“Kerja sampai mti pun tak habis” – Mak Mnnggl Lepas Masak Lauk Tapi Anak Tak Balik Makan Pun

WALAU sehebat mana kehidupan dan pangkat kita di dunia, tiada siapa pun yang dapat hidup kekal selama-lamanya. Firman Allah SWT bermaksud:

“Bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan), maka apabila telah sampai masanya, mereka tidak dapat menangguhkannya walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya.” (al-A’raf: 34).

Sibuk macam mana pun kita dengan kerja, janganlah abaikan parents sampai tak balik jenguk dorang. Betapa kecewa hati dorang kalau anak tak balik, apatah lagi bila hari istimewa.

Seorang pemilik bisnes perkhidmatan pengkebumian, Lau berkongsi satu kisah yang berlaku di Taiwan dan telah mendapat perhatian ramai. Menurut Lau, kisah tu antara salah satu kes yang dia tak boleh nak lupakan.

Seorang ibu berstatus warga emas hidup berseorangan di rumahnya. Pada satu hari, jiran sebelah terhidu bau yang sangat busuk datang dari rumah dia dan terus hubungi pihak berkuasa sebab risau sesuatu yang buruk berlaku.

Bila polis dan jabatan bomba pecahkan pintu rumah, mereka jumpa warga emas tu dah mennggal dunia beberapa hari dan ulat sampah dilihat keluar dari rongga-rongga badannya.

Gambar hiasan

Lau yang berada di tempat kejadian perasan ada beberapa jenis lauk yang telah dimasak diletakkan atas meja, seolah-olah mngsa sedang menantikan kepulangan seseorang untuk menyambut sesuatu.

Lepas mereka siasat dan cari bukti dalam rumah, pihak berkuasa jumpa kad pengenalan ibu itu dan terus hubungi anak lelakinya. Bila dapat tahu berita tu, anak dia terus balik dan menangis lepas diberitahu ibunya dah sediakan beberapa jenis lauk untuknya.

Gambar hiasan

Lelaki tu kemudian cerita pada Lau yang dia pergi bekerja di Singapura sepatutnya pulang untuk sambut Hari Ibu dengan mngsa. Malangnya, bila dah sampai Taiwan dia ada urusan kerja yang perlu diselesaikan menyebabkannya tak dapat balik rumah.

Mngsa merupakan ibu tunggal dan membesarkan anak lelakinya selepas bercerai. Masa kejadian, dia pergi mandi lepas dah siap memasak dan ketika itulah dia diserang sakit jantung. Lebih sedih, myatnya dah membusuk dan hanya dijumpai selepas 4 hari.

Kalau yang duduk berjauhan tu, make sure korang call parents setiap hari. Walaupun cuma tanya khabar tapi benda tu pun dah buat dorang happy sangat!

Antara komen netizen :

Mohd Fadzil :Hargai lah ibu bapa anda sementara mereka masih ada..sya dh xda doa dari seorang ibu lagi dlm dunia nie..Allah lbih syg kn mak sya.

Ziwan Elwan :Sedihnya ingat ibu bapa kita selagi masih ada

Mey Rose Mey Rose :Allahu menyesal x suda kalau bgni…hargai la mak bapak kita selagi mereka masi ada…amin….

Tikar getah :Menangis tak berlagu lah mkn masakan mak yang terakhir.

Siti Rashidah :Kesian Ibu dia sanggup tak makan tggy anak.. Anak plak x nk bg tau ke outstation.. Mnyesal x guna dah..

Alisa Izzat :Masakan terahir ibu… Jatuh air mata sy.. Rindu kt mak sy.. dh 1 thun pergi.

Apa pula kata anda? Jangan lupa kongsikan ya. Tq

sumber: lobakmerah via gengjoyah