Masa orang tu sakit, nak hulur RM5 pun tidak. Mennggal hartanya direbutkan. Kesihan balu 3 orang anak tu.

Foto sekadar hiasan.

Apabila suami mennggal dunia, isu yang sering dibangkitkan adalah berkaitan hak isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Jika keluarga suami penuh dengan belas ihsan dan kasih sayang, maka tidak timbul sebarang perebutan harta. Tetapi jika tidak, berlaku lah sebaliknya seperti kes ini.

Perkongsian oleh seorang kaunselor Normaliza Mahadi yang berpengalaman berdepan dengan kes seumpamanya ternyata menyentak hati yang membaca. Keluarga menuntut hak anak lelaki mereka yang mennggal dunia sedangkan tiada siapa yang membela nasib isteri dan anak seramai tiga orang yang ditinggalkan.

Sudahlah si isteri tidak bekerja, di manakah rasa kasih sayang dan belas ihsan keluarga mertua terhadap menantu dan anak-anaknya. Hilang suami sebagai tempat bergantung, kini terpaksa pula menempuh kesukaran untuk meneruskan hidup. Ikuti perkongsian ini seperti di bawah.

Anak lelaki meninggal. Tinggal kereta dan rumah. Menantu tak kerja. Anak ada 3. Semua kecik-kecik lagi.

Memanglah jadi harta pusaka dan boleh dibahagikan. Hanya soalnya, siapa yang betul-betul nak tanggung balu itu dan anak-anaknya selepas semua harta tu diambil dan dibahagikan? Sanggup ke tengok menantu dan anak-anak buah tu meminta-minta untuk makan.

Tak payahlah direbutkan kereta tu dan rumah tu. Tak ada ke perasaan kasihan dan simpati kepada orang-orang yang kehilangan tempat bergantung?

Gambar sekadar hiasan – Google

Direbutkan juga harta-harta tu. Tapi masa orang tu sakit, nak hulur RM5 pun tidak. Mennggal hartanya direbutkan. Kesihan balu 3 orang anak tu.

Perkembangan terkini..

Menantu makcik ke yang telepon puan tu?

Ntah. Kenapa? Makcik ada menantu yang kena macam ni ke?

Aah. Anak makcik baru mennggal. Kami ni sekeluarga puan, hanya nak kan hak. Islam yang suruh. Bukan kami pandai-pandai. Makcik ikut aje.

Ooo. Tapi betullah makcik. Kita kena ikut Islam. Saya sokong makcik, anak-anak makcik dan semua orang yang tuntut harta tu.

Terima kasihlah puan faham. Macam makcik katalah. Makcik ikut Islam.

Iya makcik. Saya faham. Oh ya! RM3000 sebulan ni nanti saya akan kutip daripada makciklah ya.

RM3000 apa ya puan? Eh! Kena bayar ke makcik telepon ni.

Takkkk. Telepon ni percuma. Saya ni ikut Islam makcik. Saya tak charge orang susah. RM3000 ni untuk menantu dan cucu makcik.

RM800 sewa rumah.
RM400 bayar kereta.
RM900 makan 3 cucu.

RM200 perubatan cucu.
RM300 jalan-jalan sebulan.
RM400 untuk sekolah cucu.
Jumlah RM3000.

Ini makcik, pakcik dan keluarga kena tanggung. Sebab ikut Islam selepas anak lelaki meninggal, isteri dan cucu-cucu adalah tanggungan keluarga lelaki tu.

Kita kena IKUT ISLAM makcik. Semua perkara. Saya suka makcik sebab makcik nak ikut Islam.

Eh! Manalah kami mampu. Makcik rasa salah macam ni. Menganiya keluarga lelaki pulak.

Treetttttttttt. Makcik, Makcik, Makcik. Dah putus pulak talian ni.

Kisah masyarakat by NM.

Antara komen netizen :

Noonsood Rawaulam –Ramai orang tak sedar dia makan duit anak yatim zaman sekarang. Sebabnya, bila sedara, adik beradik, atau ahli keluarga dia mti, dia tuntut hak dia dalam pembahagian harta pusaka ikut hukum Islam. Tapi dia tak belajar (atau buat – buat lupa) Islam bahagikan harta macam tu sebab lepas tu keluarga yg terima harta ni ada tanggungjawab jaga anak dan balu si mti.

Adda Alias –Abang aku mennggal. sesen pon mak aku tak amik apa yg arwh abang aku tinggalkan untuk bini ngn anak anak dia. Alhamdulillah dapat kakak ipar yg baik. Dia sendiri yg hulurkan mak aku sedikit duit peninggalan arwh. Kami hidup dlm penuh kasih sayang walaupon arwh abang aku dah takde.

Rafidah Mat Isa –Suami akk mennggal 4 thn lepas, nasib lh mak dan adk beradk amat mengambil berat, nk mula kn hidup tanpa sesen duit dlm dompet terasa amat lh payah, tp akk bangkit, belajar buat kek, alhamdulillah dgn rezeki menjual perbagai jenis kek akk membesar kn ketiga2 ank2 akk, jgn mudah mengalah bangkit lh ibu2 tunggal walaupun sebelah sana tk pernah nk ambik tau ttg kita.

Kak Yong –Terjadi dengan orang yg terdekat saya.. Suami mennggal waktu isteri sarat mengandung anak pertama. Lepas isteri bersalin, keluarga arwh suami pisahkan anak dan ibu. Anak tu keluarga arwh ambil, si ibu di halau. Baby dibesarkan tanpa ayah & ibu. Keluarga arwh ambil baby tu disebabkann taknak harta arwh dapat pada isteri.

Rohani Abd Rahman –Alhamdulillah anak lelaki saya mennggal tapi seblum tu arwh dah siap2 letak nama mak cik dan anak2 dia dlm KWSP jadi semua dpt mak cik dpt anak2 dia dua orang tu dan balu dia pun dpt.

Dan duit insurance arwh semua lawyer yg uruskan mak cik dan pak cik tak mahu tapi kami disuruh ambik olih majistrate dan disuruh apa yg mak cik hendak jadi mak cik pun ambik lah tapi bahagian pak cik dia tak ambik dia bagi pd dua orang anak arwh dan dua adik lelaki arwh pun tak masuk campur.

So kami tak de masalah dim hal ni kereta umah arwh kami pun tak pertikaikan sbb dia ada dua anak dua2 perempuan. Semua harta dunia cuma mak hrp cucu2 mak cik tak kan lupa kan kami, mak berdoa semoga kami diberi kesihatan dan cucu2, tu berjaya dlm pelajaran dan hidup mereka yg sulung anak arwh tahun ni tahun akhir dlm ijazah sceince computar cam arwh abah dia.

Jadi hrp kita ni jgn tamak harta dunia insyaallah ada rezeki kita klu dia iklas dlm apa juga kita lakukan. Alfatihah buat arwh anak aku yg dah nak masuk tujuh tahun ..we all miss u so much my son damai lah kau disana anak ku.

Ike Kering –Nasihat saya pd para suami wasiat la harta dkt isteri dan ank2 mngikut bijaksana.. lebh2 lg isteri yg x keja..skrg semua nmpak ok semua nampak baik..tp bila kita mennggal seksa bini kita..bila adik beradik waris2 tuntut hak mereka…ambik pngajaran dr ape yg telah berlaku skrg…

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber : Normaliza Mahadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *