Budak Kecil Terpaksa Dibed4h Untuk Keluarkan Gelang Getah Yang Bercantum Dengan Lengannya

Dibed4h Untuk Keluarkan Gelang Getah Yang Bercantum Dengan Lengannya. Anda mesti tahu dan dah biasa dengan gelang getah ini kan. Biasa je kita jumpa bila beli barang sebab walaupun sangat simple tapi sangat berguna untuk kehidupan harian kita.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun yang memakai gelang getah untuk jangka masa yang lama terpaksa dibedah selepas gelang getah itu telah bercantum dengan tangannya!

Mangsa yang dikenali sebagai Le Le itu tinggal bersama dengan datuk dan neneknya di wilayah Anhui, China, manakala ibu bapanya tinggal dan bekerja di tempat lain.Datuk dan neneknya menyedari lengan cucu mereka itu membengkak pada awal Januari lalau dan cucu mereka juga mengadu sakit dan kebas.

Ibu bapanya yang bimbang melihat keadaan tangan kanan Le Le yang bengkak dan kemerah-merahan akhirnya membawa Le Le ke sebuah hospital sebelum dirujuk ke Hospital Kanak-Kanak.Doktor Ye Wensong berkata, tangan Le Le yang bengkak itu disebabkan oleh gelang getah.Imbasan ultrasonography mengesahkan perkara itu dan Le Le terus menjalani pembed4han yang berlangsung selama 30 minit bagi mengeluarkan gelang getah tersebut.

Menurut laporan gelang getah itu telah bercantum dengan tangannya lebih kurang 6 bulan! Menurut doktor, keadaan seumpama itu cuma pernah dilihatnya 20 tahun yang lepas sepanjang kerjayanya sebagai doktor.

Dinasihatkan supaya ibu bapa jangan biarkan kanak-kanak berusia 3 tahun kebawah untuk bermain dan memakai gelang getah di tangan atau kaki mereka dan sentiasalah tengok keadaan tubuh mereka dan alert jika ada apa-apa yang pelik.

Trend ‘Loom Band’ – Apa Bahayanya Memakai Gelang Getah?

Pernah melihat gelang getah seperti gambar di atas? Gelang getah atau loom band boleh dikatakan sangat popular sebagai aksesori dan mainan kanak-kanak. Loom band atau rainbow loom adalah getah yang ditenun berwarna-warni dan biasanya dapat dilihat sebagai gelang persahabatan (friendship bracelets).

Bukan itu sahaja, gelang tangan ini juga menjadi aksesori pilihan beberapa selebriti seperti David Beckham, One Direction, Harry Styles, Miley Cyrus malah Duke dan Duchess of Cambridge pun memakainya.

Walau bagaimanapun, terkini, pakar perubatan telah menjalankan ujian terhadap keselamatan Loom Band selepas menerima beberapa kes kecederaan melibatkan kanak-kanak. Ada kes cedera dimata termasuk seorang budak lelaki yang hampir kehilangan dua jari selepas getah tersebut dibalut terlalu ketat di sekeliling jarinya. Malah ada kes kanak-kanak menjadi buta terkena getah warna warni ini. Dr Anne-Marie Houlder dari Stafford and Surrounds Clinical Commissioning Group telah memberi amaran mengenai bahaya loom band yang mungkin mencek1k atau masalah peredaran darah sekiranya dipakai terlalu lama dan ketat.

The Birmingham Assay Office iaitu sebuah syarikat bebas yang menguji keselamatan mainan melapurkan bahawa daripada 16 paket yang telah diuji, kebanyakkan daripadanya tidak melepasi tahap keselamatan yang dibenarkan kerana kandungan phthalates yang tinggi di dalamnya. Undang-undang membenarkan kandungan phthalates adalah 0.1 peratus mengikut berat bahan dalam mainan dan barang-barang penjagaan kanak-kanak tetapi dari 16 paket yang diuji, kebanyakkannya mengandungi lebih 50% kandungan phtalates.

Phtalates ialah bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik lebih selamat dan mudah dibentuk tetapi ia juga merupakan karsinogen yang dikawal ketat, terutamanya mainan mudah dimasukkan ke dalam mulut oleh kanak-kanak.

Phthalates, bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon, digunakan terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.

Yang terkini, peruncit barangan kanak-kanak, The Entertainer telah mengeluarkan gelang getah/loom band dari kedai, selepas disyaki mengandungi bahan kimia karsinogenik. Menurut kenyataan The Entertainer, gelang getah tersebut mungkin mengandungi bahan phthalates yang diharamkan.

Loom band yang menjadi kegilaan golongan kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat dan Britain telah ditarik balik penjualannya di United Kingdom selepas didapati mengandungi bahan kimia karsinogenik. Pengawalan terhadap produk ini di Malaysia, bagaimanapun, masih tidak jelas, menurut Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia.

Ini kerana loom band, iaitu getah aneka warna ditenun menjadi gelang, tidak dikategorikan sebagai kategori mainan. “Kita ada Peraturan Standard Keselamatan bagi Mainan Kanak-Kanak 2010 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Walaubagaimanapun, masalah dengan pengawalan loom band di Malaysia adalah ia perlu diklasifikasikan sebagai mainan sebelum pihak berkuasa boleh berbuat apa-apa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif persatuan itu, Ratna Devi Nadarajan.

“Jika produk itu di bawah kategori mainan, tindakan boleh diambil. Tetapi ia masih tidak jelas kerana loom band adalah aksesori dan tidak bertujuan untuk dimasukkan ke dalam mulut,” katanya.“Ia menjadi satu ris1ko apabila kanak-kanak tertelan produk itu. Di Kesatuan Eropah dan United Kingdom, pihak berkuasa secara terang-terangan boleh mengenakan larangan kerana mereka telah mengharamkan produk yang mengandungi sejumlah phthalates. Malaysia tidak mengambil tindakan seperti itu,” kata Ratna.

“Manifestasi k4nser dan gangguan endokrin akibat terdedah kepada bahan kimia tersebut akan lebih nyata setelah tempoh waktu yang lama. Ia juga bergantung kepada status kesihatan orang yang terdedah kepada dengan kimia itu,” kata beliau, sambil menambah bahawa mesin tenun loom band masih boleh didapati di pasar raya di negara ini.

Apa Itu Karsinogenik?

Mungkin anda pernah mendengar istilah karsinogenik ini? Atau pernahkah anda dinasihatkan untuk tidak memakan atau memakai suatu produk kerana boleh menimbulkan k4nser?Sebenarnya apa itu karsinogenik dan apa saja contohnya?

Karsinogenik adalah bahan yang menyebabkan k4nser atau meningkatkan risiko timbulnya k4nser. k4nser sendiri terjadi akibat perubahan (mutasi) gen (DNA) dari sel-sel tubuh sehingga berkembang menjadi sel abnormal yang tidak akan m4ti dan tumbuh tanpa boleh dikawal. Bagaimana karsinogenik menimbulkan k4nser? Karsinogenik menimbulkan k4nser boleh secara langsung, iaitu bahan tersebut menyebabkan perubahan atau mutasi pada DNA sel tubuh dan secara tidak langsung dengan cara mencetuskan pembahagian sel secara cepat sehingga akibat terlalu cepat tersebut terjadi kegagalan mencipta sel yang sempurna dan sel kanser pun timbul.