“Sepinggan nasi sup dan telur dadar ini harganya RM50. Mahal? Tidak.” – Cikgu ini dedah kenapa harga makanan itu RM 50.

Sepinggan nasi sup dan telur dadar ini harganya RM50. Mahal? Tidak. Bahkan itu sangat murah sebagai tanda sokongan.

Hari pertama Awe buka kedai, aku cuma order air Teh O panas sahaja. Hanya segelas air, dan aku bayar RM50 tanpa minta baki.

Bukan tunjuk kaya. Tapi tanda sokongan seorang kawan. Dia baru buka kedai, nak tolong masak aku tak pandai. Maka sebagai tanda sokongan untuk dia, aku bayar RM50 tanpa ambil baki.

Kini dah hampir setahun Awe berniaga. Perniagaannya agak okey. Agak memberansangkan jugalah kiranya.

Beberapa hari lepas, sale kedai Awe agak slow. Hari hujan dan pelanggan agak kurang. Sedangkan pekerja kedainya bertambah dari dua menjadi empat.

Orang kampung dia datang bertanya kerja dan dia terima kerana kasihan. Padahal sale kedai sebelum ini pun cukup-cukup makan sahaja.

Bila sale slow, maka tak usah bercakap soal untung. Nak dapatkan modal balik pun payah.

Orang berniaga ni, rugi tu pasti. Untung itu rezeki.

Sebab tu Isnin lepas aku pergi kedai dia dan order makan. Biasanya aku tak pernah order apa-apa. Sampai je kat kedai, sampailah makanan, sampai je air yang dia belanja. Ini kali aku order khas.

Bila aku nak bayar, dia tak nak ambil duit. Belanja katanya.

Tapi sebagai kawan, aku pun faham dia punya perniagaan tengah slow. Orang tengah susah hati sale slow, jika aku terus menerus ambil kesempatan, tak kena lah.

Aku hulur juga RM50 dan cakap kat dia,

“Awe. Ambillah. Sale kau pun slow la ni. Pekerja makin ramai. Kalau tak ambil, aku malas datang dah kedai kau.”

Maka dia terima dengan berat hati. Berkali-kali ucap terima kasih kerana dapat rezeki tak terduga.

Begitulah adat berkawan. Bukan hanya untuk kesenangan diri kita sahaja.

Bila kawan tengah sesak, tengah terdesak, kita sokonglah mereka.

Ni bila dengar kawan menjual, pergi beli untuk minta kurang. Minta diskaun, minta kawan tu bagi harga modal mereka.

Kita bukan nak membantu, sebaliknya nak melingkupkan pula.

Support la kawan-kawan kita dengan beli produk mereka tanpa minta kurang. Itulah sebaiknya.

#MFS
– Fahami pahit getir kawan berniaga –

Luahan cikgu Mohd Fadli Salleh ini mendapat sambutan dan perhatian net1zen. Rata-rata daripada mereka menyokong tindakan beliau dengan memberi pujian dan minta cikgu tersebut untuk v1ralkan kedai makanan itu.

Antara komen netlzen spt di bawah:

Said Azlan : Kau kawan yang mempunyai hati yang mulia. Naik teksi aku pun tambang baru 100 kau bayar 200. Apalagi yang mampu ucapkan. Hanya doa agar umur kau panjang dan rezeki kau dipermudahkan.

Terima kasih brader

Cik Sue : Mintak diskaun sy mmg tak kisah sgt chekgu.bab yg sokmo mintak pree, mintak belanja. dh jadi tokey besaq katenyaaa. sesekali belanja laa jgn kedekut.Sedihh gak sy sebenaqnya walaupon sy paham ada antara mrk cuma saja bergurau.Tp jauh disudut hati, sy tetap jua rasa serba salah.

Habibah Badar Bajrai : Dulu tak paham. Bila beli barang ngan family, rasa macam wajib dapat diskaun. Bila dah start bisnes sendiri baru paham. Sekarang bila pikir balik, jadi malu sendiri 😅

Shaziah Ahmad Sukree : Totally agree.. Mcm kita yg buat kek jual ni… Nak kek premium.. Yg bahan2 premium.. Tapi nak mintak kurang… Bukan kurang sikit2.. Kurang banyak.. Sampai kita nak cari untung pun taktau celah mana nak cari… Guna alasan.. Ala takkan takda harga kawan2.. 😪

Ismalina Yahya : Sedap kedai Nasi sup dia nihh, Puas hati makan sup dia.. saya pernah makan kedai nih, tgk sup dia pun menyelerakan..klau dekat boleh gi selalu, tapi kami dduk Bangsar..

Nor Saliza Rosli : Hanya segelintir je kawan yg berbudi pekerti seperti cikgu. Alhamdulillah. Terima kasih kerana memahami kami, peniaga2 kecil yg juga mencari nafkah utk bantu keluarga. Kami bukan nya ada gaji tetap yg memang setiap bulan akn masuk Akaun. Kami pun makan gj cuma dgn cara berbeza. Bak kata pepatah ‘Untung sabut timbul untung batu tenggelam’ lah kami.

Sumber FB MFS via edisiharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *