“Abah Ada Di Rumah Masa Ini…”- Jelas Elly Mazlein Bila ‘Cinta Hati’ Masuk Dalam Rumah

Sejak beberapa bulan lalu, pelakon Elly Mazlein sudah mula memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki apabila memuat naik foto bersama seorang lelaki.

Namun sehingga kini, Elly tidak mendedahkan wajah sebenar lelaki tersebut dan kebanyakan gambar yang diambil adalah dari belakang.

Terbaharu, Elly atau turut dikenali sebagai Lina Pom Pom itu memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) yang menunjukkan kekasihnya itu berada di kediamannya.

Demi untuk tidak mendatangkan fitnah, Elly terlebih dahulu menjelaskan bapanya turut berada di rumah ketika kekasihnya datang.

“Bahagiaku…Kalau ada yg bertanya la ye .. Ya ,Abah ade d rumah masa ni .. abis je keja td, kak pommm trus memasak ,bertukang d Dapo utk jamu 2 hero kakak lina ni mamam,” tulisnya.

Menerusi foto tersebut kelihatan lelaki tersebut sedang bersembahyang ditemani anaknya Sephia disisinya.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Elly dan pasangan segera mendirikan rumah tangga.

Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada November 2014.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

Bintang Gegar Vaganza 3 (GV3), Elly Mazlein memberikan bayangan hatinya kini sudah miliki.

Menerusi entri terbaharu di Instagram, Elly mendedahkan jejaka berbaju biru lembut yang ‘disembunyikan’ wajahnya itu merupakan kekasihnya.

“Ini Papa ya, boyfriend Mama. Sambil tangan memetik bunga kekwa sambil menyelit bunga itu di cuping telinga.

“Ini bukan Uncle Butuq (daddy).

“Moga bahagia milik Putra Sara Sefhia dengan lelaki baru dalam hidupnya,” tulis Elly bersama tanda pagar #AwanNano dan #TqPapa.

Elly juga turut berkongsi perubahan anak tunggalnya, Sefhia yang kini lebih akrab dengan lelaki terbabit.

“Kakak Lina nak tanya, anak ni kalau ada papa baru dia, mama memang kena pandai-pandai bawa diri ya. Memang tak laku ya…

“Kalau nak makan tak nak duduk dekat baby chair, mesti nak duduk dekat riba Papa.

“Lepas tu asyik nak dukung je, tak mahu jalan. Memang macam tu ke?

“Kak Lina tanya sebab tak pernah merasa sebelum ini,” soal Elly.

Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada November 2014.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

Sumber:astrogempak via menujukebenaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *