“Siput Sedut Berjaya Lolos” – Wanita Ini Kongsi Kisah Siput Sedut Yang Melarikan Diri Dan “Menawan” Lantai Rumahnya

Tahun 2018 telah melabuhkan tirainya tepat jam 12 am td. Mungkin banyak kisah suka dan duka yang dialami sepanjang tahun ini dan sukar untuk dilupai.

Namun, semua itu telah berakhir. Tahun baru 2019 adalah tahun untuk anda kembalikan lagi semangat yang telah hilang dan berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Mungkin ada kenangan yang tidak boleh anda lupakan. Sama ada kenangan manis, pahit mahupun kenangan yang membuatkan anda tertawa setiap kali mengingatnya.

Ada tak apa-apa perkara yang masih mampu untuk buatkan anda ketawa sampai tak ingat dunia bila teringat kembali? Hehe.

Seperti perkongsian seorang wanita di laman Facebook miliknya tentang situasi kelakar yang dihadapi olehnya serta suami pada hari terakhir tahun 2018. Lawak habis!

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Menurutnya, sebelum ini jika dia membeli siput sedut, pasti akan dimasak terus pada hari yang sama. Tidak pernah disimpan untuk hari seterusnya.

Namun kali ini agak berbeza selepas ibunya sendiri bertanyakan kepada penjual siput sedut bagaimana caranya untuk menyimpan siput sedut untuk dimasak pada hari berikutnya.

“SIPUT BERJAYA MELOLOSKAN DIRI!”

Termenung sekejap tengok siput2 tu. Lepastu pandang muka suami, pandang siput..tak boleh tahan nak gelak, macam nak pngsan laki bini tak boleh berhenti dari ketawa…

Can’t brain. Dah lah jalan slow..ada hati lagi tu nak larikan diri. HAHAHA.

Rupanya petua penjual itu langsung tidak boleh dipakai, hampeh!

Dia ajak semua geng2 dia…takde 1 pun yang tinggal dalam baldi.

Kedua pasangan ini terpaksa bertungkus-lumus untuk kutip ke semua siput yang lolos..

Bila dah penat bersihkan rumah, makanlah! Apa lagi..

Kutip siput dalam rumah ea, bukan kat hutan bakau. 1 rumah bau lumpur… Lepas dah kutip semua terus bersihkan dan rendam dengan air garam dulu. Dah siap bersihkan rumah baru masak..berejam juga lah…tu yang sampai tak sempat tunggu nasi masak.

Cerita lawak 2018 yang mungkin tidak akan pernah dilupakan. Tak tahan betul nak gelak!

“Kenapa tak tutup baldi?” Ini jawapannya..

Terguling-guling bila baca. Ada juga yang macam ini eh!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Facebook نور إيفا أشكين نتشا via SAYS