Suasana sayu iringi “pemergian” anak anak syurga yg lmas di Pantai Sura

RANTAU PANJANG – Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkburan Islam Kampung Rahmat di sini semasa pengkbumian jenazh tiga beradik yang lemas dalam trgedi di Pantai Sura, Dungun, Terengganu.

Jenzah tiga beradik itu, Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sufia Zawawi, 8, dan Nurain Sasabila Zawawi,5, selamat disemadikan dalam satu liang lahat pada jam 6.55 petang.

Terdahulu jenzah tiga beradik itu tiba di Kampung Rahmat pada jam 6.15 petang dan kemudian disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkburan.

Lebih 300 sanak-saudara termasuk penduduk kampung hadir ke pengkebumian tersebut. Solat jenazah diimamkan Adun Gual Periok, Datuk Muhammad Awang.

Semalam, tiga beradik ini lem4s selepas ditelan ombak besar ketika bermain di Pantai Teluk Lipat, Dungun.

3 beradik selamat dikbumikan

“Sebaik tiba dari Hatyai, Thailand, kelmarin, tiga cucu berebut memberi kekacang kepada saya dan mereka tidak putus memberi ciuman di pipi serta bersalaman.

“Ia menjadi kenangan terakhir kerana tiga beradik itu sangat rapat dan sering melawat saya serta neneknya,” kata Wahab Mat Adam, 80, datuk kepada tiga beradik yang lemas di Pantai Sura Tengah, Dungun, Terengganu, hari ini.

Wahab berkata, lima beranak itu singgah di rumahnya di Kampung Batu Lapan, Nilam Puri, Kota Bharu untuk memberi buah tangan yang dibeli di Hatyai.

Katanya, sebelum azan Maghrib, anaknya, Zawawi Wahab, 42, menantu, Nur Syahida Abdullah, 36, dan tiga cucu masing-masing, Nur Ain Fatma Zawawi, 10, Nur Ain Sofea, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, pulang ke rumah mereka di Kampung Pangkal Pisang, Peringat.

Wahab berkata, tiga cucunya itu sangat peramah dan tidak menunjukkan sikap pelik.

Katanya, beliau mengetahui kejadian yang menimpa tiga cucunya jam 8 malam semalam selepas dimaklumkan seorang cucunya.

“Pakcik tidak pergi ke Dungun kerana menghidap sakit jantung dan menunggu di rumah. Saya reda dengan kejadian ini dan berharap anak serta menantu tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Terdahulu, tiga beradik berkenaan selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat, Rantau Panjang jam 6.55 petang, hari ini.

Jenazah mereka tiba di Masjid Mukim Kampung Rahmat pada jam 6.15 petang diiringi ibu bapa dan ahli keluarga dari Hospital Dungun, Terengganu.

Jenzah mereka kemudian disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan yang dihadiri kira-kira 300 orang termasuk ibu bapa, ahli keluarga dan penduduk kampung.

Ibu tiga kanak-kanak itu hampir pengsan sebaik melihat tiga jenazah anaknya masuk ke dalam liang.

Sementara itu, sepupu mngsa, Ahmad Syafiq Abdul Aziz, 23, berkata ketika kejadian beliau sedang tidur di rumah inap di depan Pantai Sura.

“Ibu saudara mengejutkan saya dan memaklumkan tiga sepupu ditarik ombak. Tanpa berlengah saya berlari dan terjun ke pantai.

“Saya mencuba sebanyak tiga kali termasuk menggunakan pelampung, namun ditolak ombak naik ke atas. Saya dapat lihat tiga sepupu itu berada di tengah-tengah laut,” katanya.

Moga roh mereka dicucuri rahmat.Alfatihah buat anak anak syurga.