Dugaan Saat Bertunang ,Mimpi Leher Dicekik Dan Ular Berkepala 3, Gadis Kongsi Terkena ‘Buatan Orang’

Di dalam setiap perhubungan, pasti ada dugaan yang perlu dihadapi setiap pasangan. Kadang kala dugaan yang datang tidak pernah disangkakan pun sebelum ini. Seperti kisah yang dikongsi gadis ini di Twitter, dia mendakwa terkena buatan orang di dalam tempoh bertunang. Semoga kisah ini dijadikan pengajaran buat anda di luar sana.

2 tahun ini aku jadikan pengajaran

Selamat hari lahir Aleen. Akhirnya,tahun ni sambut birthday sebagai bekas tunangan seseorang. Dugaan ujian yang Allah bagi selama 2 tahun aku jadikan sebagai pengajaran dan pembakar semangat untuk terus hidup.Kalau nak tau cerita sebenar boleh follow thread ni.

Ada kesan orang cekik

16 April 2017 jadi tunang seseorang,lepas sebulan bertunang mula lah tanda-tanda pelik yang berlaku kat diri aku. Then satu hari tu masa aku lena aku tak boleh bernafas dan rasa macam ada orang cekik aku. Bangun ja tidoq aku dapat rasa lagi bekas tangan orang yang cekik aku.

Masa bangun tu aku macam p lah mandi kan dah baru bangun. Lepas solat nak pakai moisturiser then aku perasan ada satu kesan kat leher aku kesan orang cekik aku. Aku tunjuk kat parents depa cakap mungkin kayap ular.Aku pun macam buntu lah. Try p hospital dia cakap tu bukan kayap.

Doktor bagi ubat tahan sakit tapi setakat boleh tahan jalah kan. Lepas 2-3 hari aku mimpi ular kepala 3 then aku tak dak lah terus letak benda ni pasal alam ghaib jadi aku assume mungkin sebab aku terlalu penat kod sebab sibuk uruskan cust punya wedding.

Kesan yang sama jugak start muncul dekat sendi-sendi. Sampai satu tahap nak berjalan pun tak larat. Nak berdiri pun membongkok. Abah dah mula risau then abah suruh try p klinik socka. Aku p klinik socka dia bagi cream steroid untuk sapu kat tempat tu.Sebab dia assume aku eczema.

Bekas tunang mula berjauhan

Tapi sebulan sabar takdak kesan jugakk. Lepas tu dekat muka makin naik kesan-kesan macam dekat tengkok.Suhu badan normal tapi kesan-kesan tu panassss sangat-sangat.

Makin lama muka makin hodoh..Ex tunang aku masa tu pun macam dah jauh sikit sebab kami selalu bergaduh taktau punca apa..

Lepastu masa kat butik,ada cust ni dia ustaz sekolah kafa masa aku kecik dulu.Dia tanya Aleen sakit apa ni? salah pakai kosmetik ka? Aku cakap kat ustaz tu bukan sebab salah pakai kosmetik tapi taktau suddenly naik macam ni. Masa jadi macam tu hanya Allah saja tau perasaan aku.

Keluar jarum peniti dari sendi

Ustaz tu bagi alamat rumah seorang ustaz ni dekat Kepala Batas.Dia suruh try p check tengok kod-kod gangguan lain.Then aku p dengan abah & mama.Ustaz tu baca surah-surah lazim pastu dia tekup muka aku keluar jarum peniti karat banyak sangat. Aku macam tak percaya wey sebab pelik.

Aku ingat lagi jarum peniti tu dia letak kat dalam pinggan. Aku macam hmm mai mana jarum tu.

Takkan magic tapi aku tak percaya lagi.Dekat sendi-sendi semua keluar jarum peniti. Lepastu kat perut aku nampak ustaz tu keluarkan paku panjang yang karatt. Gambar sekadar hiasan.

Aku tak boleh pandang dia, rasa benci

Cerita bab gambar paku dengan jarum aku nak simpan nak jadikan bukti tapi taktau kenapa boleh hilang dari galery ni.Ustaz tu cakap kita takpayah tau apa orang buat,kita bersyukur ja Allah bagi kita sakit sebab Allah nak hapuskan dosa.Aku dalam otak ni ish benda apa keluaq tadi.

lepastu esok tu semua kesan makin pudar aku sangat bersyukur dan aku pun husnuzon lah. Excited ni nak jumpa ex tunang sebab muka dah elok. Nak cerita kat dia apa dah jadi. Dah jumpa bergaduh Allahuakbar aku taktau kenapa dia yang dulu penyabar dah berubah jadi lain.

kami ni tak boleh berjumpa langsung. So aku anggap ni dugaan bertunang sebab sampai satu tahap aku tak boleh pandang muka dia rasa benci ya amat.Petang sabtu aku masuk wad kecemasan. Sebab muka aku jadi berair then panas sangat. Panas dia buat mata aku berair pastu pedih.

Doktor cakap tak ada sakit apa

Doktor tambah air then aku kena tahan wad selama seminggu.Doktor cakap takdak sakit apa.Depa syak eczema tapi lepas buat test blood depa kata takdak pun eczema.Aku jadi confuse sat sebab tak caya jarum semua tu keluaq pastu tak caya doktor cakap aku tak sakit.

wey selama setahun setahun setengah aku fight sakit ni,bayangkan jumpa customer aku dengan keadaan macam ni Allah aku malu.Pernah kena hina,keji pastu siap buat conclusion aku ni salah pakai skincare. No way! Sangat sakit tapi aku gagah jugak run business hadap cust.

Pergi berubat merata

Tu yang hampa nampak kat muka ja kann..Nak cuci muka pedih nak mandi basah badan lagi pedih.Masa tu aku mengucap ja rasa perit dia Allah ja tau.Tapi manusia kan darah muda otak tak pikiaq dok cakap better mati dari sakit.Kalau hampa jadi macam ni please jangan mengeluh macam aku.

Aku berubat merata disebabkan depa suggest.Mana ja tempat aku takpi.Kepala batas,Bertam,Darul Syiffa Kulim,An Nur sampailah Darul Syiffa Kelantan aku p.Semuanya lepas berubat alhamdulilah sembuh,lepas seminggu muka aku jadi balik.Aku ni kerja nak marah & meradang tp aku tak sedaq.

Hubungan kami makin renggang

Keluarga letak 15K duit hantaran

Sepanjang aku sakit aku jarang jumpa bekas tunang aku dan dia selalu bagi alasan dia sibuk kerja. Sampai satu masa dia betul-betul menjauh. Kami bertunang 16 April 2017,aku dah mula sakit dalam beberapa hari selepas tunang. Sept 2017 dia dah tak amik tau pasal aku sangat.

Masa sakit tu macam-macam jadi.Tak boleh berjalan,bangun even bercakap. P berubat tempat mana pun benda sama depa cakap. Aku dah 50-50 nak percaya benda ni.Yala kalau jadi kat hampa p GH pastu p socka pastu refer GH balik,jumpa pakar kulit. Tapi tadak tau punca sakit apa.

Bayangkan masa intern kat Continental depa tengok muka aku macam ni. Sebab aku tak mau sedih aku takot aku pikiaq sangat apa yang jadi dan mengenangkan nasib aku yang ex tunang aku buat taktau. Aku buat partime kat BR SCM. Semua orang boleh tengok muka aku macam mana.

Pernah sekali bergaduh pasal duit hantaran. Parents aku letak 15K yes lelaki rasa mahal. Tapi without parents knowledge aku cakap kat dia kita bahagi dua.Tapi dia masih salahkan aku cakap duit hantaran aku tinggi.

Sebenarnya jimat banyak

Dia cakap dah tak ada perasaan. Mudahnya!

9 October birthday dia then aku plan nak buat suprise dari UPM masa cuti sabtu,aku tanya dia sihat ke tak sepanjang aku stdy dia langsung tak tanya khabar aku.Dia cakap dia dah taknak teruskan dan kami putus.Sebak hati aku bila dia cakap dia dah tadak perasaan.Mudahnya!

Sekarang aku dah sem 2 kat UPM,Masa first mai sini aku kerja partime kat Pizza Hut Sri Serdang sebab nak buat income sikit kan.Yela time th baru putus aku memang tak amik tau terus pasal wedding aku bagi mama aku handle 100%. Broken tu taktau nak habaq bila malam nak lena teringat.

Aku cuba apply office job then dapat 5 interview.. Murah sungguh rezeki aku then aku dapat kerja dekat Taman Dutamas which is Admin Asistant then aku kerja jelah kan.Tak sampai sebulan kerja ada company lain yang invite aku kerja. Tapi aku hold dulu sebab baru ker ja kan.

Berhenti berubat sebab give up

Bulan 3 aku dapat kerja sebagai Account Clerk dekat balakong,aku grab jelah sebab kat sini gaji lebih tinggi dari Dutamas.Benefit semua ada tambah aku student,sorang kat sini takdak sapa lagi lah aku perlukan semua benefit tu.

Minggu lepas ada company yang aku dah interview antar offer letter. Ya ampunn aku ni masa diploma dahla mengaji kuih.Pointer tak tera mana,asyik dok fokus bisnes vendor tup-tup dapat kerja sebagai Account Officer tp area Balakong jugak. Alhamdulilah rezeki aku sempena birthday ni.

Ha pasal yang sakit tu lepas aku putus tunang then aku stop berubat sebab aku rasa dah give up. Then now muka aku sekarang without makeup but with sunlight dari tingkap. Alhamdulilahh aku syukur sangat muka dah tak hodoh. Aku anggap tu mungkin ada kena mengena dengan hubungan kami.

Tak ada niat nak burukkan dia

Aku cuma assume ja sebab aku pun tadak ilmu cuma based dari apa yang aku alami,lepas berubat kalau jumpa dia mesti muka aku hodoh balik. Tp mungkin kebetulan tapi ada orang cakap lah kan aku kena sihir pemisah la,santau lah dan aku tak pasti apa sebenarnya.

Aku dah maafkan ex tunang aku dan aku tak ada niat nak burukkan dia.Dia orang yang aku pernah sayang.Kenal dari F4 tapi couple masa umoq 18 dan first met pun masa aku umoq 20.Aku lah salah menilai orang dan aku harap dia dalam keadaan yang baik.

Aku pun nak pesan kalau bertunang sorok-soroklah. Kita ni taktau apa orang pikiaq pasal kita sebab rambut sama hitam tapi hati lain-lain.Lagi satu kalau sakit jangan terus jump to conclusion dan jangan give up macam aku.Lagi penting banyakkan beristighfar.

Sekarang life aku sangat-sangat dipermudahkan ada family dan kawan yang supportive. Walaupun aku seorang yang independent aku masih mencari someone who i can rely with. Aku tak benci lelaki dan setakat ni bagi aku takyah la ada pengganti. Kalau ada pasti dia akan datang cepat/lambat.

Nasihat aku sebagai orang yang pernah bertunang hantaran tu letak lah sampai ratus ribu pun takpa asalkan dia tak bagi beban kat lelaki. aku tak backup lelaki tapi cuba bayangkan kalau kerja gaji bawah 3K pstu tolak duit kereta,moto,minyak,makan berapa sangat nak savings utk hampa.

Harap ada pelangi selepas hujan

Tu saja yang aku boleh share apa yang aku alami dan semua tu punca aku boleh berdiri kat level sekarang. Aku percaya Allah dah aturkan orang yang baik untuk aku dan i deserve better.

Aku harap suatu hari nanti pasti akan ada pelangi selepas hujan.

Thank you pada yang bagi support dan doakan Aleen. Kalau ada yang salah faham Aleen mintak maaf. Aleen cuma cerita pengalaman Aleen & please jangan burukkan my ex. Aleen bukan nak acah baik tapi nak semua orang support ur pasangan bila jadi macam situasi Aleen ni.

Sorry. kalau aleen tak sempat balas dm dan comment.Aleen siang kerja,malam ada kelas balik pun lewat.Tapi aleen akan tlg semampu yang boleh bagi yang tanya tempat perubatan islam.Kalau area Kl,Selangor aleen tak pasti cuma boleh tanya orang office,area Penang tau la.

Kalau ada yang tau perubatan islam area selangor atau Kl mohon lah share dengan aleen. Mungkin kita boleh tolong dari aspek yang lain.

Sumber: Alyn_leen via Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *