Kalau Tak Diuji dengan Anak, Diuji dengan Suami dan Mertua

Foto hiasan

Assalamualaikum. Nama sis, Julia (bukan nama sebenar). Meriahkan IIUMC dengan kisah rumahtangga lately ni? Haha. Sini sis nak kongsikan realiti hidup berumahtangga.

Alhamdulillah sis dah berumahtangga selama 4 tahun. Masih belum dikurniakan cahaya mata lagi. Allah lebih mengetahui dan sebaik-baik perancang. Hidup kami suami isteri tak susah. Kiranya kewangan tu Alhamdulillah stabil, dapat mertua dan ipar duai pun Alhamdulillah penyayang. Kiranya bab family ni Alhamdulillah sangat , serba lengkap. Kecuali anak. Anak tu belum lagi.

Selama ni sis asyik rasa tak lengkap je hidup tanpa anak. Senang cerita bila saudara-mara jauh atau kawan-kawan sekolah tanya soal anak, sis memang akan tersentap habis. Menangis. Sedih la. Sampai ada yang keluar statement sebab sis ni tak subur dan suruh ikhtiar bermacam cara dari moden sampai lah ke tradisional. Result masih sama. Sis subur cuma belum ada rezeki. Tapi biasa lah masyarakat kita mana nak faham. Lambat dapat anak = tak subur. Tu je la modal yang sis kena hadap setiap kali orang tanya pasal anak . memang end up diorang akan cakap “takut kau tak subur” .

Tak masuk lagi yang kuat bandingkan dengan pasangan lain yg kahwin sebulan 2 dah bunting. Bila kena macam tu, lagi la pedih hati ni. Depan orang senyum gelak ketawa tapi the moment masuk kereta sampai lah ke rumah meraung menangis hati ni macam kena siat. Suami sis orang paling memahami . Bila sis breakdown pasal anak, dia akan tenangkan sis dengan bermacam cara. Bawak pergi makan angin, bercuti, belanja sis macam-macam yang sis nak , dan selalu cakap dengan sis “Allah nak bagi kita masa berdua tu panjang. Mayb bila kita dapat kembar sekaligus ?” Berbunga jugak hati ni bila terbayang walaupun takkan jadi kan Haha.

So nak dijadikan cerita dalam keadaan sis masih lagi tak move on dengan kepiluan soalan dari masyarakat tentang anak tu, suami bawak sis lepak dengan kawan-kawan yang dah berumahtangga. Sis sum up kan kat sini ya :

Kisah 1:

Kawan suami sis ni lelaki. Nama dia hadi, isteri dia Lin. Hadi dengan Lin ni baru kahwin. Tak sampai 1 bulan usia perkahwinan , Lin disahkan mengandung. Diorang sangat excited. Sejak dapat tahu bakal menimang cahaya mata, Lin asyik pos kat s0cmed pasal pregnancy journey dia. Tipu lah sis tak cemburu kan. Kita kahwin lama ni susah betul nak lekat haha. One day, Lin mula up status “meroyan” kat semua s0cmed dia. Twitter, story ig, fb.

Sis DM dia tanya what happend? Tak elok bukak aib rumahtangga kat public. Lepas tu dia Whatsapp sis cerita apa jadi. Dia cakap Mertua dia (diorang tinggal serumah dengan mertua) tak faham dia. Apa yang dia buat untuk baby untuk suami dia, semua mertua dia bantah. Semua benda mertua dengan ipar nak masuk campur. Sampaikan kewangan suami isteri pun mertua nak campur termasuklah gaji dia. Dia tak happy. Hadi pulak sedia maklum anak mak jadi apa yg mak dia buat dia ikut je. Walaupun Lin dah banyak kali mengadu, slowtalk tapi Hadi tetap dengan pendirian dia “mak lagi tahu segalanya”.

Benda ni berlarutan sampai bulan ke-7 pregnancy Lin. Lin cerita semuanya pada sis. Termasuklah sampai satu tahap dia nak gugurkan kandungan dia sebab tak tahan dengan kehidupan dalam rumah mak Hadi dan paksa Hadi lafaz cerai so nanti lepas bersalin Hadi boleh amik anak tu duduk dengan mak dia.

Sis terkejut dengar apa yg keluar dari mulut Lin. Anak tu kan anugerah. Jangan lah babitkan bayi tak berdosa tu dalam konflik rumahtangga. Setiap kali Lin luah semuanya pada sis, setiap kali tu sis suruh dia pandang hikmah. Cari hikmah tu. Sangka baik pada Allah. Ramai lagi yg nakkan anak tapi susah nak dapat. Sekurang2 nya anak tu ada untuk penyejuk hati daripada sikap suami dan mertua.

Alhamdulillah sekarang Lin dah bersalin. Tapi kehidupan dia masih sama. Mungkin tu ujian dia.

Kisah 2:

Yang ni kenalan sis dari tempat kerja lama. Nama dia Ika. Ika ni happy go lucky orangnya.. memang sentiasa ceria. Tapi mulut pun boleh tahan. Selepas setahun berkahwin Ika dikurniakan cahaya mata. Hidup dia macam orang normal pada mulanya. Kiranya masa tu usia perkahwinan sis dah 2 tahun. Dia suka bergurau tapi kadang kala gurauan dia makan dalam jugak bila tanya sis macam2 pasal anak. Kenapa sis susah dapat anak sedangkan dia dalam masa setahun je dah lekat.

Tapi sis senyum je. Bila anak pertama Ika cecah umur 7 bulan, Ika disahkan mengandung lagi. Dia bangga betul kat office umumkan pregnancy dia nombor 2 ni. Katanya hormon kuat. Tapi disebabkan jarak terlalu dekat, Ika takde masa nak uruskan keluarga. Dia berhenti kerja atas alasan nak fokus jaga anak. Taknak anak makan dari air tangan orang asing. sis tahu jugak perkembangan dia ni sebab dia tak left group whatsapp lagi.

Mula-mula kehidupan sebagai surirumah memang best Ika cerita. Timing kita yang handle sendiri. Boleh bangun lambat, tak perlu makeup duduk rumah etc … lepas Ika bersalin anak nombor 2, dugaan datang bila suami Ika kena buang kerja. Sebabnya tak diketahui mungkin Ika taknak cerita sebab sebenar.

Jadi masa tu Uber ada lagi. Suami Ika buat Uber sebagai fulltime. Memang susah nak cari kerja masa tu dengan pergolakkan ekonomi kat Malaysia ni semua peluang pekerjaan ditutup. Jadi tinggal lah Ika sorang diri kat rumah siang dan malam uruskan anak-anak( suami kerja siang malam full time) . Ika pulak buat kerja sampingan jual baju baby kat online. Semua benda dia kena uruskan sendiri yelah sebab suami dia kerja . Jadi bila dia pos barang pun kena bawak anak 2 orang.

Mungkin Ika tak boleh adapt situasi yang berubah secara mendadak, Ika di- diagnosed depression. Dia mengaku selalu pukul anak-anak bila diorang merengek, menjerit seorang diri. Kadang dalam kereta bila anak merengek nak susu, dia jadi meroyan dan menjerit sekuat hati masa tengah drive. Sekarang ni suami Ika cuma bekerja office hour saja sebagai debt collector. Malam tu dia bantu Ika uruskan anak sebab depression Ika agak teruk sekarang dan business online Ika pun diberhentikan buat sementara waktu sementara Ika pulih semula.

Kisah 3 :

Kisah ni paling sedih sekali. Kawan suami nama dia Mel. Mel ni cantik sangat. Kulit gebu muka manis badan kecik molek je. Sis tengok dia pun memang tak berkelip mata. Ada lah girl crush sikit haha. Mel ni sebaya sis. Dia kahwin almost 2 years. Lepas 2 tahun dia dikurniakan anak. Mel paling excited sekali. Dia tak habis2 bagi motivasi kat sis, suruh sis sabar banyak, doa banyak2 mintak anak yang soleh kat Allah lepas solat. Kiranya Mel ni bukan setakat cantik tapi budi pekerti sangat tinggi. Bertuah suami dia. Sekarang ni anak Mel baru 3 bulan.

One day tu Mel call sis menangis2 . Sis suruh dia bertenang dulu sebab sis tak dengar apa dia cakap disebalik esak tangis dia. Mel ajak jumpa. Kitorang jumpa kat rumah sis. Masa tu suami sis takde , pergi keluar “boys time” katanya. Mel sampai je rumah terus dia menangis sambil peluk sis. Dia cakap suami dia mintak cerai atas alasan takde hati lagi dengan Mel. Yang rupanya sepanjang preganancy Mel, suami dia dah ada perempuan lain.

Suami dia tak tahan bila Mel tolak ajakan untuk bersama sepanjang tempoh pregnancy tu dan tempoh dalam pantang. Bila Mel paksa suami dia cerita semuanya, suami dia mengaku dah terlanjur banyak kali dengan budak office yang dia selalu hantar document (suami dia dispetch) .

Istighfar sis banyak2 bila dengar. Sis call suami sis suruh balik sebab sis tak tahu menahu sangat soal perceraian semua ni apa perlu dibuat. Setengah jam lepas tu suami sis balik. Dia bagi nasihat kat Mel , bagi Mel rujukan kenalan untuk uruskan hal perceraian dia. Anak masih dalam pantang lagi baru 3 bulan Mel dah berstatus janda. Mel cakap memang dari first dia dapat tahu kehamilan dia, suami dia tak suka sebab risau faktor kewangan.

Bila sis down pasal anak, suami sis selalu ceritakan balik kisah2 rumahtangga orang terdekat dengan sis. Semua orang diuji dengan sesuatu. Semua orang diuji tak lebih dari kemampuan mereka. Bila dah berkahwin, kalau tak diuji dengan anak, diuji dengan suami atau mertua. Sis bersyukur sebab dapat suami yang sempurna. Dan sis jugak malu sebab selalu lupa dan buta nikmat dan kurniaan seorang suami penyayang yang Allah berikan pada sis.

Untuk isteri di luar sana yang belum menimang cahaya mata, semoga kisah ini menjadi penyejuk hati kalian. Pandang lah hikmah disebalik dugaan. Bersangka baik pada Allah. Inshaa Allah hidup akan bahagia bila kita redha.

– Isteri kurniaan tuhan via IIUM confession