“Betul ke ni , Abah mimpi ke apa…”.- Anak Hadiahkan Kereta Menjelang Tahun Baru, Ramai Sebak Lihat Reaksi Ayahnya

Kalau masa kecil ibu bapa kita telah berk0rban wang ringgit dan masa demi membesarkan kita, tak ada salahnya kalau sudah besar kita ambil waktu ini untuk membalas jasa mereka pula.

Jadilah seperti anak-anak kepada pakcik ni. Terharu dan sebak admin tau lepas tengok video yang viral di Facebook ni apabila si anak hadiahkan bapa mereka sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Allah… betul ke ni? Abah mimpi ke apa”

Menerusi video yang telah viral semalam, anak kepada pakcik yang bertuah ni tiba-tiba dilihat menyerahkan segugus kunci pada bapanya yang nampak agak blur je pada awalnya bila tengok sebuah kereta warna biru kat depan rumah.

Bila anaknya explain, ni kereta abah, terus pakcik ni menangis tersedu sedan.mungkin kerana Tak percaya sungguh dapat kereta Perodua Bezza kerana sebelum ni menurut posting yang viral tu, dia hanya memakai kereta Perodua Kelisa je. Allahu… terusik betul perasaan admin melihat situasi itu.

Sumber: Facebook

Nampak tak Kelisa warna silver kat belakang tu?

“Inilah namanya anak penyayang, kenang jasa ibu ayah. Tak berkira wang harta pada ibu ayah”

Perkongsian tersebut rata-rata telah mendapat perhatian netizen yang tersentuh dengan kasih sayang yang ditonjolkan anak pakcik ni kepada bapa mereka. Sempat jugak ada yang mohon doa supaya mereka diberikan kesempatan yang sama.Diberi kesempatan , Dapat menggembirakan hati ibu dan ayah yang banyak berk0rban semasa muda.

Antara komen netizen:

Sumber: Facebook

Kasih ayah dan ibu tiada tandingnya.Ingatlah jika kita kdekut dengan orang tua , maka sempitlah rezeki kita nanti.

Semoga kisah ini jadi inspirasi buat semua. Beruntung ayah dpat anak2 mcm nie.

Kredit Kobak merah