Saya hidap knser payudra tahap 4 . Suami kerapkali hilang waktu malam , tak sangka suami rupanya ‘berhubungan’ dengan adik saya sendiri, dia model tudung dan janda umur 28 .

Foto kiri sekadar hiasan ..

Luahan yang dipetik dari FB KRT:

Saya isteri umur 44 thn. Ade 3 org anak. Bln 8 thn lpas saya diisythiarkan ade knser payudara tahap 4 .. Hidup saya sejak tu masuk keluar hospital je la.. Payudara sblh kanan dah kena buang.. Chemo dah 16 kitaran .. Baru keluar hospital je ni .. Skarang knser dah merebak smpai paru paru.. Dr bg balik dgn oxygen dan ubat thn sakit..

Saya tahu masa saya dah tak lama.. Sepanjang duduk dalam wad .. Saya dah nampak dah biasanya knser tahap saya ni paling kuat bleh tahan smpai raya ni je.. Saya dan keluarga pun dah sign perjanjian utk tidak selamatkan saya ( tak buat CPR atau masuk tiub dlm mulut saya) jika keadaan saya smakin tenat dengan dari hospital.

Sejak saya keluar dr hospital, saya perasan yang husband slalu hilang waktu malam.. Saya tak tahu berapa lama dah jadi macam ni mungkin sejak dari saya duduk di hospital lagi sebab waktu tu yang jaga saya di wad anak perempuan kami ..

Lpas 2 minggu kt rumah dan perhati perangai dia , Saya cakap kt dia .. Kalau dia nak kawen lain saya bagi dan benarkan .. Cuma jgn kawen waktu saya hidup saja … Dan saya nak tahu juga perempuan mana yg dia kacau tu… Dia tak marah dan tak nafikan apa apa.. Mungkin dia nampak keadaan saya dah uzur kot, mungkin dia kesian utk bergaduh dgn saya…

2 hari lepas saya dapat curi kejap phone dia waktu dia masuk tandas.. Betapa hancurnya hati saya jumpa msg ni.. Saya cuba kol nombor tu tapi tak berangkat.. Saya guna simcard anak saya kol baru la berjawab..

Terkejut saya bla saya dengar suara yg menjawab tu suara adik perempuan saya sndiri.. Yang boleh komfemkan lg yang dia adik saya bila saya dengar background suara mak saya berleter kat belakang.. Saya trus letak phone tu.. Saya terkedu tak leh ckp apa2.. Adik saya janda muda baru umur 28 .. Model tudung lg .. Mestila org berkenan .. Tapi kenapa yang berkenan tu mesti suami saya???

Kalau saya serang suami dgn adik… Maruah keluarga saya hancur, maruah suami saya depan anak anak pun habis hancur… Saya mungkin dah tak lama atas dunia ni.. Kalau saya diam .. Smua org selamat .. Anak saya tak kan tahu perangai ayah mereka macamana ..Saya rasa mcm nak minta kat tuhan mtikan saya sekarang !!. Saya tak mahu susah siapa siapa.. Saya dah sedia untuk pergi..

Saya nak tanya kalau tuan puan duduk di tmpt saya .. Tuan puan buat macamana?.

Diatas adalah luahan wanita tersebut sepertimana dipetik dari laman KRT. Yang menariknya , rata2 komen yang datang dari lelaki , sangat positif dan bukan caci maki semata2.

Admin kongsikan beberapa komen/luahan yang paling mendapat sambutan .

Komen 1 (Sam Fisher 7.4k like) :Puan.. saya bangga dengan sikap puan. Walaupun diuji dengan penyakit knser payudara tahap 4 tapi kesabaran puan Masyallah. Hanya Allah yang tahu.

Benar orang lain tak berada di tempat puan. Tak rasa apa yang puan rasa.Izinkan saya share 1 cerita yang keadaannya sama seperti puan.

Saya ada seorang rakan yang suka dengan aktiviti lasak. Mereka pergi ramai ramai. Saya agak hairan ketika orang lain bawa pasangan bersama tapi dia ke mana mana seorang diri.Rupanya dia jalinkan hubungan terlarang dengan rakan sekerja perempuan.

Bila diselidik, barulah saya dapat tahu melalui rakan rakan rupanya isteri dia sedang bertarung dengan penyakit knser payudara tahap 4 seperti puan.

Allah nak tunjukkan kecurangan si suami dan hubungan terlanjur itu dapat dihidu oleh si isteri yang sedang sakit.

Tapi apa yang isteri dia lakukan? Tak ada.. tak ada apa apa langsung.Saya kira isterinya redha dengan ujian Allah dan tidak mampu menangis kerana nasibnya. Dan juga tidak mahu derhaka kepada suami yang curang. Dosa curang itu urusan si suami dan Allah. Dia hanya mampu berdoa dan habiskan masa bersama anak anak.

Kali terakhir saya melawat dia di hospital.. dalam keadaan sakit, dia masih tersenyum bila lihat saya dan rakan datang melawat.
Terus terang saya kagum dan malu kerana walau berat ujian yang Allah berikan kepada dia tapi dia masih tenang dan tabah.

Dan ketika jnazah disolatkan, yang menjadi imam itu adalah Hassan Din Al Hafiz. Allahuakbar, bagaimana balasan kesabaran arwah sudah ditunjukkan ketika saat terakhir.

Jadi untuk puan, usahlah tangiskan takdir Allah. Bila kemaian itu urusan Allah. Tapi sabar dan redha itu tinggi darjatnya.
Berdoalah puan supaya Allah anugerahkan syurga para nabi dan syuhada. Sesungguhnya doa puan sebagai orang teraniaya amat amat dimakbulkan Allah.

Komen 2 (Ishak Sheikh Omar: 2k like) :Assalamualaikum puan. Agak sedih jg baca luahan puan ni. Saya pernah lalui saat mcm puan ni, bukan sebagai pesakit tp penjaga arwh isteri.

Arwh isteri sya knser paru2. Dpt dikesan hanya bila peringkat 4. Tiada sebarang jaminan masa tu utk arwah isteri sembuh. Cuma diletakkan dia bawah unit paliatif. Yg mna unit ni lebih kpd menyelesakan pesakit.

Saat2 saya mnjaga dia sya sgt menghargai masa2 yg tinggal kerana risaukan dia yg entahkan bila di jemput walau ajal mavt di tangan Allah. Tapi ada permata tdk ternilai dia tgl kan utk sya mengenang kenangan kami. Anak2 saya.

Berbalik kpd situasi puan, Allah telah pilih puan utk menerima dugaan yg paling hebat pada hemat saya. Tp selagi hayat dikandung badan, jangan sesekali menyerah kalah. Sya tau puan punya kekuatan diri yg sgt kuat kerana itu yg saya nmpak pada arwalh isteri.

Andai puan terbaca komen sya ni, jangan berputus asa puan kerana ajal mavt tu kerja Allah. Sya ingin kongsi cara berpuasa utk menentang penyakit ni.. Tidak rugi mencuba puan. Arwh isteri dah pergi baru sya nmpak bgaimana puasa tu dpt membuat badan kita memperbaiki sel2 badan sendiri. Boleh Google autophagy.. harap admin Kisah Rumah Tangga Fans dpt jd pengantara. Kalau post lain saya lebih suka bergurau tapi tidak post yg ini sebab saya nmpak bagaimana derita pesakit knser ni.

Komen 3 (Abu Rock : 1.4k like) :Nauzubillahi min Zalik.

1. Banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah.. Jangan putuskan tali pengharapan antara kamu dengan Allah.

2. Kalau ada harta atau apa-apa boleh wasiat kan untuk anak atau mak ayah.

3. Boleh berterus terang dengan keluarga, ini soal maksiat (jika jelas mereka pernah bersama), ziina jika didiamkan boleh dikira subahat.

4. Boleh juga tulis surat siap-siap dan amanahkan pada sesiapa yang awak percaya untuk menyerahkan pada mak ayah awak bila awak sudah tiada nanti ( semoga Allah merahmati dan memanjangkan umur mu).

5. Ajal mavt ditangan Allah, ramai je pesakit knser yang sudah ditentukan oleh doktor tempoh hidup dia tapi dengan kekuasaan Allah semua itu tidak terjadi.

6. Sentiasa solat malam (jika mampu) sesungguhnya Allah tidak diam bilamana hambanya dizalimi.

7. Rintihlah, menangis lah sepuas nya di atas sejadah memohon pada Allah semoga ada kekuatan untuk bangkit menentang kezaliman ini.

8. La Tahzan. Sesungguhnya Allah bersama kita. Innallahamassobirin. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

9. Berpegang teguhlah pada janji Allah. Selagi mana Allah belum menjemput pulang selagi itu jangan putus pengharapan terhadap Allah.

10. Saya doakan semoga penderitaan ini berakhir dengan segera dan keadilan dapat ditegakkan. Moga Allah mengampunkan dosa mu.. Merahmati dan mempermudahkan urusan kamu. Speechless! I’m so sorry 😥.

Komen 4 (HairyAnuar : 1.1k like) :Pakcik smpai tak tahu nk kata apa… Kelu lidah pkcik bila baca crita awk ni… Sebak dlm hati bila bayangkn keadaan awk skrg.. dgn sakit di badan, di tambah lagi sakit di hati…

Isteri mane yang gembira mlihat kecurangan si suami ketika dia masih hidup lagi… Walau pun pakcik lelaki, pakcik sndiri simpati dgn nasib yang awk alami.. Apa yang mampu pakcik nasihat kan, byk2 kn bersabar dgn ujian yg berat ni…pkcik pun tak sangka, sampai hati si suami mncurangi si isteri ketika si isteri masih memerlukan perhatian dia lgi…adoiii dunia2😔😔

Komen 5 (Fariz Raof : 484 like) :Satu pesanan saya dekat puan.. Selagi ada masa puan beramal la sebanyak yang mungkin.. Puan kejar ticket untuk ke syurga yg kekal abadi..

Bab suami dgan adik puan.. Selagi diaorg terjerumus dgan dosa biarkan diaorg.. Sebab pilihan tu diaorg yg pilih sndri.. Biar diaorg tanggung akibat nya blakang hari.. Keep tough..

Lagi satu tak baik cakap waktu puan sampai raya.. Tu semua kuasa tuhan.. Kita tak da kuasa nak tentukan.. Yg penting kekal istikomah.. Buat yg trbaik sebelum pergi menghadap ilahi..

Satu lagi puan.. Puan beruntung sebab puan tau yang allah nak jemput puan.. Kami semua ni blom tentu lagi ajal kami macam mna. Jaga diri puan .

Semoga dipermudahkan.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya . Tq

Sumber : Kisah Rumah Tangga
Disediakan oleh edisimedia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *