Awal sorang je yang layak jadi pengacara Melodi – Netizen merayu Awal gantikan Janna Nick

Sebelum ini pengacara popular, Awal Ashaari mengesahkan tidak lagi menjadi pengacara program Melodi bermula tahun 2018. Awal, 37, berkata sudah tiba masa sesuai dia mengundurkan diri selepas enam tahun bersama program hiburan nombor satu itu.

“Hujung tahun lalu(2016) saya pernah menghantar surat untuk berhenti. Namun, pihak penerbitan menolak dan mereka masih ingin menggunakan khidmat saya kerana belum berjumpa pengganti yang sesuai. Tahun 2018, sepatutnya saya digandingkan dengan dua pengacara baru, tetapi setelah berbincang, mereka akur dan menghormati keputusan saya.

“Bagi saya tempoh enam tahun agak lama bagi seseorang pengacara mengendalikan sesebuah program. Saya merasakan sudah lali dan terlalu selesa mengendalikan Melodi dan sudah tiba waktu untuk beralih angin.Dalam masa sama, saya perlu memberi fokus kepada komitmen lain iaitu perniagaan dan kerjaya lakonan,” katanya kepada Harian Metro.

Awal juga menafikan yang keputusannya meninggalkan progaram itu kerana sudah mendapat tawaran mengacara daripada stesen TV lain.

Setelah hampir setahun meninggalkan rancangan hiburan popular, Melodi sebagai pengacara, ternyata kehadiran Awal Ashaari sebagai pengacara jemputan bagi menggantikan Janna Nick dan juga Ajak mendapat maklum balas yang begitu positif daripada kru produksi dan juga netizen.

Pelakon kacak itu juga menzahirkan perasaan terharu dan syukur dengan maklum balas daripada semua pihak di laman Instagramnya, semalam.

Awal memang terbaik, welcome back bro!

Rata-rata ramai daripada pengikut ikon fesyen tersebut memuji bakat dan sikap yang ditonjolkan oleh Awal sepanjang menjadi pengacara Melodi hampir 6 tahun.

Awal juga sama sekali tidak kelihatan kekok ataupun gemuruh sepanjang mengacarakan rancangan tersebut pada hari Ahad yang lalu.

Power bro, tak macam 10 bulan tinggalkan Melodi!

Awal lebih layak, tak macam Janna dengan Ajak!

Tidak kurang pula, terdapat segelintir netizen yang merasakan Awal lebih layak mengacara rancangan hiburan tersebut berbanding dengan Janna Nick dan juga Ajak.

Mereka juga merasakan sebagai pengacara yang profesional,seseorang itu tidak seharusnya terjerit-jerit semasa mengacara kerana sikap seperti itu hanya akan menjengkelkan para penonton.

Sumber : IG Awal Ashaari via OMM