“Dulu aku siap berhijab Now? Free hair everywhere i go” – Trend Buka Tudung Dan Berbangga Di SocMed . Biar Betik

Minggu lalu kecoh dengan berita salah seorang selebriti Malaysia yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab. Namun keputusan yang diambilnya itu bukan lagi satu perkara baru dalam dunia hiburan Tanah Air.

Sebelum ini beberapa selebriti lain yang dahulunya memakai hijab dan tidak lama kemudian mula kembali tidak berhijab sudah pun mengegarkan industri. Itu semua cerita selebriti, kalau cakap lebih-lebih nanti ada pula peminatnya yang ‘sentap’.

Namun sejak akhir-akhir ini di laman sosial menjadi satu trend pula untuk memaparkan jika dahulu berhijab dan kini tidak lagi. Malah lebih membimbangkan trend ini menunjukkan seolah-olah individu yang melakukannya sangat bangga dengan perbuatan mereka itu.

Jika sebelum ini pelbagai trend ‘bodoh’ menjadi ikutan ramai tidak kurang yang satu ini juga. Dengan berkongsi menggunakan kapsyen yang sama iaitu:

“These are my photos. Dulu aku siap berhijab Now? Free hair everywhere i go. Appearance, lisan, adab macam orang tak ada agama. Wallahi, you can’t tell whats going to happen to you & ur heart. So doa jelah baik baik untuk kita and orang lain”

Juga diserta gambar sebelum yang berhijab dan selepas tidak berhijab.

Tinjauan kami di Twitter, sudah ramai yang mengikuti trend ini. Ini antaranya:

Sifat keterbukaan orang ramai kini meninggalkan sifat ‘malu’ mereka di belakang. Malah seolah berbangga dengan trend sebegini. Sama macam ‘artis’ katakan.

Tolong hentikan trend kurang bijak ini! Tolong jangan ajar dan ajak orang lain untuk lakukan perkara yang terang-terangan tidak patut dilakukan.

Memanglah kubur itu masing-masing, tapi bukankah yang menguruskan jenazah kalian itu nanti manusia yang berada di sekeliling korang juga?

Bukan mahu menyindir. Saya juga ada kekhilafan sendiri. Pernah melalui pengalaman sebegini. Namun tidak pula rasa berbangga untuk ‘tayang’ di laman sosial. Malu weyh! Semoga mereka semua mendapat hidayah dan terdetik di hati mereka rasa bersalah.

Antara komen netizen :

Umie Zaharah –Kuat kan iman kami yg masih bertudung walau mcm mna keadaan skali pun…

FarahArina Ahmad Rizal –Hm dulu pun saya macam tu.. pakai tudung asalnya bila meningkat zaman kegemilangan semua nak cabut sbb nak earn respect dari orang. Tapi fikirkan balik ya Allah benda paling bodoh yang aku buat..tapi alhamdulillah. Syukur Allah tak lupe hamba nya.. masih ada terdetik untuk kembali dan saya serta merta ambil keputusan hijrah jadi lebih lebih baik.. setiap pekara sekarang ni saya lakukan demi Allah. Syukur Allah masih sayang kita masih tak putus nikmat dan mendapat hidayah darinya😊

Khairul Hudzaifah Khanis –free hair ke tudung ke . sama je aku tengok . jadinya . yg bertudung jangan la merasa terlalu baik . dan jangan la anggap yg free hair tu terlalu jahat . yg pakai tudung . g duduk depan cermin . pandang cara pemakaian . dengar cakap hati . bukan syaitan . itu adalah cara terbaik . belajar cari salah sendiri . bukan orang lain .. dan cara perempuan bertudung zaman sekarang ni pun aku tak minat . macam lebih baik free hair .

Siti Salwani Anuar –Si kura-kura menyangka itulah kebebasan, tetapi ia tidak tahu bahawa ia telah kehilangan apa yang melindunginya selama ini..

Demikianlah Syariat Allah memelihara KITA.. analoginya,,kura2 & cengkerang nya tak dpt dipisahkan…
Sbb cengkerang tu bercantum dgn tulang belakang kura2.
Kalau pecah cengkerang tu… kura2 tak akan dpt hidup lama dan akan mati…

Apa kata anda ? Jangan lupa like dan komen ya . Tq

Sumber: Twitter via HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *