“Ada sebut ke masuk syurga ni syaratnya masak for family” – Isteri jarang masak ‘panas’ disindir keluarga mertua tiap kali balik kg

Foto sekadar hiasan..

Assalamu’alaikum semua.

Foreword.

I used to admire those yang pandai masak, rajin masak, cekap masak. Mereka termasuk ibu mertua dan ipar duaiku. After years of marriage, I finally changed my mind last month. Sebabnya species ni nampak gayanya rasa mereka sgt hebat, dan jika kita tiada minat atau skill mcm mereka, kita loser, gagal dalam hidup, macam neraka menanti kita.

Flashback:

1. Kisah cinta & perkahwinan saya macam novel atau drama. Betul, memang wujud anak org kaya & bandar yang kawin laki dari kampung serba kekurangan. Saya anak org kaya yang percaya cinta sejati tak mengenal darjat.

2. Saya sangka sacrifice saya tidur dlm kelambu instead of aircond, mandi air perigi instead of warm water from water heater dan tanggung suami serta keluarganya yang susah is enough. It was not apparently.

3. I used to cook simple meals but as I became busier with my career, had maids and sisters in law staying with me, it didn’t make sense to cook when I was on the road and office almost 13hrs daily. I had so many people to feed, I was the soul breadwinner. Exhausted everyday, takkan lah tugas masak saya juga nak buat?

Fast Forward:

1. Keluarga suami tahu saya dah few times ke Pejabat Agama, cari penyelesaian kepada perkahwinan yang berat sebelah. Saya tanggung belaka tapi suami tak nak lepaskan pula.

2. Saya rasa mereka patut malu sbb anak jantan atau abg mereka tak tanggung anak bini, wajib mereka tegur bab tu sbb dalam AlQur’an, jelas itu kewajiban suami dan ayah. Cubalah pikir, saya salah ke tak masak kalau duit beli brg masak pun suami tak bagi. Alhamdulillah saya kerja, tidaklah kami kebulur.

3. Again, macam drama, after 11 years being such an irresponsible husband, suami saya insaf dan mula beri nafkah, mulai tahun lepas. So we moved on.

NOW.

1. I told my husband and kids kita kena balik kampung selagi ada org tua, so cuti sekolah hujung Mac lepas, we went back. Again, kena sound pasal masak. Kita yang ajak balik, kita kena balik. Mertua.. oh.. mertua..

2. This time, I am really annoyed. Dalam Islam ada sebut ke masuk syurga ni syaratnya masak for family? Syarat nikah mesti terer masak ke? Dalam Islam, bab makan ni, saya tahu kena mencari yang halal, cukup, berkhasiat, tidak membazir.. tak tahu pulak kena masak sendiri.

3. I may not feed my kids with my air tangan everyday (still cook but jarang2), but air mata & air peluh saya keluar mencari income selama ni untuk menyara keluarga, menyediakan keperluan tempat tinggal, makan pakai, pelajaran dan segalanya- adakah tidak ada nilai langsung?

FULL STOP.

1. Saya boleh move on walau takkan lupa apa husband and familynya dah buat kpd saya, bukan tempat abadi pun dunia ni, but the fact they are still harping on me not cooking memang amat irritating. Punya byk benda baik kita buat, yang satu perkara kita tak buat tulah dia nak sindir.

2. Tolong paham, bukan isteri tu wajib masak. Jika dia tak masak tapi pastikan keluarga kenyang, apa masalahnya. Maid masak ke, tapau ke, makan luar ke, order on line ke, makan kat kenduri ke.. biarlah. Tak susahkan org lain pun.

3. Yang penting ibu dah mainkan byk peranan- anak dididik dgn ajaran agama, disayangi dan dihargai, dijaga kebajikan dan kesihatannya, diberi perhatian bab sekolahnya, diisi perutnya dgn rezeki yang halal.. dan lagi dan lagi..

Lastly, saya harap saya tak penat berjuang utk keluarga ini but to please my in laws? I should stop hoping anything from them. Tak perlu expect they understand. From now on, berazam utk bergantung harap kpd Allah semata-mata to make me content with my blessings, to not make me hurt and too sad by their actions. May Allah make us better people, not judgemental and choose to see the good in others, always. Aameen.

Moga confession ini membuka minda dan menjadi ilmu yang bermanfaat.

Antara komen netizen :

Aura Maira –Kadang tu bukan isteri tak pandai masak…tapi nampak ‘tak pandai’ bila ikut rules orang lain .

Nik Ailing –Saya buat bodo je. Malas ambik tahu apa orang cakap dah sekarang. Alhamdulillah bahagia 200% lepas amalkan sikap pergi mampus apa orang nak cakap .

Lyana Aziz –Of courselah suami x nak lepas. Atm machine katakan.

Nor Suhaida –kita ni perempuan kena perfect sis… nak kena pandai masak, pandai berhias, tambah kena pandai cari duit. itupu takkan terlepas dari umpatan.

kalau lelaki sembahyang pun tak cukup lima waktu, takde sape nak persoalkan.

Nur Azreen –Typical malay sis..Menantu perempuan kalau tak pandai masak mmg teruk di kecam berjemaah..mertua n ipar duai tag team mengecam..Tapi dia sendiri lupa anak lelakinya sendiri terkadang gagal menjadi imam utk keluarganya..

Tqa Ameer –Sebab dorang ada a lot of insecurities when facing you, so when they saw your flaw, walau sekecik kuman pun, they are going to pick on it. Buat bahan. Nak sedapkan hati kot. Let them be. Pekak kan telinga.

Hannani Nur –X masak masuk neraka..x kemas umah masuk neraka…x care ank masuk neraka..x jge hati mertua masuk neraka..isteri derhaka..x boleh argue dgn suami, kne tlg suami, jgn susahkn suami..sentimen ape ni..ayat penunggang agama…nabi layan isteri die mcm puteri..tlg isteri, berlembut dgn isteri, jahit bju sendiri, panggilan baik dgn isteri dan mcm2 nabi buat utk isteri…

Itulah yg layak syurga di bawah kaki suami dan wajib taat..ni perangai x semengah pemalas, utamakn kwn, x de empati dgn isteri, layan isteri mcm hamba…haprak sungguh majoriti suami yg begini

Nur Khaleeda –Malam-malam, tiba-tiba teringat kata-kata Ayah;

“Isteri-isteri orang Melayu nie banyak sangat habiskan masa di dapoq. Sebab apa? Sebab dok berat tang makan.

Breakfast saja pun gigih bangkit awai buat nasi lemak, bihun goreng, cekodok, etc. Makan tengahari & malam pulak kalau takdak 6,7 jenis lauk penuh meja tak sah.

Pahtu kalut nak tumbuk sambai apa semua. Dalam sehari 24 jam tu banyak masa dok abih tang makan.

Walhalnya kita makan nie untuk kenyang saja. What you need actually healthy simple meals. Asalkan boleh bagi khasiat & tenaga dah cukup.

Cuba tengok omputih. Walaupun isteri depa tak kerja, those women ada masa membaca buku ilmiah, pi kelas-kelas ilmu like baking class ka sewing class ka, libatkan diri dengan aktiviti masyarakat & aktiviti sekolah anak-anak.

They always keep things simple. Masak pun simple like grilled chicken with salad ka asalkan berkhasiat. Depa guna sebaik mungkin masa yang ada. Yang penting kualiti dalam setiap rutin. What you suppose to do is be a clever housewife. Bukan kata jadi housewife tu kena dok cerok dapoq ja.”

Something to ponder. 🙂 # Copy and paste .

– Inah via iiumc

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq