Menyamar sebagai penyanyi bersuara sumbang, kisah di sebalik lelaki ini buat netizen kagum

I Can See Your Voice Malaysia adalah Pertunjukan permainan muzik televisyen yang disiarkan di NTV7. Acara dan formatnya didasarkan pada permainan muzik misteri antarabangsa menunjukkan francais dengan nama yang sama yang berasal dari Korea Selatan.

Artis tamu mesti cuba meneka enam penyanyi misteri yang penyanyi sebenar dan penyamar tanpa mendengar mereka bernyanyi. Mereka akan membantu dengan sekumpulan panelis, di bawah pasukan detektif suara (juga dikenali sebagai SING-vestigators).

Selepas mereka menghapuskan satu hingga dua penyanyi misteri di setiap pusingan, mereka akan melakukan di Pentas Penentuan. Penyanyi misteri yang terakhir akan mendapat duet bersama artis tamu.

Sekiranya pemenang adalah penyanyi sebenar, mereka akan melakukan sekali lagi di ICSYV Showcase. Sekiranya pemenang adalah penyamar, mereka akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM 3,000.

Program realiti terbaru di Ntv7 yang berjudul I Can See Your Voice Malaysia semakin diminati ramai, apabila ramai penyanyi baru yang berbakat besar telah ditonjolkan dalam program ini.

Beberapa hari lepas, seorang peserta iaitu Faiezal Mahazir telah hadir untuk mempersembahkan nyanyinya kepada tetamu jemputan iaitu Altimet. Diberi gelaran ‘Doktor Sedap’ dalam rancangan itu, Altimet telah meneka peserta ini sebagai penyanyi penyamar.

Ternyata tekaan daripada Altimet adalah benar, apabila dia tidak dapat menyanyi dengan baik. Meskipun begitu, gaya dan aksi yang lucu daripada peserta ini telah menghiburkan hati penonton dan menjadi tular di laman sosial.

Dari penyamar kepada penyanyi sebenar?

Setelah video ini tular, netizen yang mengenali penyanyi ini mendedahkan bahawa Doktor Sedap adalah penyanyi sebenar, kerana dia sebenarnya seorang busker jalanan yang aktif berbusker di uptown Damansara.

Menurutnya, kemunculannya sebagai penyanyi penyamar di ICSYV adalah dengan persetujuannya bersama kru produksi, walaupun sebenarnya dia boleh menyanyi dengan baik.

Di laman Instagramnya, Faiezal Mahazir selalu memuat naik videonya menyanyi secara busker, serta dia pernah muncul sebagai tetamu jemputan di program Jozan Live, penonton MeleTop dan terkini ICSYV.

Menyanyi Busker

ICSYV Malaysia

Jozan Live

MeleTop

Seorang yang berpersonaliti menarik

Eh, macam kenal lah

Selepas tularnya kisah lelaki ini, ramai yang mengaku mengenalinya dan memuji vokal serta personalitinya yang menarik dan menghiburkan.

Semoga ‘Doktor Sedap’ dapat memperluaskan bakatnya dalam bidang nyanyian. Harap-harap dapatlah mana-mana komposer lagu yang lamar lelaki ini jadi penyanyi.

Sumber : OhBulan, IG Faiezal Mahazir,OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *