Pelik kenapa isteri suka sangat dengan hujan, hinggakan aku pernah tanya family dia sebabnya

Foto sekadar hiasan.

Hai, sebelum korang berkahwin mesti ramai yang tahu sedikit je pasangan kita. Kalau tahu pun setakat reaksi atau percakapan dari pasangan kita. Dah kahwin baru lah kita tahu macam mana sebenar.

Aku dengan isteri baru berkahwin 3 tahun. Sebelum tu kita orang bercinta lebih kurang dua tahun. Sepanjang bercinta tu, aku tahu dia ni memang suka sangat dengan hujan. Kalau hujan je dia punya reaksi muka berubah ceria dan betul-betul gembira. Tapi aku ingat setakat tu sahaja.

Jadi bila kahwin, kami pun berpindah. Rumah ni memang aku beli dah lama tapi kasi orang sewa. Bila dah kahwin kami pun berpindah dekat situ. Jadi bila hidup berdua ni, isteri aku ni memang terlalu suka dengan hujan. Malam tu tidur memang dia ada kira macam accesories dalam bilik. Macam hujan punya simulator memang kami letak atas satu meja spesial benda tu sebab agak besar.

Jadi bila malam kalau on switch, akan ada sound hujan, guruh dan benda yang kita biasa dengar waktu hujan. Jadi fungsi benda tu untuk isteri aku dia kalau tidur memang on benda tu. Aku pun okay je bunyi dia memang selesa dan nyaman. Dah macam terapi.

Kalau waktu malam hujan barulah dia mtikan. Sebab natural punya lagi bagus kan. Selalu kalau aku tengah drive. Tiba-tiba hujan nanti dia punya suara excited “yeay” . Nanti dia perhati hujan tu dengan muka dia sekejap confuse sekejap gembira lepastu pula excited.

Aku pernah berbual dengan keluarga belah isteri aku, rupanya isteri aku memang dari kecik lagi dia suka sangat dengan hujan. Aku pernah tanya kenapa dia suka sangat dengan hujan. Dia cuma senyum je sampai sekarang tak berjawab. Pernah sekali cuti, waktu tu memang lama tak hujan. Setiap hari juga juga dia merungut “tak hujan lagi ke?”

Sekali tengah tengok tv ni hujan lebat turun. Terkejut aku dia bangun laju2 keluar rumah. Dia pergi mandi air hujan, punya lah seronok dia main hujan waktu tu. Aku pun setakat senyum dan tengok. Lama juga dia mamdi hujan tu, bila masuk basah tu semua. Aku ambikkan lah tuala lapkan. Tiba-tiba dia cakap ” Seronok kan Hujan” aku cuma jawab “iya seronok”.

Terus terang memang dia suka sangat dengan hujan. Dekat rumah kami, kalau kau masuk je dalam boleh nampak Satu lukisan besar dekat dinding. Lukisan hujan. Yang ni isteri aku beli, aku mula2 tengok setakat meh je. Tapi bila setiap hari tengok lawa juga haha. Selalunya kalau hujan lebat nanti isteri aku akan duduk tepi tingkap perhati je hujan tu. Aku pun ikut je tengok.

Waktu awal kahwin aku tengok dia excited sangat dengan hujan ni, aku rasa macam nak tegur lah. Cakap sudha-sudah lah tu dan memacam lagi. Tapi bila nak cakap tu tak sampai hati, bila kau tengok muka dia. Dia punya “yeay” dan banyak lagi. Jadi aku biarkan je.

Aku pun enjoy dengan Hujan. Setiap kali hujan kalau aku tengah kerja mesti aku teringat mesti dia ni tengah gembira hujan lebat. Jangan dia jerit “yeay” dalam office dia sudah lah.

Ada yang suka bau rumput lepas hujan?

Biasa kalau isteri aku tengah badmood ke marah atau kami bergaduh. Kalau hujan mesti semua benda hilang atau lupa terus lah semua okay. Jadi aku memang kalau hujan je ingatkan isteri aku. Ada juga sesekali tu aku “terjoin” mandi hujan. Dah macam scene Bollywood.

Terus -terang cakap, waktu aku teman isteri aku mandi hujan. Aku nampak muka dia memang ceria sangat main air hujan tu. Aku ni pun lega lah kalau hujan boleh buat dia gembira sampai macam tu. Jadi kalau dia tak happy aku boleh lah keluarkan pipe dan buatkan air hujan palsu. Kasi tenang sikit mood dia.

Antara komen netizen :

Rizal Rodzuan –Bagus lah dpt isteri yg suka hujan. Daripada dpt gf yg takut bunyi guruh smpi bf berkorban belikan cendol agar dia happy balik, tau2 clash dan couple lelaki lain.

Nabella Suhaimey –Sape senyum sorg2 baca confession ni?? Kita geng !!!

Ieda Emyss –Saya 6 beradik kalau kat kg memang pantang ujan. Kang ade la yg undur keta.. Pegang span..sabun konon2 nk basuh keta.. Yg ye nyer nk main ujan..pakage ngan anak2 sekali join.. Abg le selalu mula dulu.. Husben mula2 tgk pelik..tapi bila dia tgk kadang abah pun join. dia x heran dan.. Paling best abh siap tolak cucu nya main keta sorong..

Jamillah Nur Annisa –Aku baca pun aku rasa excited..sebab aku pun suka giler dgn hujan..hanya org yg suka hujan je tau feeling dia mcm mana..

Salah satu nikmat Allah yg tak ternilai..bila aku tgh sedih, down then hujan..semua rasa tu mcm hilang..seronok tengok titisan hujan, suka bau hujan, suasana lepas hujan.

Orang suka hujan ni dipanggil pluviophile..a lover of rain..someone who find love, joy and peace of mind during rainy days.

Sumiyati Yusuf –Bau hujan & bau rumput lepas dimesin antara kejadian Allah yg boleh jd bahan utk release kita punya tension. Dalam readers digest tahun bila ntah pernah keluar article pasal benda2 macam ni. Cuba kalau time hujan lebat, korang duduk tepi tingkap ke..kat luar rumah ke..korang hidu bau hujan dalam2..memang syok.

Ann Fardan –Hahahhahaha bunyik macam kelakar kisah isteri confessor ni… Tapi tersiratnya ialah apabila suami itu bkn sekadar suami tapi sahabat sejati dan pasangan yg sgt memahami isterinya… Apa yg isterinya suka waimah benda2 pelik macam hujan.. Mcm panas… Macam anime… Mcm karton.. Macam kickboxing… Macam menjahit mengait… Macam kumpul2 brg2 recycle…ehh apa sahajalah yg disygi dan diminati isteri2 mereka akan menjadi sgt dekat dihati suami…

Dan melihat isteri gembira bahagia ttg kesukaan isteri adalah satu nikmat bg sang suami… Menunjukkan bahawa jika kita syg seseorang itu kita kena suka juga apa yg dia suka… Dan sokong apa yg dia minat asal tidak melampaui batas2 agama… Bertuah buat isteri2 yg dilihat suami2 mereka sebagai permata….

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

– Hafiz via iiumc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *