‘ehehehehhehehehhe’ ade suara mengilai saat pintu kereta dibuka , nak masuk rumah pulak tiba2 dgr suara menangis, ‘huhuhuhu sob sob’ sedu sedan ‘dia’ menangis.

Kisah saya mungkin agak panjang sedikit. Maaflah kalau tak best. Saya cuma berkongsi pengalaman. Aku orang KL. Bertemu jodoh nun seberang lautan sana di Kuching, Sarawak. Husband aku Bomba. Yang tengah glamour sekarang ‘Abang Bomba I Love You! ‘.

Ok cukup2 lah nak perasan. Aku ni kahwin muda. So umur 19 dah kahwin terus ikut husband posting ke salah sebuah daerah di pedalaman Sarawak. Permulaan tinggal di pedalaman tak pernah lah jumpa atau mengalami kejadian aneh. Walaupun kuarters bomba yang aku duduk tu berdepan dengan rumah myat hospital daerah tersebut. Hanya jalanraya yang jadi pemisah.

Pada tahun 2008, husband aku dapat surat pertukaran ke daerah S. Bukan bandar Kuching. Memakan masa sejam jugaklah dari daerah S nak ke Kuching dari kuarters baru tu. Kuarters yang baru aku duduk ni baru siap dibina pada tahun tu jugak. Balai bomba dan kuarters ni terletak di atas bukit yang dulunya hutan tebal. Jadi kami lah penghuni pertama. Memang agak baru rekaan kuarters yang berkonsepkan moden ni. Kuarters ni ada flat 3 blok, teres 1 lot, dan banglo untuk OC Balai. Kami dpt teres. Masa mula2 diberi pilihan, husband aku pilih rumah no.3. Aku pon excited lah. Maklum lah dapat rumah teres. Tak adalah penat aku naik tangga. Hehe.

Mula2 duduk di kuarters tu tak ada lah aku alami apa2 gangguan. Teres aku tu ada 4 je penghuni. Dari rumah no.1, no2, dan paling hujung no.7. Flat yang 3 blok tu pun tak ramai orang. Sebab kebanyakan yang dapat pindah sini orang tempatan. Masing2 duduk rumah sendiri. Ada lah dalam 7-8 orang yang duduk flat berdepan dengan rumah aku ni.

Cerita aku bermula bila setiap kali husband aku kerja malam mesti aku akan dengar suara2 kat luar rumah. Macam orang bercakap dan menangis. Tapi aku abaikan. Mungkin aku berimaginasi. Aku fikir positif. Tapi bila aku keluar petang2 pergi taman permainan bawak anak2 aku, jumpa akak yang duduk flat depan aku ni mesti dia akan cakap, “Dira, meriah rumah kau semalam ye. Akak dengar anak kau main2 sampai pukul 3 pagi ketawa2, menjerit-jerit. Lewat jugak anak2 kau tidur”. Aku macam haa? “Eh, tak ada lah kak, semalam kitorang memang tidur lewat pukul 2 macam tu tapi budak2 dah lena pukul 11 malam lagi”. So akak tu buat muka terkejut macam kena renjatan elektrik. Hehe.

Cerita tak habis kat situ je. Bila husband aku pulak mengalami gangguan kat balai pulak. Husband suka main gym malam2. Sebab kawasan yang aku tinggal ni kurang kes2 kebakaran dan kemalangan. Jadi husband main gym malam2 utk tingkatkan stamina. Masa husband aku tengah leka dengan treadmill, dia nampak satu lembaga putih rambut panjang berdiri sebelah cermin dia. Tapi dia abaikan sebab dia pon fikir dia berimaginasi. Kitorang selalu keluar petang2 dan balik malam2. Yelah jarak masa dengan rumah mertua hanya sejam. Jadi petang2 kalau husband off duty aku ajak husband ronda2 Kuching. Singgah rumah mak mertua pastu pukul 1-2am aku gerak balik kuarters.

Satu hari tu, junior husband aku cerita kat husband aku. Nama dia Ina. Dia cakap kat husband aku “Cikgu, saya selalu dengar bunyi pelik2. Bunyi orang ketawa, bercakap. Bunyi lain macam sangat”. Husband aku dan kawan dia pon menyakat lah. “Alah tak ada apa lah Ina. Bunyi angin je tu. Kan Zan?”. Husband aku and kawan dia dok pakat gelakkan si Ina ni. Ina sambung lagi, “bukan lah cikgu, bukan bunyi angin saya tau lah angin lain. Ini lain macam sangat”. Ina memang takut nak cakap. Tiba-tiba mulut celupar husband aku dengan kawan dia ni makin berani pergi cakap kat Ina ni. “Kalau bukan bunyi angin, hantu lah tu”. Hahahhaa terhambur gelak dua orang sahabat yang tak sedar keceluparan mulut diorang tu. Ina malas nak layan terus balik rumah.

So, hari tu husband off duty. So kitorang plan nak pergi Kuching jalan2 and bermalam rumah mertua. Barang2 semua dah bawak. Sampai rumah mertua dah relax2 nak tido tiba2 aku rasa lain macam. Aku teringat kat rumah. Aku nak balik je. Aku ajak husband aku. Dia tak nak. Aku paksa jugak. Masa tu anak2 dah tidur lena. Aku kemas barang2 terus masuk bonet kereta. Masa tu nak tak nak husband terpaksa akur. Mak mertua aku sporting. Tak kisah nak bermalam pon dia ok nak balik pon tak kisah.

Masa tu pukul 1 pagi. So kitorang pun gerak balik kuarters. Dalam perjalanan balik masa lalu kat jalan yang sunyi aku ada perasan seorang perempuan rambut panjang dan berkain putih berdiri tepi pembahagi jalan. Muka dia aku tak nampak. So bila sampai je kat balai, sejuk dia lain macam sangat. Aku jadi seram tiba2. Bila husband masuk je kawasan kuarters tiba2 lagu Nubhan ‘Ada Untukmu’ yang masa tu tengah hangat di Akademi Fantasia dimainkan oleh DJ radio. Aku memang suka lagu tu. Sampai parking depan rumah aku tak bagi husband aku off radio. Aku nak dengar and nak hafal lirik lagu tu.

Husband aku malas nak layan dia tutup radio and matikan enjin. Bukak je pintu kereta, ‘ehehehehhehehehhe’ ade suara mengilai. Aku pun dengan celuparnya tanya husband aku, “suara apa tu bang?”. Husband aku jawab, “takde apa lah tu suara burung”. Aku makin tak faham. “Takkkan burung mengilai kot” husband aku dah bengang masa tu. “Binatang dalam hutan tu lah. Cepat turun, macam2 lah awak ni”. Aku pon macam merajuk lah jugak sebab tak dapat dengar lagu peberet tu.

Aku keluar kereta bawak anak yang berusia 5 bulan. Husband bawak yang sulung. Baru je nak masuk rumah tiba2 suara menangis, ‘huhuhuhu sob sob’ sedu sedan dia menangis. Aku and husband apa lagi bukak pintu melompat masuk dalam rumah. Nasib anak2 lena. Lepas tu husband nak keluar nak ambil barang dalam seat belakang. Dia ajak aku temankan. Takut lah tu. Baru depan pintu ‘dia’ mengilai terkekek-kekek ketawakan kitorang ‘eheheheeeh ahahahahah’.

Apalagi. Kitorang tutup pintu terus duduk depan ruang tamu. Takut nak naik tingkat atas. Jarak ruang tamu dengan pintu 1 meter. Tiba2 ‘dia’ ketuk pintu 3 kali. Lepas tu bunyi cakaran kat pintu. Lampu luar terbukak bila aku intai bawah pintu tak ada bayang apa pun. Aku dah menangis ketakutan. Husband bukak surah yasin dalam handphone. Benda tu tak lari pon dia makin galak sakat kitorang.

Then husband aku call balai and minta kawan dia datang rumah tengok2 kan. Kawan husband ni berani sikit sebab dari kecik dah terbiasa dengan kejadian aneh ni. Dia pon tinggal kat sebelah kawasan perkuburan kat kampung. Memang kental lah kot. Lepas 10 minit Ijal datang ketuk pintu bagi salam. Rasa lega sikit. Lepas Ijal buat tinjauan memang tak ada apalah. Kitorang pun tidur dalam ketakutan malam tu.

Keesokan hari husband pergi balai nak tengok CCTV kat kawasan kitorang. Heboh satu balai nampak bola berapi kat atas salah satu flat. And kawan husband yang sama mulut celupar pun kena kacau. Dia lagi dahsyat. Waktu yang sama aku balik dia nampak anjing dua ekor warna hitam berkeliaran dalam kawasan balai. Sedangkan memang tak ada anjing kawasan kuarters sebab tidak dibenarkan pelihara dalam kawasan kuarters. Masa si Zan nak tidur dia rasa semacam. Bila terlentang dia terkejut ‘benda’ tu muncul depan mata dia. Rambut panjang, kain putih and paling seram muka dia buruk sangat. Zan ni bacalah ayat2 al-quran lepas tu dia pun tak sedar sampai pagi.

Sepanjang hari tu kecoh sorang2 bukak cerita. Bila pukul 2 pagi je macam2 lah dengar suara budak menangis, anak-akak yang duduk flat nampak orang berkeliaran dekat depan kawasan rumah aku. And yang paling seram masa Kemas adakan program tabika, diorang pakai dewan yang ada dekat balai bomba ni. Nak dijadikan cerita, ada satu blok kuarters ni memang kosong tak ada penghuni. Tiba2 akak Iama yang duduk flat ni nampak budak tadika ni naik tangga blok kosong tu. Sampai tingkat 5 budak tu panjat tebing nak terjun. Akak tu menjerit semua terkejut. Semua yang ada terkaku sebab pelik dia sorang umur 5 tahun boleh panjat tebing yang tinggi tu.

Keadaan dia masa tu tengah peluk tebing tu sambil meniarap. Ada pegawai2 bomba bergegas naik atas nak selamatkan budak di balai sendiri. Bila bawak turun tanya budak tu dia cakap ada perempuan ajak dia naik. Dia dukung letak atas tebing and suruh terjun kat bawah. Wah, aku memang meremang. Dah lah kes aritu tak abis lagi datang pulak yang baru. Lepas pada kes aku, Zan and budak nak terjun tu, husband panggil ayah mertua aku datang. Ayah mertua ni ada pandai lah bab2 ni. Dia pagarkan setiap penjuru dengan ayat kursi dan cara perubatan islam. Aku masa tu memang lemah semangat terus. 5 bulan je aku duduk kuarters tu, rezeki husband dapat transfer ke KL. Memang berita gembira buat aku sekeluarga.

Lepas aku dah pindah KL, setahun sekali kitorang balik Sarawak jenguk mertua aku. Mesti singgah kuarters ni. Rindu kenangan masa duduk sini. Husband nak jumpa kawan lama. Bila round2 sekitar lot teres tengok rumah no.3 aku dah ada pegawai duduk. Yang hairan semua pokok hiasan yang diorang tanam masa mula2 rumah ni dibina dah tak ada. Semua dah ditebang. Bila husband tanya kawan2 diorang cakap benda tu datang balik. And tempat benda tu menginap selama ni depan pintu rumah aku. Kat pokok hiasan tu. Aku punya lah meremang. Mungkin sebelum kuarters ni dibina, hutan tebal ni memang kawasan ‘dia’. Nasib dah pindah KL baru tau. Kalau tak memang aku paksa husband aku duduk rumah mak dia. Hehehehe.

Ok tu jelah cerita aku. Maaf lah kalau tak best and rasa bosan. Wassalam.