Terjumpa ‘sesuatu’ yg dah dipakai dekat dalam mesin basuh ,tak ada ‘sisa’ .Bila ditanya , ini jawab suami

Foto Sekadar Hiasan..

Assalamualaikum admin ,tolong hide kan profile saya. Saya nak minta pendapat. Sebab dah tahu jln penyelesaian. Saya dah kahwin 12 tahun. Ada anak 2. Sorang 12 tahun sorang 9 tahun. Saya full housewife. Nak kerja dulu suami tak bagi. Katanya nanti bagi 1k sebulan. Ok lah fikir masa tu. Tapi tak ada juga bagi. Masa tu fikir tak apalah,asal makan pakai cukup semua, alhamdulilah.

Dari start kahwin sampai sekarang dah 12 tahun ,suami selalu kerja out station dari anak lahir sampai la skrg hanya saya sorang yang jaga. Sampai lahirkan anak ke2.

Berpantang pun entah ada pun tidak sebab saya pantang sorang2. Berurut lepas pantang pun tak ada. Cuma makan ubat/pil yang beli untuk ibu berpantang tu la. Dengan jaga anak yang pertama lagi masa tu. Dengan anak yang baru lahir lagi. Dengan kerja rumah lagi saya teresot2 buat sorang 2. Sebab masa tu mak dah tak da. Anak first mak sempat tolong jaga beberapa bulan sebelum dia meninggl.

Mertua pun tak pernah kata nak tolong jaga. Jadi jaga anak, jaga rumah, jaga diri sorang2 saja. Dan masa pantang tu, ada sehari suami tak balik rumah. Alasan kena tangkap polis sebab main judi dengan kawan.

Sehari lepas tu saya cuci baju jumpa kond0m yang dah dipakai dekat dalam mesin basuh tapi kond0m tu tak ada ‘sisa’ la dah habis bersih saya cuci bila tanya dikata kawan aniaya dia sengaja letak benda tu dalam poket dia. Saya positif saja la masa tu case close la..

Sampai satu tahap sekarang ni saya dah rasa saya boleh buat semua benda sorang2. Termasuk lah hal2 baiki barang rosak contoh sink sumbat, paip rosak, atau benda2 lain, saya buat sendiri.

Dalam 2 tahun lepas, suami saya ada la tolong2 kerja rumah. Memang rasa bahagia sangat. Tapi sekarang memang dah tak ada. Walau pun kadang diungkit balik kerja2 yang dia buat kalau bergaduh. Sakit hati juga lah. Tapi sekarang kerja dia hanya tidur bila pulang rumah. Outstation bukan sehari dua. Tapi sebulan.

Dia kerja sebulan outstation, 2 bulan tak kerja. Sebab tak da permit. Tak boleh stay lebih sebulan. Jadi dalam masa 2 bulan tak kerja tu tidur lah sj kerja dia.Bangun makan, mandi, tidur. Kadang saya rasa lg bagus dia tak ada kat rumah. Mata saya tak sakit tengok dia asyik tidur.

Kadang ambil anak balik sekolah, anak pun tanya, ”papa buat apa mami? Tidur lagi ka?Dah pukul 3 petang. Hari2 tidur.” dalam hati bisik, anak pun mula terkesan.

Masalah tidur dia memang dari sejak awal kahwin memang dah ada. Tapi saya tak kisah sebab masa tu dia bangun pun 2-3 petang. Jadi saya anggap dia penat walaupun saya penat jaga anak2 yang masih kecil. Tapi lama2 dia jadi bangun makin lewat sampai 7-8 malam. Anak2 pun tak peduli. Bila saya tegur akan jadi gaduh. Jadi saya diam kan untuk elak anak2 tengok asyik bergaduh. Dan makin lama sekarang, sampai berhari-hari tidur dalam bilik. Bila tegur jadi gaduh.

Lepas gaduh lagi teruk dia kurung diri dia dlm bilik ada sampai seminggu. Tak faham saya. Tak makan. Tak buat apa cuma terbaring. Bila tanya dibagi alasan kepala pening. Mcm mana tak pening kalau dh terlebih tidur, jadi malas, badan sakit, otak tak berfungsi. Saya sedih sangat. Anak2 tak di peduli. Makan kah, sakit kah. Tak ambil tahu langsung. Kalau dia outstation. Whatsapp semua manis2 tanya pasal anak, dah makan ke, makan apa hari ni. Nak balik rumah tengok anak and isteri. Tapi bila dah balik dia tidur.

Tapi bila masa dia nak bersama, dia akan bangun awal, tolong kerja rumah sikit2, layan saya elok manis. Lepas malam bersama, esok start tidur lagi. Bila tegur, kata faham dia salah, akan berubah. Tapi lepas 2 hari datang balik perangai tidur. Suami saya baik, tak melepak, makan pakai cukup, tak da perempuan saya tak tahu lah sebab dkt sana saya tak nampak. Hanya allah boleh tahu.

Kadang bila bergaduh, adalah dia mengungkit2. Yang dia dah bagi macam2 kat saya. Sedih juga la, sebab saya tak kerja kan. Hanya mengharap duit dia. Tapi bila dia elok, pijak semut tak matti. Manis mulut.

Tapi yang saya kisah kan, selagi dia hidup bersama saya, dia asyik tidur sampai kan semua benda saya buat sorang2. Anak2 cuti sekolah panjang pun dia tak peduli nak bawa anak2 pergi mana. Apatah lg cuti hujung minggu.

Kadang saya rasa bosan, tak da orang nak bersembang, bercakap. Sebab keluarga saya jauh, kawan pulak memang saya tak hubungi sebab suami tak bagi. Jadi saya hormat. Tapi lama2 dia buat macam ni, buat saya dengan anak2 tak wujud. Rasa bosan. Saya sayang dia, sayag anak2, sayang rumah tangga yang saya bina selama 12 tahun ni.

Saya cuba bertahan dan bersabar. Tapi sampai sekarang ni saya dah tak tahu kesabaran saya ni boleh lagi bertahan atau tidak sebab saya rasa saya boleh hidup tanpa dia. Sebab dah berpisah outstation saya buat semua.

Bila kat rumah pun saya sendiri uruskan semua nya. Sampai sekarang anak2 pun dah besar. Jalan terakhir saya adalah bercerai.

Betul kah keputusan saya ni? Saya dah cuba bawa berbincang dalam sebulan ni tapi gagal, semua berakhir dengan pergaduhan. Dan dah cuba suruh dia pergi jumpa doktor tanya apa masalah. Dia asyik tangguh2 dan tidur saja. Dan bila gaduh, saya lah yang uruskan semua nya juga.

Dengan stress, dengan tak cukup tidur. Nak diadu pada keluarga atau kawan, takut dijadikan bahan cerita. Jadi saya ambik keputusan minta pendapat semua. Saya tak kenal awak, awk tak kenal saya.

Minta maaf semua. Cerita saya panjang sangat. Ye la, dah 12 tahun di pendam, tak da tempat mengadu. Kalau 20 tahun mungkin kena buat buku.

antara komen netizen :

Shikin Azizi –tanya dia abg tidur lama2 sampai 5-6 hari dlm bilik ni buat persediaan nak ke kubur ke…

Tuty Sarah –simptom org amik ice (syabu) ni… Kesian sis ngan ank2 ,bertndaklh sblm terlambat.

Nur Qaseh Humaira –doa je dia tidur tak bangun2 terus. Senang. Takyah susah2 nak fikir bercerai ke apa. Settle masalah.

Leez Shamiza –saya pernah hadiri ceramah dr aadk… Simptom org mngambil ddah.. Dia boleh tidur berhari2 lamanya.. Tinggalkan je la sis.. Cari kehidupan dan persekitaran yg baik utk anak2..

Mas Asia –sy tak tau ciri2 org isap ddah..Tp dari komen2 netizen ni ramai yg ckp ddah.. Kalau betol ddah.. Cerai je la kak.. Buat s3ksa otak je pikir org mcm ni..

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber : KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *