Rupanya Ini Sebab Sultan Johor beri sumbangan 1 juta Selepas Medengar rakaman audio.

Isu pencemaran udara di Pasir Gudang semakin mendapat perhatian warganet. Bencana yang terjadi telah membuatkan ramai netizen berasa hiba melihat para mangsa terlantar lemah disebabkan terhidu gas beracun. Setakat ini 111 sekolah telah diarahkan tutup namun kawasan tersebut masih belum diisytihar darurat oleh Menteri Besar Johor.

Semalam pihak media telah melaporkan bahawa Sultan Johor berasa murka disebabkan pembuangan sisa toksik secara haram di Sungai Kim Kim. Berpunca daripada itu, pelajar-pelajar di sekolah berhampiran telah mengalami sesak nafas, muntah-muntah serta ada yang kencing berdarah disebabkan terhidu udara beracun

‘Tersentuh Lihat Lelaki Menangis Minta Bantuan’ – Isu Pencemaran Toksik, Sultan Johor Sumbang RM1 Juta

Oleh sebab itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahin Iskandar telah menyumbangkan sebanyak 1juta ringgit untuk operasi menyelamat, merawat serta mencegah penularan bencana tersebut.

Tambahan lagi, Baginda berasa terpanggil untuk memberikan bantuan kerana tersentuh dengan satu audio suara yang tular mengenai seorang lelaki meminta bantuan untuk kesejahteraan penduduk Pasir Gudang. Bantuan yang diberikan oleh Baginda telah dimaklumkan kepada Baginda Permaisuri Johor yang juga merupakan Penasihat diRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Terpanggil selepas dengar rakaman suara

Kenyataan yang diambil dari Utusan Online ini turut memberitahu bahawa Sultan Johor akan memberikan sumbangan secara peribadi bagi membantu menyelesaikan permasalahan tersebut.

Baginda juga menitahkan agar siasatan dilakukan segera dan perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat.

“Tuanku Sultan ada membincangkan perkara ini dengan saya sebagai Penasihat DiRaja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan baginda juga amat tersentuh apabila mendengar sebuah klip rakaman di mana seorang lelaki menangis sambil meminta bantuan menyelamatkan anaknya.”  –Ujarnya.

SULTAN IBRAHIM BERI KATA-KATA SEMANGAT KEPADA MANGSA PENCEMARAN SISA KIMIA

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat melawat mangsa-mangsa pencemaran sisa kimia yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Ibrahim disambut oleh Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz.

Pada masa kini, seramai 126 mangsa sedang mendapatkan rawatan di HSI termasuk 10 orang yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.

Sepanjang lawatan lebih sejam itu, Baginda Tuanku Sultan turut diberi penerangan oleh Dr Selahuddeen mengenai keadaan kesihatan semasa setiap mangsa.

Pada lawatan itu, DYMM Sultan Johor turut memberikan kata-kata semangat kepada mereka.

Artikel berkaitan: Sultan Johor titah MB tubuh jawatankuasa khas

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah supaya Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti beberapa perkara dalam menangani isu pencemaran sisa kimia.

Sultan Ibrahim bertitah, jawatankuasa itu perlu merangka satu prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi semua pihak bagi memastikan kejadian sama tidak berulang di Johor.

“Perkara lain yang perlu diutamakan adalah pembangunan sistem amaran awal sekiranya berlaku pencemaran udara mahupun air.

“Dengan adanya sistem berkenaan, sekiranya berlaku apa-apa pencemaran sama ada di udara atau air, pihak berkuasa dapat memberi amaran awal kepada penduduk.

“Pada masa sama, penduduk juga dapat membuat persiapan awal manakala pasukan kecemasan atau pihak berkuasa dapat bergerak lebih awal,” titahnya kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan berangkat ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk melawat mangsa pencemaran sisa kimia yang masih mendapatkan rawatan.

Sultan Johor bertitah, demi mengutamakan keselamatan rakyat, baginda berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM1 juta.

“Oleh demikian, saya mahu jawatankuasa khas diwujudkan segera dan memberi penekanan kepada perkara yang saya tegaskan sebelum ini,” titahnya

Sumber : Utusan Online, Facebook Tun Carlos via memorikini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *