“Jangan sebut , Jangan ikuti Si Nopal” – Selepas maksud sebenarnya diketahui ,PU Azman mohon maaf

PENDAKWAH terkenal, Pencetus Ummah (PU) Azman menerusi Instagram meminta netizen berhenti menyanyikan lagu Si Nopal yang tular di media sosial.

Menurut PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, beliau dimaklumkan bahawa perkataan ‘bahenol’ yang disebut dalam lagu animasi dari Indonesia itu membawa maksud tidak baik.

“Beberapa hari lepas, saya antara personaliti yang memporpulakan lagu Bahenol. Tapi selepas mendapat maklumat daripada netizen dan membuat beberapa rujukan, saya dapati ia membawa maksud luc4h,” katanya.

PU Azman turut memohon maaf kerana memuat naik video berkaitan animasi Si Nopal

Animasi Si Nopal menjadi tular di laman sosial khususnya lagu yang dinyanyikan watak dalam kartun itu ketika mengikuti perkhemahan bersama Si Nopal.

Rata-rata terhibur dengan gelagat animasi itu yang disifatkan agak melucukan.

Maksud Bahenol menerusi carian di laman sesawang Kamus Besar Bahasa Indonesia

Bagaimanapun menurut PU Azman, dia kesal kerana terkena tempias Si Nopal tanpa mengetahui asal usul atau maksud tersirat disebaliknya.

“Saya dah delete video berkaitan Si Nopal, saya mohon maaf kepada netizen dan ingin menyarankan supaya tidak menyebut perkataan dan mengikuti lagi sebarang perkembangan tentang Si Nopal.

“Bahenol bermaksud bentuk badan perempuan yang ghalrah dan mont0k,” katanya.

VIDEO :

Antara komen netizen :

Mohd Fuzi Che Hassan –Org banjar tau la mksd bahenol..sapa pernah dengar lagu siti ropeah tau la..lirik dia ada perkataan Bahenol..

Mohd Ali –maksud “butuh” dalam indonesia ialah memerlukan.. kalau “butuh” mksud org malaysia ialah kemaluan lelaki.. simple..

Faizal Azman –Masyarakat malaysia tak kisah pun sebut perkataan tak baik. tak caya bukaklah mana2 page yg ada dlm fb. Lps tu baca kat komen

Are Min LsLover –Dlm google translate tulis bahenol tu bersemangat😂

Aiman Haziq –Kita sendiri pun ada bahasa yang orang luar anggap tak sopan dah lvcah, tapi hakikatnya ia bukan seperti yang disahihkan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. Sama juga dengan orang indonesia, ada bahasa mereka sendiri yang kita anggap kasar dan lvcah tapi ada maksud lain bagi diorang. Nak² lagi yang buat tu budak perempuan belasan tahun. So kita jangan cepat pertikaikan apa yang tersebut dalam kamus. Sebab bahasa yang kita kurang mahir / faham. Cuma kita elakkan dari terjadi nya dosa kecil. Wallahualam.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *