Part 2: Apa kau nak, aku nak kau mur tad, kata suamiku. Terus panggil ustaz utk suami berubat, Sebelum balik ustaz bagi tahu ada sesuatu pada suami.

Sambungan dr part 1.

4. Bila kena belasah, bukan biasa-biasa ye. Kejap kena pakai uniform nurse, keejam arrmy, kejap uniform wonndercat, u all faham kan maksud I? Selama kahwin saya tak pernah tahu naffsu dia begitu. Dan dia tak pernah minta saya buat begitu. Kalau dia minta, saya boleh buat admin. Bukannya saya takda rupa. Bukan nak bangga diri. Saya cuba nak bagitahu, macamana hebat kuasa minyak tu.

5. Ratusan gambar selfie mereka. Tengok movie, klcc, icity macam2 tempat la dia ni kononnya boyfriend cum tour guide sepanjang 3 minggu saya dikampung.

6. Suami kenal dia di chat room khas negera dia.

7. Suami mengaku bujang.

8. Suami mengaku pilot (Ingat gambar mula-mula saya nampak tu?) Bukan itu sahaja, Perempuan tu siap bagi gambar license penerbangan, batch, topi dan uniform suami saya yang dalam simpanan dia. Lucu kan? Tah macamana dia edit.

9. Malam saya telefon dia pertama kali, dia cakap die terkejut. Dia putus dengan suami. Tapi 1 hari je. Suami pujuk dia datang Malaysia untuk terangkan keadaan sebenar. Dia terlalu sayangkan suami saya.

10. Dia datang Malaysia. Confront suami. Dia cakap dia dah jumpa IG saya. Dia dah tengok semua gambar kami dari kami bercinta, bertunang sampai dua anak.

11. Semua counter back dengan alasan;
Dia ada kembar nama Daniel, Kembar dia yang tak wujud tu, dah megandungkan saya. Anak luar nikah. Nak tutup malu, Daniel kena kahwin dengan saya. 1 hari sebelum majlis, Daniel hilang. Dia kena ganti tempat Daniel. Tapi dia cakap dia tak pernah bersama saya sepanjang 4 tahun. Itu alasan untuk anak pertama kami. Anak kedua? Bila perempuan tu tanya, dia jawab anak kedua dia taktahu.

Tah dengan siapa saya bersama. Dia cakap saya ada masalah mental. Dia ajak perempuan tu kahwin. Dan selepas saya sampai KL dari kampung, saya ikut dia merata selama seminggu kan? Nak tahu apa alasan dia bagi kat perempuan tu? Alasan dia takleh jumpa perempuan tu sebab, mak dia meningggal! Kena berkaabung 7 hari. Dia suruh perempuan tu diam2 duduk studio condo tu, habis berkabung, dia datang.

Malam dia nak puukul mak dengan kayu sebab mak padlock rumah? Dia pergi studio condo tu, ambil perempuan tu dan pergi KLIA cari tiket untuk perempuan tu balik. Tiket pagi esok baru available. Jadi diorang check in hotel KLIA malam tu. Lepas perempuan tu selamat naik flight, baru dia balik rumah minta maaf dengan saya

Semua bullets kat atas ni bukan cakap kosong ye. Memamg perempuan tu hantar screenshot perbualan di LINE Apps. Hati saya yang dah sedia remuk, disiat-siat. Memang pedih sampai hulu hati. Perlu ke babitkan anak-anak? Saya belah-belah perut nak keluarkan anak-anak penyambung keturunan dia, ber-bin kan nama dia. Selama ni kita selalu dengar suami mengaku bujang. Tapi suami saya, mengaku anak-anak kami, anak luar nikah!
Kami sah suami isteri dua tahun baru dapat anak pertama. Saya tahu tu perkara lama. Buat apa nak diungkit. Tapi siapa yang berada kat tempat saya je yang boleh faham macamana hancur hati saya! Saya maafkan dia atas dasar saya ingat dia kena siihir. Tapi dia yang cari penyakit!

Saya tanya dia. Dia mengaku. Tapi dia marah saya kenapa saya masih berhubung dengan perempuan tu dan dia cakap saya yang bodoh sebab pergi sakitkan hati sendiri.

Lepas tu hubungan kami dah teruk. Siang malam bergaduh. Kami tak boleh bersama. Macam maati nafssu. Asal jumpa je gaduh. Bila jauh rindu. Saya sentiasa bandingkan cara layanan dia pada perempuan tu dan cara layanan dia pada saya. Saya memang major depression. Saya macam orang gila. Kejap saya manja, kejap saya ketawa, kejap saya menangis, kejap saya menjerit. Memang huru hara hidup dia saya buat.

Sampai 1 malam, kami bergaduh, sampai saya pergi dapur ambil pissau. Saya acu pada dia, saya cakap, “Ceraikan aku, ceraikan aku!”. Demi Allah admin.. Saya tak sedar. Saya sedar apa saya cakap, saya nampak pissau tu. Tapi saya tak dapat kawal mulut dan badan sya. Sayup-sayup saya dengar, dia cakap “I ceraikan u”. Saya nampak dia menangis.. Lepas tu dia keluar rumah. Tinggalkan saya.

Saya pengsan.. Tak ingat apa dah..

Saya bangun, saya nampak staff saya. Staff saya cakap suami saya yang suruh dia datang tengokkan saya. Saya cakap pada staff saya, tolong call Ustaz E. Ustaz E datang rumah. Saya berubat 3 hari. Ada siihir rumah tangga. Dah 6 bulan dengan saya. Memang ditujukan untuk saya.. Saya sedih. Saya menyesal. Saya sayang suami saya. Tapi mana dia waktu saya sakit? Sedangkan waktu dia sakit, saya usaha sembuhkan dia.

Siapa yang cakap tak percaya menda-menda ni, syabas! Anda sama macam saya dulu. Tak percaya. Sampai saya sendiri kena, baru saya tahu. Menda ni betul dan wujud.

2 minggu berlalu.. Dia tak balik-balik. Dia tidur rumah pertama kami dengan mak dan ayah dia. 1 malam dia message saya, dia cakap esok dia balik. Dia rindu saya dan anak-anak. Saya happy..

Pagi esoknya, saya terdetik nak balik kampung. Nak minta pendapat mak ayah. Pagi tu lepas solat subuh, saya call mak dia. Mintak tolong jaga anak sampai jam 8pm. Saya nak balik kampung. Tapi saya balik hari.. Mak cakap datanglah rumah. Hantar anak.

Jam 6.45am saya sampai rumah tu. Saya drop anak, saya dah ready nak keluar. Tiba-tiba saya teringat nak ambil barang dalam bilik saya. Saya ketuk pintu bilik kami. Dia tak bukak. Lock.. 1 minit dia buka. Tapi buka kecil je. Dia tanya nak apa. Saya cakap saya nak ambil barang sikit. Dia tutup pintu, lepas 2 minit dia bukak balik. Saya masuk bilik. Bilik tu gelap. Tapi ada samar cahaya dari hall rumah. Saya terdetik nak pandang belakang. Saya nampak langsir tu kembung.

Saya terdetik nak selak. Ada seorang perempuan tengah duduk menyorok. Saya yakin bukan perempuan yang sama.. Saya gelarkan dia Perempuan B. Sebab perempuan kali ni sangat gemuk dan pendek. Tapi muka dia macam saya pernah nampak.. Tahun 2016 waktu dia kantoi Perempuan A, saya ada nampak macam IG Perempuan B ni dekat blocked list setting IG account kedai saya. Saya pernah tanya dia dulu, “Kenapa eh u block perempuan ni?” Dia cakap, dia tak tahu. Staff mungkin yang tertekan block. Jadi saya abaikan..

Saya tak tahu hantu apa masuk badan saya, saya terajang muka perempuan tu, badan dia. 3, 4 das juga dia kena. Saya terajang suami saya juga. Berdosanya saya.. Taktahu mana kekuatan tu datang.. Sampai ayah mak dia datang pegang saya kuat2. Diorang cakap “mengucap nak.. nanti polis tangkap kesian anak2”. Saya terus teringat anak-anak saya. Saya lari pergi kat diorang, saya peluk anak saya. Saya cakap “Allahuakbar Astaghfirullah” Itu je yang saya ingat. Saya meraung sekuat-kuatnya.. Anak-anak saya pun menangis. Tapi diorang tak faham apa apa.

Allah maha kaya. Malam tu dia message nak rujuk. Pagi tu saya tangkap dia. Apa lagi saya nak tunggu? Waktu tu hati saya tertutup. Selama ini saya bertahan demi anak-anak. Sekarang saya tekad nak cerai demi anak-anak juga. Sampai bila anak-anak kena witness semua kejadian?

Mana dia waktu tu? Dia lari kejar perempuan tu. Perempuan tu lari keluar. Tapi saya sempat nampak ayah dia lempang dia.

Abah dia peluk saya “Abah mintak maaf.. Abah memang taktahu ada perempuan dalam tu”

Mak? Mak terduduk. Termenung. Mak Abah usia dah lebih 70an.

Saya cakap dengan maid dan mak, tolong jaga anak. Saya nak tenangkan fikiran. Mak setuju.

2017. Balik dari PD, saya failkan penceraian. Saya tak faham kenapa mak bermusuh dengan saya sebab saya tekad nak cerai. Katanya anak dia nak berubah. Nak pujuk saya. Saya cakap takda apa nak dipujuk lagi. Waktu tu saya cuma fikir, mungkin mak cuma takut kehilangan cucu-cucu dan menantu tunggal. Abah? Abah tak cakap apa-apa.

2018. Hari-hari saya ulang alik hantar ambil anak dari sekolah naik uber. Sampai hapir 5 bulan, saya kebetulan ada business dengan seorang brand owner. Untuk reviewkan product dia. Saya buat review product di FB dan IG. Perkenalan tu menjadi sahabat. Dia yang ambil tanggungjawab hantar ambil anak sekolah. Hantar anak pergi hospital. Bawa anak keluar weekend. Saya tak jatuh cinta pada dia. Cinta saya dah maati.. Saya jatuh cinta dengan layanan dia pada anak-anak saya. Sampai kalau dia takda, anak akan tanya “Mama, wheres uncle?” Remuk hati saya admin..

Setahun, dia ajak saya bertunang. Dia jumpa mak ayah saya. Dia bawa saya jumpa mak ayah dia. Dengan anak-anak sekali. Kalau keluar, anak pop pop, dia yang basuhkan. Tanpa disuruh. Saya jadi segan. Sedangkan seumur hidup diorang, boleh kira dengan jari berapa kali bapa kandung diorang mandikan dia, basuh pop pop dia.. Saya jadi sebak.

Kenapa Allah hantar lelaki macamni dalam hidup saya? Sedangkan hati saya dah maati? Yang paling kelakar, DIA SEORANG PILOT. Tapi buat side income ada product sendiri. Umur 33 tahun. Masih bujang, Saya rasa rendah diri, kenapa dia ni nakkan saya? Saya huru-hara lepas cerai. Apa yang saya usahakan dirampas oleh bekas suami dan mak mertua. Saya kena halau dari business yang saya sendiri bangunkan dengan titik peluh dan modal saya.

Sebab nak build hidup balik. Sebab takda kereta. Sebab mak dah pergi preschool anak fitnah saya bercerai sebab saya kena tangkap khalwat (Kadang-kadang saya rasa. Bukan bekas suami je gila. Mak mertua saya pun dah semacam sasau. Cakap tak betul. Cikgu sekolah sendiri bagitahu saya..) Saya terpaksa serahkan anak-anak pada keluarga mertua. Saya bekalkan maid seorang. Itupun sebab abah minta. Ayah mertua saya sangat baik. Memang baik sangat macam malaikat. Cuma dia takut dengan mak mertua. Selalu dia kena tengking. Tapi sikit dia tak tengking balik..

Ingat tak yang Ustaz C (2016) cakap janda anak 1? Ye, Perempuan B yang saya tangkap menyorok bawah langsir adalah janda anak 1 (bukan bangsa melayu tapi warganegara kita). Badannya gempal. Sama macam description Ustaz C.

Padahal waktu jumpa ustaz C tahun 2016, saya cuma tahu kewujudan Perempuan A. Apakah misteri disitu? Sebenarnya Perempuan A (2016) atau Perempuan B (2017) yang siihirkan dia dan saya? Kalau perempuan A, kenapa dia lepaskan suami saya? Saya pun tak tahu..

Kalau Perempuan B, lama mana hubungan mereka? Saya yakin waktu dia putus dengan Perempuan A, dia putus juga dengan Perempuan B. Tapi mungkin keinginan Perempuan B terlalu kuat, dia hantar siihir rumah tangga. Selepas kami berbaik.. Dan saya yakin dia tahu suami saya dah beristeri. Sebab die kelihatan tenang je waktu kena belasah dengan saya. Korang rasa?

Baru2 ni bekas suami ada pujuk nak rujuk. Dia cakap dia tak sayangkan Perempuan B. Dia cuma nak dapatkan tender projek government. Sebab perempuan tu PA kepada seorang dato kaya. Bekas suami dah jual semua kereta kami. Sekarang dia pakai range rover. Haha, dan dengar cerita dah beli pangkat Dato. Alhamudlillah, tercapai hajat dia tinggal anak bini demi kekayaan dari Perempuan B. Dan mereka masih gf bf sampai sekarang….

Saya pernah sayangkan seorang lelaki lebih dari nyaawa saya sendiri. Saya ikut setiap apa islam ajar. Tahun depan saya insyAllah akan bernikah lagi. Saya takut. Sumpah saya serik. Tapi bila pandang muka anak-anak, saya tahu mereka masih perlukan seorang father figure in the family. Saya masih nak maati sebagai seorang isteri. Isteri yang diredhai suami, boleh masuk mana-mana dari pintu syurga. Saya masih nak ada imam dalam setiap solat saya.

Kepada wanita diluar sana, saya tahu bukan mudah untuk meningggalkan sesuatu perkahwinan atau sesorang yang pernah bersama kita hampair separuh usia kita. Tahun depan saya 30 tahun. All my 20s dihabiskan bersama-sama manusia yang tak akan lagi bersama-sama saya harungi my 30s? Sedih? Sangat sedih.. Kesal? Lebih separuh nyaawa. Tapi, bersangka baiklah dengan takdir Allah.Bila berhadapan dengan semua, senyumlah. Kerana anda wanita hebat!

Jangan ulangi kesilapan saya. Korbankan karier, korbankan wang ringgit semua pada suami. Tanpa sikitpun fikirkan diri sendiri. Jangan terlalu cinta.. Sebab sakit dia bila kecewa, lebih sakit dari mana-mana kesakitan. Pastikan segala harta, ada nama anda. Pastikan segala duit anda adalah untuk anda. Hanya bantu 10% dari segi kewangan dan nafkah. Bukan semua. Jangan ulang silap saya. Sebab bila jatuh, jatuh tu bukan terduduk. Tertiarap terus tak tahu bila mampu bangun.

Kesimpulan cerita saya, 2016 dia yang mula-mula cari penyakit. Bila Perempuan A dah sayang, dia minyakkan tanpa sedar itu suami orang. Itu sebab suami separuh gila. Dalam masa yang sama sebab kami kerap bergaduh, dia berhubung dengan Perempuan B, saya syak mereka dari college yang sama dulu, sebab saya nampak Facebook perempuan tu, ada college yang sama. Tapi bila dia sembuh in 2016, dia tinggalkan keduanya. Tapi siihir yang sampai pada 2017, dari Perempuan B. Dan dia berjaya hingga sekarang.. Perempuan B pun ada daarah negera seberang. Sebab saya nampak yang comment Fcebook dia pakai Bahasa sana dan dia reply Bahasa sana. Kisah ni masih kekal misteri pada saya. Tapi saya pilih untuk tidak ambil tahu lagi.

– NURUL (BUKAN NAMA SEBENAR) via iium confession