Gadis Marah Pekerja Domino’s Buat Pizza Tak Pakai Sarung Tangan, Respons Netizen Ini Terus Buat Dia Senyap

Seorang gadis yang ingin mencari pekerjaan melihat pekerja di sebuah restoran rangkaian Pizza terkenal, Domino’s, menyediakan dan memasak Pizza tanpa menggunakan sarung tangan. Dia kemudiannya merakam video pekerja tersebut semasa sedang menyediakan Pizza dan memuat naik video tersebut ke akaun Twitter miliknya.

“Saya datang sini nak cari kerja, tapi tengok apa saya jumpa! @dominos pekerja awak MENJIJIKKAN! Bukankah mereka semua sepatutnya pakai sarung tangan? Pasti ke kuku mereka bersih? OMG saya tak boleh faham! Baik awak bertindak. Pekerja Domino’s pengotor gila!

Video itu boleh ditonton di bawah:

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter menerangkan mengapa sarung tangan tidak digunakan:

“Pizza sukar dibentuk jika guna sarung tangan.”

Dear Malaysian, working with dough like this wearing gloves? Is a big no.
I would like to share my knowledge.

Dough pizza yang mempunya komposisi yang hampir sama dengan dough roti sangatlah sukar untuk di handle kalau anda gunakan gloves. End up dough akan melekat dekat gloves.

“Kalau doh nampak tak kemas, pelanggan mengadu.”

Bila dough melekat dekar gloves product yang diorang buat pon takkan kelihatan kemas. End up consumer will complaint pasal product.

Kalau pakai gloves plastic pulak, plastic mudah koyak, dan ini membolehkan potensi untuk menjadikan cebisan plastic koyak itu sebagai pencemaran bendasing. (Foreign body)

Saya yakin @DominosMY menerapkan amalan membasuh tangan yang sempurna kepada staff mereka. Jadi pencemaran silang melalui tangan dapat dikurangkan jika pekerja mereka mencuci tangan dengan sempurna.

Dia juga menekankan bahawa disebabkan tidak menggunakan sarung tangan, pekerja akan membasuh tangan dengan kerap dan sempurna.

“Kalau ada bakteria pun, ia akan mati apabila pizza dibakar dalam ketuhar.”

Jika ada bacteria yang masih melekat di tangan berpindah kepada makanan pula, ingat semua pizza akan dibakar. Suhu yang pihak
@DominosMY tetapkan cukup untuk membnuh bakteria2 tersebut.

Sama juga kalau paranoid yang ingin menjatuhkan industri kalau dibakar pastinya mati.

Sebagai rakyat Malaysia, jadilah pengguna bijak, jika ingin buat aduan gunakan bahasa sopan. Ikut saluran benar dan mintalah penjelasan secara ber ADAB. Jangan menjatuhkan industri yang ada.

Tambh sikit:

guna gloves masa handle dough anda akan berfikiran tangan anda sentiasa bersih jadi x perlu tukar gloves.

Tapi, kalau pakai bare hands, habis uli2 pasti anda akan rasa tangan anda kotor. Jadi tabiat mencuci tangan akan lebih berjaya Berbanding menggunakan gloves.

Tak berniat untuk malukan dia

Penerangan itu juga dipersetujui akaun Twitter rasmi Dominos Malaysia.

Disebabkan tweet tersebut, gadis itu menerima pelbagai kecaman Netizen:

“Mak kau masak pun tak pakai sarung tanganlah!”

“Mamak tebar roti canai pun tak pakai sarung tangan.”

“Satu dunia tak pakai sarung tangan buat Pizza.”

Antara komen lain netizen :

Azwan Wan –Gadis ni mesti cantik…. Sebab yg cantik tak semestinya bijak. 😂😂

Putra Zamasu –aku pernah kerja pizza hut…untuk dough making, mmg tak perlu pakai gloves, cumanya wajib pakai gloves ketika menabur topping dkt atas dough

Ain Mustika Hana –Domino’s jgn ambik dia kerja.. nnti semua benda dia viralkan..

Mawar Azzahra –Minah mana yg tlbh pbersih sngt ni ?? Ntah2 bdn sndiri bau kepam..

Zaman sekarang ini, memang mudah menularkan sesuatu namun begitu ia sepatutnya tidak dilakukan tanpa usul periksa. Reputasi restoran boleh terjejas dengan dakwaan tidak berasas seperti ini. Mujur saja Domino’s tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap gadis tersebut.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya, TQ.

Sumber – amazingnara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *