Zamani Hilang Suara Atas Pentas, Satu Dewan Sebak Dan Bagi Semangat Bantu Beliau Menyanyi

Konsert mingguan Gegar Vaganza 2018 musim kelima (GV5) telah memasuki minggu ke-5 pada hari Ahad, 28 Oktober 2018 sambil menyaksikan 9 peserta akan membuat persembahan vokal dengan tugasan lagu masing-masing

Persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-5 ini melibatkan 9 peserta berikutan Shafie Rio telah diumumkan tersingkir selepas mendapat markah terendah pada konsert minggu yang lalu

Masuk minggu ke 5 ini, antara peserta paling ditunggu adalah Zamani Slam. Zamani bakal menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal Fredo, Flybaits.

Tiba saat gilirannya mendendangkan lagu itu, Zamani muncul di pentas tanpa sebarang tanda beliau ada masalah kesihatan. Namun ketika dia baru hendak memulakan nyanyian, suaranya seakan hilang terus. Zamani dilihat langsung tidak dapat menyanyi.

Walupun beliau cuba untuk mengeluarkan suara namun tetap gagal. Satu dewan kemudian bangun bagi sokong terhadap Zamani menyanyi sama-sama.

Kemudian Nabil dan Jihan dilihat keluar ke pentas dan menemani Zamani yang langsung tidak dapat menyanyi waktu itu. Kesian dan sedih, itu ungkapan yang dapat dikatakan terhadap situasi itu.

Rata-rata peminat setia Zamani Slam dikatakan mengalirkan air mata melihat keadaan penyanyi pujaan mereka kaku di atas pentas dengan alunan muzik masih kedengaran.

Walaupun kurang sihat, Zamani tetap berjaya menawan hati seluruh penonton yang hadir. Menurut komen juri undangan iaitu AC Mizal, beliau bangga dengan Zamani kerana keberaniannya.

Jom lihat video di bawah.

1) respect to dtk AC,dtk cath & dtk Ramli ms…semoga zamani tidak terkeluar minggu ni..bukan dia pinta terjadi begitu.

2) smpai mngigil badan zamani td kesian nye.. smoga cepat smbuh dan tiada penyingkiran

3) Sedey gilaa… Xsedaq langsung ayaq mata jatuh sendiri.

4) Sedihnya tgk zamani. Sebak kot masa nie

Sumber: astrogempak