‘Tak boleh, kerja ini (rider Food Panda) hanya untuk orang yang tak rajin belajar dan orang yang keluar dari penjara’ – kata si ibu kepada anaknya

Buatlah kerja apa pun, asalkan pendapatannya halal dan boleh menampung keperluan sara hidup sendiri dan bonus jika dapat menampung keluarga.

Ibu bapa sepatutnya mendidik anak dengan baik, bukannya mendidik mereka memandang rendah terhadap pekerjaan orang lain.

Apa yang berlaku kepada pekerja penghantar makanan Food Panda ini sememangnya tidak boleh diterima akal. Tidak sepatutnya seorang ibu berbuat demikian lebih-lebih lagi memalukan orang lain di depan anaknya.

INI BEBENANG tentang kisah yang berlaku tempoh hari.

Anak: “Mak, kalau saya dah dewasa nanti, saya nak kerja macam dia boleh?” katanya sambil menunding jari ke arah saya yang memakai seragam Food Panda.

Mak: “Awak tak boleh buat kerja seperti ini. Ini adalah kerja untuk orang yang tak pernah rajin belajar dan orang yang baru keluar dari penjara,” katanya.

Excuse me?! Hahaha. Tak faham kenapa orang beranggapan sedemikian. Saya berusia 17 tahun, sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma. Saya bekerja separuh masa dengan Food Panda untuk menampung perbelanjaan harian saya.

Saya tidak mahu bergantung pada ibu bapa kerana saya mahu belajar berdikari dan keluarga pula mengalami masalah kewangan.

Untuk orang yang baru keluar dari penjara, tak pernah belajar rajin-rajin, ya, tak semuanya begitu. Malah, ramai di antara kami masih belajar dan ini hanyalah pekerjaan separuh masa. Kami memilih bekerja dengan Food Panda kerana bayarannya yang lumyan dan waktu kerjanya fleksibel.

Adakah begini pandangan masyarakat terhadap petugas penghantar makanan? Sekurang-kurangnya kami berusaha menghantar pesanan makanan pelanggan walaupun dalam cuaca hujan.

Ada sesetengah pelanggan menyangka kami memandu kereta atau menaiki perkhidmatan awam serta mula membebel apabila paper bag pesanan makanan mereka basah, lalu membuat aduan kepada pengurus kami. WTF?

Malah ada yang pelanggan yang marah bila pesanannya lambat tiba sedangkan cuaca pada waktu itu hujan. Kenapa tidak awak cuba menunggang dalam cuaca hujan dan beritahu saya bahaya ke tak menunggang dalam keadaan seperti itu?

Kepada pelanggan, apabila anda membuat pesanan dari Food Panda pada waktu itu pula cuaca hujan, tolonglah faham mengapa pesanan lambat tiba. Bukannya semua rider yang mahu bekerja dalam cuaca hujan kerana bimbangkan keselamatan diri mereka.

Balik ke cerita dalam lif tadi. Dah kenapa kamu cakap dan anggap semua pekerja penghantar makanan seperti sampah masyarakat? Rupa-rupanya orang-orang macam kau inilah yang menjadi penyakit dalam society sekarang. Hanya kerana kamu seorang surirumah atau mempunyai pekerjaan yang lebih stabil dari saya.

Tergamak menganggap kami seperti sampah dalam masyarakat sedangkan kami yang menyenangkan/memudahkan hidup kamu dengan menghantar pesanan makanan kamu apabila kamu tidak dapat mendapatkan makanan itu sendiri.

Belajarlah menghargai orang. Jangan memandang rendah orang lain seperti itu.

Sumber: @ahmsafiyybr