Ibu Siti Masitah merayu, berlutut depan suspek – Teka Teki Terjawab ,Rupanya Ini Punca Siti Masitah Dibnuh.

DENDAM dan marah kepada keluarga dipercayai menjadi punca kepada pembvnuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Siti Masitah Ibrahim.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pahang, Datuk Othman Nanyan, berkata siasatan awal pihaknya mendapati m4ngsa dipercayai dibvnuh pada 30 Januari lalu iaitu hari sama dilaporkan hilang oleh ibunya di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan.

Beliau berkata, susulan laporan polis diterima pihaknya, suspek lelaki warga Kemboja berusia 23 tahun ditahan pada jam 2 pagi 31 Januari lalu di sekitar Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan pengakuan suspek, Siti Masitah dipukul menggunakan kayu dan polis sudah merampas senjata yang dipercayai digunakan suspek.

“Suspek adalah kenalan kepada keluarga mngsa dan tinggal sekampung dengan keluarga Siti Masitah.

“Hasil soal-siasat, pada awalnya mendapati lelaki terbabit tidak membuat pengakuan berkenaan kehilangan mngsa, namun soal siasat lanjut akhirnya mendedahkan pembabitannya,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Othman berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pada 11 pagi mendapati punca kem4tian mangsa akibat kecederaan parah pada kepalanya.

“Terdapat tiga kesan keceder4an pada rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala.

“Punca kematian adalah disebabkan ‘Probable Head Injury’. Bedah siasat mendedahkan jantina m4ngsa ada perempuan,” katanya.

Othman berkata, ketika m4yat ditemui kelmarin, ia dalam keadaan tertiarap dan hampir reput serta tangan dalam keadaan diikat dari belakang.

“Kami percaya m4ngsa sudah m4ti dalam tempoh lebih tujuh hari.

“Kami masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan mayat Siti Masitah,” katanya.

Beliau berkata, supek kini direman tujuh hari sehingga 17 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membvnuh.

Othman turut menafikan, penularan berita yang mengaitkan kem4tian m4ngsa dengan sindiket penjualan organ manusia dan tidak menolak kemungkinan keadaan m4yat yang tidak sempurna ditemui disebabkan haiwan liar.

Semalam media melaporkan, m4yat Siti Masitah ditemui orang ramai pada 4 petang kelmarin di kawasan belukar Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, dalam keadaan tidak sempurna dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia.

Siti Masitah dilaporkan keluar dari rumahnya pada 5 petang, 30 Januari lalu untuk ke kedai runcit sebelum dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Ibu mangsa, Zaleha Abdullah, 35, yang juga warga Kemboja kemudian membuat laporan polis pada 11 malam hari m4ngsa dilaporkan hilang sebelum membawa kepada penahanan suspek beberapa jam kemudian.

Suspek ditahan susulan dakwaan penduduk kampung yang melihat kelibat Siti Masitah menaiki motosikal dengan suspek sebelum lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Artikel berkaitan: Ibu Siti Masitah merayu, berlutut depan suspek

IBU kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dalam keadaan tragis di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini, Sabtu lalu, Siti Masitah Ibrahim, 11, bertindak melutut dan merayu kepada suspek supaya memulangkan semula anaknya.

Perkara itu diceritakan semula ibu saudara mangsa, Norasiah Abdul Manan, 33, selepas suspek ditahan penduduk kampung pada malam 30 Januari lalu.

Katanya, ibu mangsa, Solihah Abdullah, 35, merayu kepada suspek yang dikenali sebagai Assom itu untuk memberitahu di mana Siti Masitah berada memandangkan dia adalah individu terakhir dilihat bersama kanak-kanak itu.

“Sambil menangis Kak Long meminta Assom memulangkan Masitah, malah dia terus berlutut dan merayu kepada suspek, namun suspek berkeras dengan mengatakan dia tidak tahu.

“Kami sememangnya mengenali suspek kerana dia pernah tinggal di kawasan kejiranan ini namun difahamkan sudah berpindah dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Pekan, hari ini.

Difahamkan, suspek yang berusia 23 tahun itu adalah individu terakhir dilihat membawa m4ngsa menaiki motosikal pada hari dia dilaporkan hilang.

Dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, m4yat Siti Masitah ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan tangannya diikat ke belakang dan tidak berseluar di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan.

Lebih memilukan kepala mangsa didapati terpisah dari badannya manakala beberapa organ dalamannya hilang.

Norasiah berkata, dia hairan bagaimana Siti Masitah boleh mengikut suspek sedangkan anak ketiga dari empat beradik itu bukan seorang yang mudah mesra dengan orang.

“Walaupun suspek biasa datang dan bermalam di rumah mangsa, namun Masitah tidak begitu rapat dengannya, sebab itu saya hairan bagaimana dia boleh mengikuti lelaki itu.

“Setahu saya sebelum kehilangannya Masitah memberitahu ibunya mahu ke kedai runcit untuk membeli mi segera, jarak kedai runcit itu hanyalah kira-kira 200 meter dari rumahnya..saya tidak tahu di mana Masitah berjumpa lelaki itu,” katanya.

Norasiah berkata, keluarga mangsa melayan suspek dengan baik dan sering memberinya makan apabila datang ke rumah mereka di Kampung Kemahang, Tanjung Medang.

Katanya, walaupun sudah berpindah ke Kampung Parit Tengah sejak dua tahun lalu namun suspek selalu singgah ke rumah keluarga mangsa.

“Kak Long selalu menjamunya makanan apabila berkunjung ke rumah, kami pun hairan mengapa dia bertindak kejam sebegitu rupa dan melupakan layanan baik diberikan keluarga Kak Long kepadanya.

“Kejadian ini sangat menyedihkan dan berharap keadilan dapat ditegakkan untuk Siti Masitah,” katanya. Harian metro via Naluri Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *