Foto Majlis Keraian Resepsi Anak Gadis Julia Rais, Tengku Puteri Iman Afzan

Suatu ketika dahulu, kami pernah menyiarkan sebuah artikel dimana pelakon veteran, Julia Rais mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah. Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera danTengku Ilyana merupakan antara puteri diraja yang tercantik di dunia dan baru-baru ini salah seorang daripada mereka selamat diijabkabulkan.

Tengku Iman Secocok Dengan Tengku Bakar!

Yang dimaksudkan adalah Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, 26 yang telah disatukan dengan pasangan pilihannya, Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah , 32 pada 24 Ogos yang lalu. Pasangan diraja itu selamat dinikahkan oleh Tengku Abdullah sendiri dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

Manakala semalam berlangsungnya keraian majlis resepsi yang cukup meriah antara mempelai. Turut hadir adalah pelakon dan pengacara Neelofa.

Gaun Pengantin Masih Sentuhan Rizalman

Melihatkan pada gambar-gambar yang dikongsi di media sosial, ramai yang memuji kecantikan Tengku Iman apatah lagi menggayakan busana gaun pengantin yang mendapat sentuhan Datuk Rizalman menaikkan lagi seri ‘puteri diraja’ nya.

Persis sebuah kisah dongeng seorang puteri menemui putera yang dikasihi, kedua-duanya kelihatan begitu secocok sekali. Didoakan buat jodoh pasangan diraja Pahang ini berkekalan sehingga ke anak cucu. Merafak ucapan tahniah buat Tengku berdua!

3 Puteri Diraja Ini Sebnarnya Anak Kpd Pelakon Veteran Terkenal

Disebalik penganugerahan darjah-darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Istana Pahang kepada penerima-penerimanya termasuk selebriti tanah air, tertarik dengan sejarah keluarga diraja Pahang yang turut berkait rapat dengan beberapa orang selebriti.

Keluarga Besar Tengku Mahkota Pahang

Untuk anda yang tidak tahu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah mempunyai 10 orang cahaya mata. Hasil perkahwinan Baginda bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah pasangan diraja ini dikurniakan enam cahaya mata, 4 Putera dan 2 Puteri.

Walaubagaimanapun, putera sulung baginda berdua,Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah yang dilahirkan pada 24 Julai 1990 mangkat pada hari yang sama. Pasangan diraja ini juga mempunyai seorang anak angkat lelaki iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang merupakan anakanda bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah

3 Puteri Diraja Ini Warisi Kecantikan Bonda

Tengku Abdullah juga mempunyai isteri kedua yang juga pelakon veteran terkenal, Cik Puan Julia Rais. Nama Julia Rais sering kali menjadi perhatian suatu ketika dahulu menerusi drama yang dilakonkannya.

Hasil perkahwinan baginda bersama Julia Rais, baginda dikurniakan 3 puteri yang sama cantik seperti bonda mereka. Perkenalkan, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana Tengku Abdull

Sumber: Hangat, instagram imanabdullah, neelofa