Aku bagi dia duit RM50 untuk dia dan anak anak belanja selama sebulan dia cakap tak cukup aku rasa dia nak kikis duit aku

salam min. minta hide fb nie aku pinjam member punye.. aku nak cite sikit tentang isteri derh4ka isteri nerakq. Bini aku lari bqwa anak2 tak nak balik pada aku sebab nye aku ada pukul dia hari tu.. aku geram sebab dia suka melawan dan tak ikot ape aku nak. aku bukan suruh dia buat ape pun cume taat pada aku dan mak bapak aku dan adik bradik aku jer.

Tolong la ape yang patut kat rumah aku. Tolong kakak2 aku mengasuh kejap anak2 dorang bile dorang hantar balik kampung.. kakak2 aku duduk jauh so cuti sekolah hantar la anak dorang kat kampung bagi mak aku jage. aku ni menumpang rumah mak bapak aku.tapi bini aku jenis tak suka nak ikut apa yang kakak2 dan parents aku suruh dia. asyik tarik muka protes!

Aku geram dia cakap dia penat sebab jaga anak dua orang dan buat bisnes on9. eleh bisnes dia tu tak kemane pun tapi dah besar kepale mak aku kata. memang dia ada dengan aku dari aku takde pape tapi bile aku dah ada duit nie aku memang nak bini aku tau aku nie suami yang dia kena ikut arahan dan taat.

Aku ajar dia, Aku bagi dia duit RM50 utuk dia dan anak anak belanja selama sebulan dia cakap tak cukup aku rasa dia nak kikis duit aku jer. aku banyak nak kena bagi mak bapak aku lagi adik bradik aku lagi hobi hobi aku lagi. dia tu isteri tak tau bersyukur!

Dia asyik minta cerai tapi memang aku tak kan lepaskn dia. dia tak tau ker berdosa minta cerai ? kalau dia ada baca post nie aku nak pesan pada isteri aku ko tak kan tenang kalau aku tak maafkn kau. kau nak terus derhaka dan nak masuk nerakq teruskqn.. aku tunggu ko balik .. ok tu jer min tq wasalam.

Untuk Para Suami, Nafkah Isteri Adalah Tidak Sama Dengan Duit Belanja Bulanan Rumahtangga

Kepada para suami, nafkah isteri tidak sama dengan duit belanja bulanan rumahtangga. Jadi para suami kena tahu bahagian mana nafkah khas untuk isteri dan perbelanjaan rumahtangga.

Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong dan Adila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.

“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa apa yang dia tidak faham.

“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”.

Kena belajar ilmu kehidupan dan kewajipan.

“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…”.

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada jugak LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami yang tidak memberi nafkah buat isteri itu WAJIB sbb BUAT TAK TAHU.

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan dan menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan BERDOSA.

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM500, berilah RM400. Jika tak mampu juga, berilah RM300. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.

“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.

“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK AMBIL TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.

Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK AMBIK TAHU mengenai perkara ini. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula AMBIL TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi dan toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku dan aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. Alhamdulillah isteriku halalkan. Alhamdulillah leganya hati. Lapangnya dada.

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah dan mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang dan mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita. A Happy Wife leads to a Happy Home dan Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)

Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InshaaAllah .

Kongsikan dengan suami suami diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki dan kelapangan dalam kehidupan.

Sumber: KRT , Mahyudin Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *