Tular Saat Seorang Lelaki Cuba Menarik Seorang Bdak Prempuan Di Dalam Perkarangan Mas.jid

Netizen menggesa pihak Masjid Seri Melati, Selayang, membuat laporan polis berhubung tindakan seorang lelaki yang didakwa cuba melakukan perbuatan yang tidak baik terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan, kanak-kanak itu sedang bermain di perkarangan masjid sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali.

Ketika kejadian, sedang berlangsung program Usrah Guru Pasti Selayang.

Lelaki terbabit datang dan cuba mengheret kanak-kanak berkenaan, namun disedari oleh oleh wanita yang dipercayai ibu kanak-kanak terbabit, yang terus mengambilnya dari lelaki itu.

Menurut sumber, lelaki itu adalah pemegang kad OKU dan mualaf dan tidak dapat dipastikan pada waktu itu suspek berada dalam keadaan dipengaruhi alkhol atau tidak.

Namun sumber berharap penjelasan itu tidak menimbulkan salahfaham dan ketegangan dalam kalangan masyarakat dan penduduk.

PENJELASAN MENGENAI KEJADIAN CUBAAN MENCVLIK YANG BERLAKU DI MASJID SERI MELATI.

Assalamualaikum WBT, kejadian mmg berlaku dan gambar tersebut adalah dari cctv masjid.

Sewaktu kejadian sedang berlangsung program Usrah Guru Pasti Selayang. Seorang anak cikgu sedang bermain diluar dan kemudian datang seorang lelaki india yang tidak dikenali masuk ke perkarangan masjid dengan memakai selipar.

Cuma lelaki india tersebut adalah seorang pemegang kad OKU dan mualaf. Kita tidak pasti sama ada dia dlm keadaan mbuk atau tidak.

Apa yang sedang berlaku, rakaman video tersebut diviralkan dengan pelbagai versi termasuk ancaman berbaur perkauman sedangkan suspek adalah seorang mualaf.

Diharapkan penjelasan ini tidak menimbulkan salah faham dan ketegangan dalam kalangan masyarakat dan penduduk.

Semoga kita semua dapat menjaga hubungan antara kaum.

Antara komen netizen:

Zalfaa Nor Rihaadatul A’isy –Kejahatan berlaku bukan sebab ada niat dari si pelaku, tapi sebab adanya ksempatan..Ini yg saya nampak, dlm kes di atas.

Nurleela Ng – Buat repot cepat.. takut lain kali lg bnyk kes2 cm ni.. sbp bila g mesjid kita bk solat bila ada anak2 x selamat nti.. kita kan solat kena kusyuk x ble nk tgo2 anak kita..Sy pun jd takut nk g mesjid sbp takut jd cm ni.. klu bwa anak sy.. terpaksa la batalkan niat..

Muhammad Norpazmil – Sebelum ni rasa masjid dh selamat dah. Slalu bwk ank2 lpas kt masjid. Dh oerlu letak pengawal dekat setiap masjid. Byk kes skrg duit tabung kena pecah, ni kes culik plak.

Mida Zuriatul –Ini bukan pencvlikan maybe cubaan mencbul di perkarangan masjid juga. Harap ibubapa sedar sikit, anak2 bawah 12 tahun jangan la lepas bebas di masjid. Ini secara umum, selain menggangu jemaah kalau bising, bahaya juga anak2 ini ke tandas sendirian. Kita tak tahu niat org ke masjid tu nak beribadah ke nak cari mangsa. Berhati-hatilah, bukan anak2 je semua wanita juga.

Sumber Vide0: Info Roadblock JPJ/Polis