“Muka bersiap rapi tapi rumah tongkang pecah” – rumah bujang rumah yg dihuni anak2 dara 20k

Foto sekadar hiasan..

Assalamualaikum semua. Tajuk agak negatif kan? Inshaa-Allah, aku harap dengan confession aku ni akan memberi inspirasi sentap pada wanita-wanita di luar sana. Aku Melati (bukan nama sebenar) tinggal di utara tanah air. Pengalaman aku adalah tinggal selama 6 tahun berlainan rumah dengan orang yang berlainan setiap tahun. Untuk makluman, aku adalah seorang perempuan.

Aku tahu dah banyak confession tentang wanita pemalas ni tapi aku nak cerita bahagian aku pula. Nak buka mata mana-mana wanita pemalas atau lelaki pemalas. Cuma aku ni pun perempuan, aku tinggal dengan perempuan maka cerita aku lebih berat kepada perempuan tetapi cerita aku adalah UMUM kepada mereka yang malas.

Tiap orang ada rasa MALAS tu. Aku pun ada rasa malas tapi bagi aku walaupun malas disiplin tu tetap kena ada. Aku nak cerita sepanjang 6 tahun aku tukar-tukar rumah, keenam-enam rumah tersebut dihuni oleh majoritinya wanita melayu malas.

Kenapa?

1. Lubang jamban, sinki, lantai biar berkarat, kadang-kadang dari bulan 1 sampai bulan 4 tak berbasuh KECUALI apabila ada minoriti yang basuh. Berkarat tu bukan setakat kuning tau tapi koko. Tahu kan besi berkarat macam mana? Hmm…

2. Baju suka sidai malam-malam dekat luar dan biar di jemuran sampai 3-4 hari baru angkat bila baju tak ada nak dipakai.

3. Baju longgok di satu sudut bilik tak berlipat atau tak berbasuh kecuali bila tak ada nak dipakai.

4. Pinggan mangkuk yang bila menindan-nindan tu dah kering tapi tak reti susun semula atas rak pinggan mangkuk.

5. Biar nasi dalam periuk tak berbasuh sampai kulat hidup dan kulat mati dan hidup semula.

6. Mop dan sapu sampah jauh sekali. Rambut tu atas lantai bila dikutip boleh buat rambut palsu yer kawan-kawan. Rumah perempuan ni masalah utama adalah helaian rambut. Kalau ada budak kecik ni, mau tercekik makan rambut bergulung! Tiap hari apa salahnya kutip rambut bersepah atau setiap kali sikat tu gulung-gulungkan lah rambut di hujung sikat tu dan terus buang. Salah ke?

7. Keselamatan tak terjaga. Suka sangat biar pintu tak berkunci. Even pergi keluar sekejap pun kunci lah pintu. Berat sangat ke kunci tu?

8. Dah guna pinggan mangkuk cawan kasut sudu garfu plastik straw or whatever tu sila basuh dan letak di tempat asal. Susah ke? Paling malas pun kalau malas buat letak je dalam sinki tu esok basuh hmmm ni tak, sudu garfu biar je atas sofa lepas dah guna. Nak tunggu siapa angkat?

9. Sampah. Nama pun sampah. Sampah perlu dibuang kan? Ke sampah tu nak dibuat harta?

10. Pembaziran. Hmm ni satu lagi. Kalau kita tu buka lampu, kita kena bertanggungjawab tutup semula lampu tu. Nak tunggu siapa tutupkan? Kalau dah tak mahu guna elektrik, padamkan elektrik tu. Membazir. Membazir tahu dak? Bil melambung nanti orang yang tak membazir sekali kena bayar.

11. Dah buka anak tudung/tudung/stoking/handsock/ apa apa je kalau nak letak sekejap di sofa tak pe. Kalau 2-3 minggu biar kat situ nak tunggu siapa kutip?

The list will go on….

Aku rasa geram bukan apa.. kita sepatutnya ikhlas untuk bersihkan rumah tapi bila tengok semua ignorance macam ni aku rasa geram dan rasa melampau betul. Perempuan ni. Bukan lelaki tau. Bila bersembang, sembang kencang nak hantaran 20k, 25k sebab belajar penat tapi common sense macam ni pun tak boleh nak ada ke.. Macam mana nak berumah tangga kalau pemalas sampai macam ni.

Kalau 5 orang dalam rumah tapi masing-masing ambil berat HAL MASING MASING, KEBERSIHAN MASING-MASING tak akan ada istilah kotor. Tu belum cerita hal dapur lagi. Lepas masak tak reti lap minyak percik di dinding, atas dapur.. Sampah dalam sinki penuh. Belum cerita pasal tersumbat lagi. Hmm.

Benda simple sangat. Benda yang macam ni adalah value engkorang as individu muslim tahu.. Sebahagian daripada iman juga tu.

Kan selesa kalau sama-sama jaga kebersihan. Tu baru cerita benda macam tu. Belum cerita kebersihan badan lagi.. tapi bab ni aku tak mahu sentuh. Boleh fikir-fikirkan sendiri sejauh mana kita menjaga kebersihan diri. So wahai lelaki di luar sana, jadilah orang yang pembersih or train diri sendiri jadi pembersih lepas tu mohon doa pada Allah supaya dikurniakan isteri yang ada common sense. Kalau hidup bujang pun dah serabut nak jaga kebersihan.. Macam mana kalau dah berumahtangga beranak pinak nanti?

Practise makes perfect girl. Practise la yang bujang tu jaga kebersihan sekeliling korang tu. If kita jaga hari-hari, tak penat sangat bila tiba hari kotor sedunia.. hmmm. Macam kes aku, tak faham juga aku pun dari dulu sampai sekarang dapat perempuan macam ni. Yang bersih tu boleh kira dengan jari je.

Malunya rasa kalau orang tahu korang ni pengotor kan. Kerja hebat, belajar pandai, nampak solehah tapi pengotor sebenarnya. *Tepuk tangan beramai-ramai.

Doakan aku sabar dan ikhlas bersihkan rumah yang dihuni anak-anak dara 20k ni yer. Muka bersiap rapi tapi rumah tongkang pecah (belum tengok bilik lagi, hehehe) sekian adios…

– Melati vis iiumc

Antara komen netizen :

Norhayati Misrani –Tapi lelaki suka perempuan lawa. Bilik bersepah. Bilik air tak basuh.Dapur berminyk pun x apa. Janji cantik mcm uqasha senrose.

Shiela Shahilla –Hntaran klu muka hodoh 5k pun laki ckp mahal.. klu muka elok 20k sgup last skali dpt pemalas.. haa padan muka…

Qasriena Qiesh –Pmpuan mcmni elok anta je ke alam barzakh. aku penah ade housemate mcmni. Tmpt tdo dia xpenah nak kemas. Bila tegur dia ckp “alah xpe sbb mlm nt nak tdo balik kan”. Aku terus sound je “ha ahh klu kau berak pn xyah lah basuh sbb esok nak berak lagi kan”.

Bapak dia hijau.

Ain Ahmad –Perempuan lawa memang suka macam tu… Sebab banyak masa habis kat makeup… Tapi tu la… Lelaki bukan kisah pun.. Yang dia nak lawa ja… Hahahhaa… Ex roomate first apa khabar??? Beli nasi goreng kedai… Nak bagi bf pi pindah dalam tuperware tapi tapau polisterin 2 minggu tak buang

Zuraida Othman –Dh byk kali pesan kt ank bujang makcik, cari bini esok, x cantik..takpe ,x bljr tinggi…takpe, x pndai masak.. takpe…x pndai menjahit…takpe…

tp klu pemalas x pndai kemas rumah mmg makcik x mahu..ank pompuan makcik dr kecik lagi dah kena rekrut kemas rumah, Semua perkara kita bole bljr tp kemas rumah bkn semua org bole buat.. Paham tu.

Danial –Kenapa la pompuan suka suruh bakal suami reimburse balik yuran study dorang.. bukan kami yg suruh korang belajar tinggi. We don’t need your academic transcripts my dear. We are not hiring a wife, we are courting a wife! So there’s a distinguishable difference.

Mak ayah pulak hantaran mintak siap ada market rate. Setau aku belum ada lagi Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS) kasi value kat pompuan atau aku yg tertinggal bas?

We like you because we like you. Not because of any latent factors belajar sampi phd ke apa. Rasa suka, rasa ngam, rasa bole buat bini, thus we hand in marriage. But because of you parents put a hefty price tag on your necks, nevermind, we’ll go for cheaper alternatives.

Generally speaking, those cheaper alternatives tend to understand more on the purpose of marriage and we, men, believe they can be a good wife and mother. Sebab kalau dah nak mula pun susah, apa lagi yg esok2. So deal with your price tags then. Kita jumpa kat jualan mega sale jelah lagi 20 tahun ye.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq