Elakkan Minum Air Teh Ketika Perut Kosong

Jika anda pengemar teh, minum teh pada waktu pagi atau petang memang sangat lazat. Anda akan rasa lebih teruja selepas minum secawan teh. Malah, teh boleh meningkatkan tumpuan anda. Namun, jangan minum teh apabila perut kosong. Antioksidan dalam teh mempunyai beberapa manfaat. Walau bagaimanapun, manfaat ini tidak akan diserap oleh badan jika diambil ketika perut kosong. Ada beberapa risiko yang akan dihasilkan jika mendesak minum teh ketika perut kosong.

Mengganggu metabolisma
Minum teh sewaktu perut kosong mengganggu metabolisma badan. Kandungan dalam teh ini menjadikan asid dalam perut meningkat. Akibatnya, metabolisma tubuh akan terganggu dan asid perut meningkat.

Dehidrasi
Teh adalah bersifat diuretik yang menghilangkan air di dalam badan. Ini sebabnya anda tidak boleh minum teh dengan perut kosong, terutama pada waktu pagi. Kerana, anda akan mengalami dehidrasi sepanjang hari. Malah, dalam keadaan yang paling teruk anda akan mengalami kekejangan otot.

Perut Kembung
Minum teh dicampur dengan susu memang lazat. Tetapi, jangan sekali-kali meminumnya dengan perut kosong. Kandungan laktosa yang tinggi dalam susu akan menyebabkan perut kembung dan menyebabkan beberapa masalah dalam usus. Dalam keadaan yang paling teruk, anda akan mengalami sembelit.

Itulah tiga risiko yang timbul ketika minum teh sewaktu perut kosong. Bagi anda yang tidak mahu mengalami masalah ini, hendaklah minum teh apabila perut dipenuhi, contohnya selepas sarapan pagi. Di samping itu, perhatikan jumlah gula yang anda masukkan ke dalam teh. Jangan terlalu manis kerana ini akan meningkatkan hormon insulin dalam tubuh yang mencetuskan pelbagai masalah kesihatan lain di dalam badan. Semoga bermanfaat. Kongsikan artikel ini ke sahabat handai dan keluarga yang gemar minum teh!

Sumber: Dibancuh dari laman Boldsky