Kahwin dengan doktor, patutlah senang hidup – Dituduh ditanggung isteri, Nubhan AF berang di Instagram

Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad atau lebih dikenali sebagai Nubhan (lahir pada 2 April 1986) adalah merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam dan berjaya menduduki tempat ketiga pada musim tersebut.Berasal dari daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan,Jejaka ini merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik dan mempunyai ketinggian 182cm. Mempunyai suara yang gemersik, Nubhan mengetengahkan irama Pop Melayu Moden dalam muziknya.Album sulungnya Langkah Nubhan telah dilancarkan pada bulan Disember 2010 dengan beberapa lagu hit seperti Oh Juwita, Seadanya Aku, Aku Atau Dia dan Mata Hati serta sebuah lagu mandarin “Ai Mei Chuo”

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasi, Nubhan yang pernah popular dengan lagunya Ada Untukmu telah memuat naik gambar komen netizen yang mengkritik dirinya ditanggung oleh isterinya di Instagram

Pada tahun 2015, penyanyi ini telah berkahwin dengan Dr. Afifah dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Berikutan itu, Nubhan telah menulis kapsyen menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap sesetengah netizen.

“Hahaha… banyak pulak komen2 macam ni lately. Ada yang sindir ada yang direct. Komen yang lain tu lantak lah! Apalah sangat, wife saya tak pernah tanggung hidup saya ya! Kau ingat cukup ke?

Bangangnya komen ni. Gaji bini aku sebulan aku dapat double setiap hari ok! Kau ingat aku batak ke nk popular? Kalau popular pun sangkak nak buat apa? Kau tu yang masih hidup meminta-minta tu, tak payah cermin diri, zaman sekarang hentak terus kepala kat dinding kasi sedar…”

Nubhan dan isteri

Bersama anak dan kesayangan

Dr. Afifah

Cantik manis orangnya

Nubhan ni founder JUWITA tau.

Rata-rata peminat dan rakan artis menasihatkan Nubhan agar mengendahkan sahaja cakap-cakap orang, kerana mereka tidak tahu sebenarnya Nubhan adalah ahli perniagaan dan pengasas produk Juwita.

Azza Elite minta Nubhan abaikan komen negatif

Sebelum ini ,selepas DITEGUR ibu kerana mewarnakan rambut, penyanyi Nubhan mengambil keputusan menggunting pendek rambutnya itu. Nubhan atau nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad, 32, berkata teguran ibunya mengenai warna rambut dibuat kerana bimbang boleh menyebabkan solat tidak sah.

“Hari-hari mak den (saya) membebel, memang tak nampak sangat warnanya, sebab saya buat light-light saja, tetap kantoi dengan mak.
“Jadi, saya potong rambut yang masih berbaki ada warna ni sebab mak bising katanya wuduk tak lepas dan solat tak sah.

“Saya cakap rambut ni original, tapi kau gila nak tipu mak kau! Cumanya, saya nak tahu kita warna rambut yang produk siap ada tunjuk sijil halal lagi… tapi boleh ke bawa solat?,” katanya.

“Adakah itu boleh dibawa solat sebab saya tak nak nanti apa dibuat hanya sia-sia. Saya nak tanya ustaz, macam mana ada banyak pendapat boleh warna rambut, bawa solat tapi ada yang kata tak? “Macam mana tu? Mungkin ustaz yang arif boleh bagi pencerahan sikit, confius den!” soalnya.

Nubhan berkongsi mengenai perkara itu di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Sumber : IG Nubhan via OMM