak jawab apa. Masa tu memang tengah benak pun. Dok kannyiaq lagi. ‘Kannyiaq’ maksudnya muda ataupun mentah. Lebih kurang macam ‘mangkaq’…tapi kanyiaq lebih kuang ajaq bunyinya. Kalau orang kata hang kannyiaq…maksudnya bodo hang tak boleh dibawa berbincang. Benak pula….turun satu level lagi dari kannyiaq…kasta paling rendah pada kebodohan seseorang. Bila kena setempek ‘benak’ dengan abang Long…aku kena la diam.

“Weii cepat laaaa…. Ayah dok tunggu kat masjid. Kalau tak nampak muka kita time orang nak semayang mau kena balon pulak nanti.” Ujar abang Ngah di belakang aku.

Kayuhan diteruskan. Selang beberapa minit,kami tiba di halaman masjid Kampung Bagan. Jemaah dah ramai melimpahi ruang luar dan dalam masjid. Rata-ratanya penduduk kampung dan orang luar pun ada. Yang berkerja di pejabat pos dan pelabuhan Pulau Pinang turut sama berjemaah di sini.

Malam tu pula adalah malam istimewa…malam 27. Kebiasaannya di masjid-masjid seluruh Tanah Melayu akan mengadakan moreh besar malam ni. Masjid di kampung aku juga tak terkecuali. Ada kenduri besar. Ini memang dah jadi tradisi sejak turun temurun. Makanan yang dihidangkan bukan lagi bubur lambuk, tetapi uprade ke nasi minyak atau nasi tomato berlauk ayam masa merah, daging masak hitam, dalca dan jelatah. Kemudian ada pula aiskrim untuk budak-budak kampung. Meriah sungguh. Meriah lebih dari kenduri kahwin. Sebab tu malam 27 budak-budak kamung ni tak pernah miss pi solat kat masjid. Malam lain depa ghaib pi main sukaneka kat serata pelusuk kampung.

Masa kami parking basikal, ayah dah menunggu di tangga masjid bersama gengnya yang lain. Ada Pak Semanji, Pak Din Bendahari, Pak Leman Satay, Pak Latip Mustopa, Pak Kob Negro dan ramai lagilah. Semuanya tersenyum seronok memandang kami. Depa tu semua tali barut ayah. Kalau kami buat hal dalam kampung ni, depa la hantaq report kat ayah dulu.

“Haa…sampai dah. Pi masuk dalam. Jangan dok melilau. Habih kenduri baru balik.”
Pesan ayah sebaik kami melangkah naik ke masjid. Tidak lama kemudian, bilal Man melaungkan azan menandakan dah masuk waktu isya’ bagi seluruh kawasan dalam negeri Pulau Pinang.

“Allahuakbar….Allaaaaahuakbar….” Hingga sekarang aku masih ingat suara bilal Man yang serak-serak basah tu.

Kemudian, kami pun mendirikan solat isya’ dan terus sambung sunat tarawih dengan ayah sendiri yang menjadi imam. Dulu-dulu….rotation imam tak macam sekarang. Sekarang ni imam kerap bertukar ganti dan ramai imam import.

Dulu…di tahun 1970 ke 1990, imam rawatib atau imam 1 sahaja yang akan kekal menjadi imam sepanjang bulan puasa. Imam kedua cuma ganti bila imam 1 tak dapat datang ke masjid. Imam import, langsung tak ada. Jadi, kadang-kadang ayah aku baca surah panjang dan kadang-kadang ayat lazim ja.

Kebanyakannya ayat-ayat lazim yang bermula dari surah At-Takasur berselang seli dengan surah Al-Ikhlas. Lepas malam 15, imam akan mula dengan surah Al-Qadr dan diselang seli dengan surah lazim yang lain. Ayah akan tengok dulu makmumnya kat belakang. Kalau ada orang-orang yang lebih tua atau uzur, ayah akan ringkaskan solat bagi cepat habis. Begitulah cara orang dulu-dulu. Macam mana pun takpa. Ganjarannya tetap ada. Jangan dok bertengkaq benda yang dah lama dibincangkan ulama’.

Tengah dok solat tu, geng bentara dah siap hidangkan lauk pauk di luar ruang solat. Hang bayangkan, nak semayang pun tak senang. Hidung dok tangkap bau nasi minyak dengan ayam masak merah. Menggeletar perut ni menahan nafsu.

Usai solat, semua Jemaah duduk berbaris menunggu masa untuk makan kenduri. Lauk pauk dihidangkan dalam talam dan nasi diletak siap dalam pinggan warna cokelat jernih…pinggan nenek moyang kita.

Sebaik tok siak kata…. “JEMPUT MAKAAAANNN…” tak sempat baca doa dah….terus selup tangan dalam mulut dengan nasi bergumpal-gumpal. Punyalah gelojoh. Itu aku laaa masa zaman budak-budak.

Dah siap makan nasi, beratur pula nak makan aiskrim….benda yang hang jarang dapat makan di kampung dulu. Yang paling best ialah aiskrim potong perisa cekelat. Ataupun asikrim kacang merah. Dia punya sedap tu, bila meleleh ke tangan hang boleh jilat sampai ke siku. Nikmat tak terhingga bagi kami anak-anak kampung yang jakun dapat aiskrim.

“Dah jom balik.” Ajak bang Ngah yang dah tersandar kekenyangan di dinding masjid.

“Jom…tapi sempat lagi ni nak cucuh mercun. Aku bawak ni…” Jawab bang Long.

“Toksah la malam ni. Esok malam la kita pasang. Satgi ayah tau naya woii…”

“Kita blah awai…ayah tak keluaq lagi. Kita cucuh kat tepi pokok asam tu ja.” Ujar abang Long lagi yang nampaknya ketagihan main mercun macam ketagihan dadah.

“Adooiii…jom la cepat. Satgi depa pakat balik nanti ramai ataih jalan.”

“Jom…Edi hang pi panggey Kak Ti…” Abang Long memerintahkan aku mencari Kak Ti di sekitar dewan muslimat.

Aku tak banyak cakap….menonong ke kelompok mak-mak bawang mencari Kak Ti. Setelah berpusing-pusing sekitar ruang muslimat….aku tak nampak pun kelibat Kak Ti. Puas aku cari sampai habis semua muka makcik-makcik tu aku belek. Kak Ti dah balik gamaknya….tapi dengan siapa? Dia bukan berani balik sorang. Lalu aku bergegas dapatkan abang-abang aku yang sedang menunggu di basikal.

“Kak Ti tadak la….dia balik dah kot?”

“Dia balik dengan sapa?”

“Tak tau laaaa….”

“Pulak daaaaahhh…..balik tak reti nak habaq. Kena sorok hantu satgi kita gak nak jawab.” Abang Ngah aku mula beletiaq.

“Jom la blah….biaq pi la kat dia. Kalau dia dok ada lagi, satgi dia cari ayah.”

Kami bertiga pun celapak naik basikal dan bergerak laju menyusur jalan ke rumah. Kena cepat-cepat sebab bang Long nak pasang mercun dulu. Kalau lewat, mau terjerembab dengan ayah boleh berlengaih tengah belakang.

Tiba berdekatan pokok asam, kami berhenti…suasana sunyi dan kelam. Belum ada lagi penduduk kampung yang pulang dari masjid ikut jalan ni.

“Lekaih….mendidih dah ni. Tak sabaaaqqq… Nak raya daaaahhh….!!” Tergedik-gedik bang Long aku sebaik turun dari basikal. Aku dan abang Ngah pun turut sama gedik, tapi aku duduk jauh sikit. Takut kena mercun. Aku pernah kena dah sekali….boleh masak teloq hang kalau natang tu lompat masuk dalam kain.

“Edi…hang ushar line….” Perintah abang Ngah supaya aku memerhatikan keadaan sekeliling kot-kot geng ayah lalu kot situ.

“Ready…geset (get set)…go…!!”

Praaappp pap pap pap pap pap praaappp pap……melompat-lompat mercun tu bila sumbu dia dicucuh guruih api (mancis). Nama pun mercun katak…haruslah melompat-lompat.

Selang beberapa saat….satu lagi mercun dipasang abang Ngah….

Praapp pap pappp pap pap pap pap pap paa praaaappp pap pap…

Meriah macam malam raya dah. Hampir 10 ketul mercun katak dilepaskan di jalan tu. Hingaq bagai nak pecah gegendang telinga. Asap mercun berkelun-kelun ke awangan di sekitar jalan gelap tu.

Aku yang sedang bertinggung di sebalik basikal terus menutup telinga dan sekali sekala terloncat-loncat mengikut rentak mercun katak.

Tiba-tiba…loncatan aku terhenti…walaupun mercun masih berbunyi… Di celah simpang yang terselindung semak samun tu ada dua susuk tubuh berkelubung kain putih, berdiri memandang kami yang sedang beraya awal. Satu besar…satu kecil. Kelibat dua kain putih tu bergoyang-goyang ditiup angin malam.

Aku terus diam, slop. Mata aku terpaku ke arah makhluk itu yang berdiri agak jauh dari kami, tetapi mata aku dapat melihat dengan jelas. Dalam fikiran aku….betul kata abang Long. Jin tetap ada di bulan yang mulia ini.

Along dengan Angah pula masih ralit dengan mercun katak. Depa tak sedar dengan apa yang aku nampak. Aku nak berkata-kata pun lidah dah kelu, kaki melekat di tanah dan badan aku bergetar hingga ke tumit.

“Dah…yang belen ni kita simpan esok.” Ujar abang Long sebaik mereka puas dengan acara malam tu.

“Edi…jom balik.” Ajak abang Ngah sebaik melangkah ke basikal. Aku diam…mata aku masih terpaku pada dua susuk tubuh tadi.

“Ediii….jom balik….” Ulangnya lagi….

“Ediiiii…..hang nak tidoq sini ka?” Soal abang Long pula.

“Ediiii….woiiii…..naik la cepat. Jom balik…”

Lidah aku bagai tergulung masuk ke dalam, tak boleh nak lafazkan kata-kata, setiap helaian bulu roma bagai dah jatuh ke tanah. Namun, aku gagahi juga untuk berkata sesuatu. Aku teran suara aku supaya keluar dari mulut yang membisu.

“Aloonggg….hantuuuuu….”

“Apa hang merepek ni? Mana ada hantu bulan posa niiii…”

“Tu hantuuu….” Tanganku diangkat perlahan menunjuk ke arah kelibat yang dah mula bergerak keluar dari simpang tadi dan mula berjalan perlahan menuju ke arah kami…

“Manaaaaa?????”

“Tuuuu……” Waktu ni air mata aku dah keluar dan bibir aku mula dah sebek….nak teriak tak dapat ditahan-tahan dah.

“Tu Long…nampak tu?” Ujar abang Ngah pula mengiyakan kata-kata aku. Dia pun dah nampak apa yang aku nampak.

“Nohoorrrrommmmm…..bulan posa pun ada jugaakkk!!! Jawab abang Long pula setelah hijabnya pun turut terbuka dapatmelihat makhluk berdua tu datang menghampiri kami.

“Hannntuuuuuuuu……uwwaaaaaaaaaaa…hantu wooiiiiii….” Terus aku melaungkan perkataan tu. Harapan aku, seperti biasa abang Ngah atau abang Long akan ajak aku lari…

‘Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii……….” Perintah yang aku tunggu-tunggu dah tiba..sebaik abang Long bagi mandat untuk berlari, aku tak tunggu lama…aku buka selipar dan pecut tak cukup tanah. Rasa macam berlari atas angin.

Pap pap pap pap pap pap pap……bunyi tapak kaki aku membelah keheningan malam…
Selang beberapa saat, abang Ngah pula kayuh dengan laju lalu menyailang aku yang ada di depan…

Skreeettt kreeettt kreeetttt kreeetttttt…….rantai karat basikalnya berbunyi rancak.
Bila aku kalih ke belakang untuk melihat abang Long….aku nampak dia sedang terkial-kial membetulkan handle basikal. Dan lebih menyeramkan…salah satu mahkluk tadi melayang menghampiri abang Long.

“Loooonnggg……dia mai kat hang Lonnnggg…..lari la wooiii…!!” Tempik aku bila nampak abang aku dalam keadaan bahaya. Walaupun dia tu bongok tahap dewa-dewa….tapi dia tetap abang aku.

“Loonnggg lari Loonnggg….” Angah pula menjerit. Kalau tadi dia dah potong aku, kali ni dia kayuh patah balik untuk selamatkan abang kesayangannya. Haram jadah….mau tak mau aku pun kena patah balik. Takkan aku nak lari sorang-sorang?

Sebaik kami dekat dengan Along yang dah mula nak kayuh, makhluk tu pula semakin dekat dengan kami. Jin yang kecil datang dulu, jin yang besar sedang bergerak perlahan di belakang. Sialan dua ekor ni…bulan posa pun nak buat hal.

“Amik batu punggai tang kepalaaaaa….” Jerit abang Long.

Angah turun dari basikal dan dicapainya seketul batu sebesar ibu jari lalu dibaling ke arah makhluk tu…

Zuuupppp…..tak kena.

Aku pun turut melakukan hal yang sama….aku capai 3 ketul batu dan swing ke arah makhluk tu. Satu pun tak kena….dejey betoi. Tangan pengkaq (tangan tak jadi).

Tak semena-mena makhluk tu bersuara dengan marah….
“Woooooooiiii…..”

“Woi apa wooiii….sat hang!!.” Kata abang Long. Lalu dia cucuh seketul mercun katak yang masih berbaki dan dibalingnya ke arah makhluk tadi….

Praaappp pap pap pappp pap pappppp paapppp…..melompat-lompat makhluk tu bila kena baling dengan mercun katak. Baru dia tau…jangan main-main dengan anak pak Imam 3 beradik.

“Sat aku jampi…..” Kata bang Ngah sambil menggenggam segumpal tanah ditangannya. Lepas kumat-kamit membacakan sesuatu, abang Ngah campak tanah tu ke batang tubuh makhluk yang kian dekat menghampiri kami.

Zzrraaasss…….bertebaran debu tanah ke udara lalu makhluk tu jatuh terduduk menekup mukanya dengan tangan.

“Arrggghhhhh…….” Tau pun sakit. Kata aku dalam hati.

Malangnya…..kelaku kami tadi membangkitkan kemarahan makhluk tu…dia pun ambil seketul batu lalu dibalingnya pula ke arah kami. Jatuh betul-betul ke palang basikal abang Long.

Keletunnnggggg….bergaung ja bunyinya.

Wow…terer gak natang ni…kalau Long tak elak tadi memang kena tang kepala. Dan sekarang ni, kami sedang berperang baling batu ke arah makhluk suweii tu. Hinggalah….sesusuk lagi makhluk yang lebih besar yang sejak dari tadi memerhatikan kami datang berlari. Saling tak tumpah macam hantu pocong yang terlebih berat badan. Gayanya macam nak tolong kawan dia yang sedang diserang kami. Pasang daaaahhh…….aku kembali buka langkah seribu. Kali ni abbiang tak abbiangg….nak terkencing dah ni. Terus aku blah tinggalkan abang-abang aku yang masih berjuang menentang dua ekor hantu setan tu.

Objektif aku kali ni, lari balik ke rumah dan report kat mak. Biar mak keluar dengan parang menghalau jin-jin bulan posa yang begitu berani membuat onar di bulan yang mulia ini. Langsung aku berlari dengan laju hingga tiba di pintu rumah. Tubuh aku pecah peluh hingga membasahi baju melayu hadiah dari ayah aku tu.

Duummm dum dummmm…dum dummmm dummmmmm duummmmmm…. Pintu rumah aku honggaq (goyang) dengan kuat. Tiada jawapan dari dalam.

Dummm dummm dummmm……

“Maaaaaakkkkkk…..bukak pintuuuuuu….!!!”

Dum dum dummmmm…….

“Makkkkk…bukak pintu ni uwaaaaa!! Tolong maaaaakkk….Along dengan Angah kena tangkap hantu maaakkkk!!!”

Teriak aku lagi. Kali ni aku menangis…..mengenangkan nasib kedua-dua abang aku yang mungkin tak sempat beraya tahun ni.

“Maaakkkkkk……tolong maaaaakkk…!!!”

Kreeekkkk……pintu dibuka. Alhamdulillaahhhh..

“Maaaakkkk…” Aku terduduk di pintu rumah sebaik pintu terbuka.

“Mak mana ada…pi masjid.”

“Hahh??”

Aku panggung kepala melihat siapa gerangan makhluk yang berkata-kata kalau bukan mak aku?

“Mak pi masjid laaa…..tak balik lagi. Edi mai mana ni?? Awat teruk sangat rupa?” Kata kakak aku….Kak Njang. Kak Njang ni kakak aku yang nombor 5, masih belajar di ITM. Dia balik sebab nak bercuti raya.

Aku yang tadi nak berguling-guling atas tanah terus tak jadi.

“Mak pi masjid dengan sapa?”

“Dia pi sorang la. Akak jaga adik kat rumah.”

“Ohhh…..Kak Ti balik dak gi?”

“Tak pun. Mana depa semua? Bukan pi sekali ka?”

“Pi sekali laa..balik pun sekali….tapi kami kena kacau hantu tadi kat tengah jalan. Edi lari balik nak habaq kat mak.”

“Kena kacau hantu? Ampa main banyak niiiiiiiiii….mana ada hantu bulan posa ni….”

“Tapi tadi memang hantu la kaaaaaaakkk….” Jawab aku tersedu sedan menyeka air mata di pipi. Hati masih teringat kat abang-abang aku. Entah masih hidup atau dah mati kena baham jin.
Sedang aku tenangkan diri tu….terdengar bising-bising dari belakang.

“Orang suruh pi masjid, balik teruihh….depa dok pasang mercun tepi parit!!”
Aku kalih ke arah suara yang sangat aku kenal tu.

“Lenkali dah semayang tu balik!!! Bukan dok pi main malam-malam buta ni. Tu yang ampa dok kena sakat. Ni mujoq la bulan posa.” Pumpang pumpang pumpaangg….bunyinya dah mengalahkan bunyi mercun katak yang kami main tadi.

“Tu mak….” Kata kak Njang aku yang masih berdiri di bendul pintu.

Di tangan kiri mak, ada telinga abang Long yang sedang menolak basikal. Di tangan kanan mak pula, ada telinga abang Ngah juga sedang menolak basikal. Di belakang mak pula, ada Kak Ti yang sedang mengheret telekungnya yang berdebu akibat dibaling tanah jampi abang Ngah tadi.

“Addooiii……sakit telinga ni makk…issskkkkk!!” Teriak abang Long terjengket-jengket bila telinganya ditarik mak.

“Tau pulak sakit. Tu kalau mercun lompat masuk telinga sakit tak??”

“Sakittt maaakkk…sakitttt…” Jawab abang Ngah….

Mak memandang aku pula dengan wajah tak puas hati…namun tetap manis.

“Ni sorang lagi……bukan nak dengaq cakap. Apa abang-abang dia buat dia pun ikut….” Kali ni, telinga aku pula jadi mangsa tangan mak.

“Edeehhhh…..depa ajak cek makk…depa yang ajaaaakkk…” Jawab aku menggigil mencari alasan untuk melepaskan diri.

“Ahhh tak kira…sama ja tiga orang ni. Tu Kak Ti sikit lagi nak kena batu.”

Aku pandang muka Kak Ti yang merah bercampur debu. Dah macam ditabur tepung ubi. Seakan-akan apom beras kembang tak jadi.

“Paddddaaaann mukaaaa…..amik ampaa haaaa!! Sebelum yakin yang ampa nampak tu hantu…tengok betoi-betoi dulu.”

Ujarnya sambil mengangkat ibu jari tanda ‘best’. Zaman itu kalau orang bagi isyarat ibu jari….maksudnya ‘padan muka hang’.

Selang tiga hari kemudiannya….

“Allahuakbar allaaaahuakbar…allaaaaaahuakbar.
Laaaaailaaaha illallaaahuwallaaahu akbar
Allaaahuakbar walillaaahilhamdu..”

Takbir raya bergema di seluruh pelusuk kampung menandakan 1 Syawal telah tiba. Aku bangun awal sebelum subuh, excited nak raya. Adik beradik lain pun sama. Pagi tu seusai subuh, kena selesaikan satu perkara yang paling penting dahulu sebelum buat perkara-perkara yang lain.

Aku duduk berbaris di depan mak dan ayah….di depan aku ada abang-abang dan kakak-kakak yang lain. Kami nak menyembah salam memohon ampun dan maaf dari mak ayah atas segala kesalahan kami selama menjadi anak (keluar air mata aku masa taip ni siot…mak ayah aku dah tak ada). Terlalu banya dosa-dosa kami hingga tak mampu dibilang dengan jari…hingga mak ayah pun tak ingat apa yang kami dah buat.

Tiba giliran aku dan dua orang abang aku yang lejen tu…kamu duduk bertimpuh menghadap mak ayah.

“Mak, ayah…kami minta ampun minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Kami tau kami banyak buat nakal. Kami banyak susahkan hati mak ayah. Tolong ampunkan kami.” Kata abang Long mewakili kami bertiga. Di dalam dada terasa ada sesuatu yang menekan-nekan. Jadi sendat dan nafas tersekat-sekat.

Mak ayah sambut salam kami dan memeluk kami bertiga tanda keampunan, kerinduan dan kasih sayang yang tidak terhingga.

“Mak pun minta maaf. Ada sebab mak ayah garang dangan ampa 3 beradik. Mak nak anak-anak mak jadi orang. Mak tahu anak-anak mak nanti besaq akan jadi orang baik-baik.” Jawab mak lembut sambil mengusap-usap rambut aku yang masa tu masih bersekolah rendah.

“Ayah tak kisah anak-anak ayah nak jadi apa….asalkan jangan tinggal agama dan jadi manfaat untuk orang lain. Ayah dengan mak ni tak lama dah…esok lusa Tuhan dah nak amik. Kalau anak-anak sayang dengan mak ayah…..jadilah orang soleh dan hantaq doa kat kami nanti.” Kata ayah aku pula….

Dan saat itu air mata aku jatuh ke lantai. Walaupun masih budak, aku tetap punya hati sebagai seorang anak. Malah, tatkala waktu aku menulis ini….di kala anda sedang membacanya, air mata aku telah merambu hingga ke dagu, mengenangkan mak ayah yang telah pergi 3 tahun yang lalu. Tiada lagi kunci syurga di sisi aku. Tiada lagi nasihat ukhrawi yang menjadi pendamping aku. Tiada lagi wajah suci jernih untuk aku tatap buat penyembuh hati yang pilu. Tiada lagi pendengar setia tatkala lidah terasa kelu. Yang tinggal hanya rindu setiap kali tiba Syawal yang ditunggu-tunggu.

Tuan-tuan dan puan-puan….raya ni jika mampu balik…baliklah ke pangkuan ayah bonda. Walaupun mereka tidak meminta, tetapi jauh di sudut qalbu….mereka rindu. Kepada yang dah tiada mak ayah, mereka tetap rindu, rindu dengan doa kita.

Sekian….

Edi Arjuna via Fiksyen Shasha