“Luluh hati kenang semua anak ‘pergi’ tinggalkan kami sekelip mata” – Trgedi 3 Beradik Lmas di Pantai Sura

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah keadaan yang menimpa keluarga tiga beradik yang dilaporkan mti lmas petang semalam.

Menurut Astro AWANI dalam kejadian yang berlaku jam 6.40 petang Ahad, tiga beradik ini dilaporkan lmas lepas ditelan ombak besar di Pantai Sura, Dungun, Terengganu.

Myat terakhir ditemui kurang daripada masa 24 jam

Myat pertama iaitu Nurain Sofia Zawawi, 8,P ditemui terapung kira-kira 5 km daripada lokasi mngsa dilaporkan hilang sekitar jam 7.38 pagi. Manakala myat kedua, Nurain Salsabila Zawawi, 6, dijumpai pada 9.20 pagi dan myat terakhir, Nurain Fatma, 10, pula ditemui jam 11.05 pagi tadi.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Sharikan Bustaman, kesemua mngsa berjaya ditemui dalam tempoh kurang 24 jam. Dungun ini katanya ialah kawasan popular untuk bermandi-manda serta memang kerap berlaku kejadian mti lemas di sini. Allahu….

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Facebook

“Biarpun sedih, saya kena terima ketentuan ini dengan tabah”

Kejadian yang menimpa 3 beradik telah membuatkan ibu anak-anak tersebut, Nursyahida Abdullah begitu terkesan hingga hampir pengsan, namun berjaya dipapah suaminya Zawawi Wahab selepas menerima berita kejadian.

Sumber:Astro AWANI

Menurut Zawawi, dia menerima berita mengenai kehilangan anak-anaknya tu dalam jam 7 malam semalam.

“Biarpun sedih, saya kena terima ketentuan ini dengan tabah. Insya-Allah anak-anak saya itu akan mendoakan untuk bertemu dengan kami di syurga.

“Saya dan isteri, Nur Syahida Abdullah, 35, sangat terkejut menerima berita sedih yang menimpa anak kami dan saya tidak putus berdoa supaya mereka ditemui selamat.

“Kali terakhir saya menemui mereka bertiga pada pagi kejadian ketika saya membawa mereka membeli buku pelajaran,” katanya.

Sumber: Facebook

Baru pulang bercuti di Hatyai, tak sangka semua ‘pergi’ serentak

Kata Zawawi lagi, dia telah mengizinkan anak-anak untuk ikut ibu saudara dan beberapa ahli keluarga lain untuk bercuti di Dungun lepas dijemput kawan yang berada di sana. Mereka pulak tak join trip tersebut sebab penat selesai uruskan hal persekolahan anak-anak.

Sumber:Facebook

Pun begitu, lepas terima berita sedih tersebut, dia dan isteri terus bergegas ke Dungun dan tiba dalam jam 1 pagi.

Ketika itu luluh hati saya dan isteri apabila mengenangkan kesemua anak saya pergi meninggalkan kami sekaligus dalam sekelip mata.

Alhamdulillah kesemua anak saya telah dijumpai dan biarpun tidak bernyawa sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka semua,luah Zawawi.

Sumber: Astro AWANI

Tiga beradik berpelukan sebelum ditelan ombak

DUNGUN: “Mereka berpelukan sebelum ditelan ombak,”, kata Aqif Khairullah Azhar, 7, sepupu kepada tiga beradik yang ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Sura Tengah, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.40 petang, tiga beradik terbabit, Nur Ain Fatma Zawawi, 10, Nur Ain Sofea Zawawi, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, dari Kampung Pegal Pisang, Peringat, Kelantan, dikhuatiri lmas dan gerakan mencari dan menyelamat mngsa segera dilakukan pihak berkuasa.

PASUKAN mencari dan menyelamat bersama penduduk Kampung melancarkan gerakan mencari tiga beradik yang dikhuatiri lemas di tepi Pantai Sura Tengah.

Tiga beradik terbabit mengikuti ibu saudara mereka bercuti dan menginap di sebuah rumah inap di depan pantai terbabit.

Aqif berkata, dia bersama kakaknya Anis Maisarah, 8, serta tiga beradik itu berada di tepi pantai dengan ditemani seorang ibu saudara mereka.

“Mula-mula Nur Ain Sasabila bermain di tepi dan dua kakaknya datang untuk mengajak adiknya itu naik ke tebing.

“Tiba-tiba ombak besar datang dan memukul mereka sebelum ditarik ke laut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, bapa Aqif, Azhar, 43, berkata, mereka datang bercuti di Dungun dengan menaiki lima kereta.

“Kedua-dua ibu bapa mereka (mngsa) tidak turut serta. Kami tiba di homestay kira-kira jam 5 petang.

“Saya dan isteri dengan anak saudara serta ipar yang lain berehat di homestay itu, manakala dua anak dan mangsa turun ke pantai,” katanya.

Katanya, ketika terlelap dia dikejutkan isterinya yang memaklumkan tiga anak saudaranya dihanyut ombak.

“Saya bersama ahli keluarga yang lain turun ke pantai dalam jarak 300 meter dan mendapati ketiga-tiga mangsa sudah hilang.

“Saya meminta ahli keluarga yang lain supaya segera menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun, Saifuddin Mohamad, berkata bomba terima panggilan kira-kira jam 7.14 petang.

Katanya, seramai 10 anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.Katanya, anggota polis dengan bantuan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.

Kami dari Tribune Malaya ingin mengucapkan takziah buat keluarga Zawawi atas kejadian yang menimpa. Semoga roh anak-anaknya dicucuri rahmat dan mereka sekeluarga tabah hadapi ujian ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman..Al Fatihah…

sumber : lobakmerah