Pagi tu ‘mak’ kejut subuh. Pelik pagi tu ‘mak’ ikut solat. Aku bagi salam pertama menggigil sambil jeling belakang. Nampak ‘mak’ terangguk-angguk.

Foto kanan sekadar hiasan..

Seorang gadis bernama Amalina menerusi laman Twitter @httpsRid telah berkongsikan tentang pengalamannya ‘dikejutkan’ oleh ‘sesuatu’ untuk menunaikan solat Subuh.

Bunyi macam kelakarkan . Tapi memang seram weh!

Baca perkongsian darinya dibawah.

Kejut bangun subuh

Nak cerita sikit kat korang, benda ni jadi 3 hari lepas. Masih takut-takut lagi bila bangun subuh. Bukan apa sebab aku pun tak pasti aku kena kacau atau apa. Ye la aku ingatkan mak aku yang kejutkan bangun subuh dan solat sekali rupanya benda lain. Apa bendanya tu? #ridcreeps

Okay macam ni, 3 hari lepas tu aku kerja balik lewat. Dalam pukul 2 pagi jugak baru sampai rumah. Jadi, aku penat sangat then tidur terus. Selalunya aku bangun subuh macam biasa, takda la lewat sangat. Hari tu je terlewat sikit sampai kena kejut dengan benda tu.

Dia kejut takda suara macam goncangkan kaki dengan tarik selimut je. Aku sedar tengok ada kelibat keluar dari pintu bilik. Dalam gelap dengan kepala mamai tu aku memang tak syak apa2. Aku tengok jam kat phone dah 6.30 pagi. Terus bangun masuk bilik air cuci muka then amik wudhuk.

Bilik solat ada kat sebelah bilik aku je. Bila dah siap berwudhuk aku tengok dah ada lampu terpasang kat dalam. Maybe ada orang takpun mak aku bukak sbb aku nak guna kejap lagi. Bila aku masuk tu, agak terkejut lah tengok ada perempuan menyerupai mak aku yg pakai telekung.

Tapi dia tunduk je bawah tak gerak2. Belum ada syak apa2 lagi sebab aku mengantuk act time tu. Jadi aku segerakan pergi saf depan nak mula solat. Aku perasan dia pun ikut bangun. Mungkin nak solat sekali.

Dari situ dalam hati aku dah rasa pelik sikit sebab kenapa mak aku ni sanggup tunggu aku pulak nak solat. Selalunya dia solat dulu baru kejutkan aku. Dalam hati aku lagi cakap ahh lantak lah apa salahnya mak aku nak solat dengan aku. Okay kitorang solat macam biasa.

Macam takda benda berlaku. Apa yang buat aku seriau bila tahiyat akhir, aku dengar suara orang bisik2 kat belakang lepastu gelak halus je. Tak tahu apa benda yang lawak sangat. Benda tu terus menerus sampai aku nak bagi salam.

Terganggu jugak la bacaan. Sampai berkerut dahi aku. Mana taknya suara dia dari bisik jadi mengilai kuat. Aku bagi salam pertama menggigil sambil jeling belakang. Tak sempat nak bagi salam kedua aku nampak benda tu terangguk-angguk.

Tak pasti solat aku sah ke tak sebab salam kedua aku tak bagi. Aku terus bangun pusing belakang. Benda tu still angguk-angguk. Nak gugur jantung aku serius. Aku menjerit terus keluar. Lagi buat aku gugup bila ada lagi sorang perempuan berlari ke arah aku iaitu mak aku yg real.

Kalau korang kat tempat aku kau rasa kau percaya tak yg real tu mak kau jugak? Entah2 benda tu menyamar lagi. Aku jerit lagi cakap pergi-pergi dh macam kena sampuk. Sampai lah kena tampar dengan mak aku. Okay tu betul mak aku. Dia pun takut time tu sebabtu dia tertampar.

Aku cakap kat bilik tu tadi mak solat kat belakang lepastu jdi benda menakutkan. Bila keluar mak ada lagi sekali. Aku dengan mak aku dedua kecut perut. Tengok kat arah pintu bilik tu terbukak. Untuk pastikan ada lagi ke tak. Kami pergi sama2.

Benda tu takda pun. Telekung mak aku pun tersidai cantik macam biasa. Kami mengucap panjang. Serius takut sangat. Tiap kali nak bangun subuh lepas kejadian tu mesti solat sama-sama. Taknak kena kacau lagi macam tu.

Aku pernah jugak dengar ceramah ustad kata ada jin islam. Tapi kes aku ni tak sure jin ke apa. Dia ikut solat tapi buat perkara pelik macam angguk-angguk lepastu mengilai. Jadi aku tak tahu nak menilai. Lepas dari tu dan setakat ni alhamdulillah takda kena kacau lagi.

Aku cuma nk pesan if terjadi dekat korang. Solat sampai habis. Jangan jadi macam aku tak sempat bagi salam kedua. Nanti aku ganti balik if tak sah solat tu. In case lah jadi kan, dgr dia mengilai ke apa buat tak tahu je teruskan solat sbb benda2 ni tak boleh ganggu if kita kusyuk.

Sekian thread pendek untuk harini. Credit to Amalina. If korang ada cerita seram ke creepy nak share guna je hashtag ridcreeps okay? Yang lain boleh skodeng2 kat hashtag tu ada banyak lagi cerita seram, bukan dari aku je. 😉

-end of thread-

Antara komen netizen :

Faiz Farhan –Uish, seramnya…. Btw, Solat dia sah, sbb memberi Salam pertama tu rukun Solat, memberi Salam kedua tu Sunat…

Fiqa Zulfiqar –Bagi aq 1 jew kenapa dia kena ganggu… Pasal Rukun Solat pon kelaut… Thu sembahyang je… Soal rukun xambik thu lgsg… Boleh dia kata xthu sah atau tidak solat utk Salam kedua… Sedgkn benda tu adalah sunat utk dilakukan… Hurmmmmmm… Kurangnya didikan agama… Beginilah jadinya…

Mohd Shahrul –Ni tak seram Pekara paling seram masa tengah syok tido warden asrama datang ketuk besi katil ngan rotan kejut sembahyang subuh. 2nd round dia tak ketuk besi katil dah dia libas terus kaki kau smpai kau belari ke bilik air.

Husniyah Zakaria –Pernah.. Mak aku.. sbb kantoi aku tipu dia.. Ckp dh solat.. Tp aku dok dlm bilik pusing sejadah je..sekali buat lepas.. Kali ketiga dh kantoi.. Lepas pd tu asal solat je mesti mak aku tunggu.. Tp zaman kecik2 dulu la..

Syed Farish –pernah dan kerap dikejutkan..ketuk jendela bilik..selalu jam 4.15/4.30 pagi..kejut sembahyang tahajud..rezki allah nk beri iaitu rezki solat tahajud..alhamdulillah semoga berpanjangan..

Saya anggap itu malaikat pemberi rezki.. siapa yg x mahu bangun utk sunat tahajud.. ramai org x akan bangun pnya waktu tu.. walhal masa tu lah doa mustajab

Lisa Aqilla –aku tak nak baca, aku baca komen je ni. Da laa aku selalu bayang mcm2 kot2 ada apa2 masa tgh solat. Mak aku pula kejut kejap garang kejap lembut(ni pon aku selalu rasa pelik, kenapa mak ni tetiba moody pagi2). Belum kena dgn bapak aku lagi. Allahuuu.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *