“Status 100 Terakhir” – Macam dah tahu perjalanan ‘terakhir’

KUALA TERENGGANU – Status dimuat naik Abdul Bari Asyraf Mohd yang dianggap sebagai wira penyelamat mengundang rasa sedih netizen.

Malah, kebanyakan warganet mengakui kagum dengan pemuda itu dan turut bersedih dengan insiden yang menimpa walaupun tidak mengenalinya secara dekat.

Menggunakan nama pena sebagai Pok Rok, laman facebooknya menjadi perhatian ramai selepas berita kehilangannya mendapat liputan meluas.

Abdul Bari hilang dari permukaan air setelah menyelamatkan mngsa dalam kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu.

Status yang dimuat naik Allahyarham pada 5 Disember lalu, ‘selamat tinggal kenangan dengan senyum aku lepaskan kau pergi’ seolah-olah menggambarkan pemuda itu telah mengetahui apa yang bakal terjadi kepada dirinya.

Selain itu, pemuda itu juga pernah menyatakan hasrat untuk berada dalam kalangan orang-orang beriman ketika menjawab pertanyaan rakannya menerusi media sosial.

Walaupun mungkin dianggap sebagai satu jenaka, jawapan spontan itu meninggalkan kesan mendalam lebih-lebih kepada individu yang mengenali Abdul Bari.

Wira itu juga disifatkan sebagai seorang yang suka bergurau, agak nakal dan suka menolong.

Abdul Bari bercita-cita mti syahid
Ahli keluarga dan rakan terdekat turut berkongsi antara hasrat Abdul Bari untuk mati syahid.

Perkongsian oleh Tengku Nadia Tengku Ahmad menceritakan bahawa Allahyarham pernah menyatakan hasrat untuk mati syahid 14 tahun lalu, ketika masih dibangku sekolah.

Selain Tengku Nadia, bapa saudara Abdul Bari yang menggunakan nama pena Pok Kob juga meluahkan perkara yang sama.

Katanya, beliau pernah berbual bersama dan Allahyarham pernah menyatakan hasrat untuk syahid di jalan ALLAH.

Sementara, itu, ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah yang mengimamkan solat jenazah Allahyarham semalam, menyifatkan kematian Abdul Bari sebagai luar biasa.

Menerusi status yang dimuatnaik malam tadi, beliau menganggap Abdul Bari sebagai seorang individu yang istimewa.

Manakan tidak, masjid dua tingkat di Kampung Gelang Patah, Wakaf Mempelam sesak dipenuhi jemaah yang ingin menunaikan solat jenazah Allahyarham, petang semalam.

“Solat jnazahnya seperti solat jumaat. Memenuhi dua tingkat masjid. Sungguh luar biasa.

“Begitulah kehendak ALLAH, ketika hidupnya dia hanyalah biasa biasa saja tapi ketika matinya ia dijadikan luar biasa oleh ALLAH SWT,” katanya.

Jumaat lalu, Abdul Bari Asyraf, 31, hilang selepas menyelamatkan lima penumpang Mitsubishi Storm yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu, di Pulau Warisan.

Jasad Allahyarham ditemui jam 7.24 pagi semalam di sekitar muka kuala tanjung, pada jarak 2.5 km daripada lokasi dipercayai lemas.

‘Pemergian’ Abdul Bari dikategorikan syahid: Mufti WP

KUALA LUMPUR – Pemergian Abdul Bari Asyraf Muhammad, 31, yang maut akibat lemas sewaktu membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu termasuk dalam kategori syahid.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, cubaan Almarhum menyelamatkan mngsa terlibat adalah satu tindakan mulia.

“Dengan izinNya termasuk dalam kategori syahid, Insya-ALLAH. Almarhum ialah anak muda yang wajar dijadikan contoh dengan akhlaknya terpuji.

“Di sebalik musibah ini, ALLAH menyedarkan kepada kita bahawa Malaysia masih mempunyai ramai anak-anak muda yang berjiwa besar. Kita mendoakan semoga lebih ramai yang mencontohi Almarhum,” katanya di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli turut mencadangkan keluarga Allahyarham Abdul Bari dan pasukan penyelamat yang terlibat dalam insiden itu diberikan anugerah setimpal dengan keberanian dan akhlak mereka yang disanjung tinggi.

Myat Abdul Bari ditemui 2.5km dari lokasi hilang

Ketika kejadian itu, Abdul Bari dari Kampung Panji, Kuala Terengganu dikatakan sedang memancing bersama rakannya .

Almarhum kemudiannya bertindak untuk terjun ke sungai terbabit bagi menyelamatkan mngsa terlibat.

Namun begitu, dia dikatakan lemas setelah gagal naik ke darat sebaik menyelamatkan empat mngsa di dalam kenderaan terbabit.

Selepas hampir dua hari melakukan pencarian, pasukan penyelamat berjaya menemui mayat Abdul Bari pada jarak 2.5km dari lokasi dia hilang sebelum ini.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya, tq.

Sumber : sinar harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *